Sunday, August 26, 2012

Penarikan Semula Pengharaman Pembunuhan Jerung Putih Oleh Kerajaan Australia.

Great White bukanlah spesis ikan permainan.
Bagi pencinta alam pembunuhan spesis terancam seperti jerung putih atau "Great White" mungkin merupakan suatu perkara yang tidak dapat diterima. Namun bagi keluarga mangsa dan mereka yang pernah berhadapan dengan haiwan pemangsa ini mungkin berpendapat sebaliknya. Apa pun manusia sebagai makhluk yang berakal perlu menimbangkan tentang keseimbangan alam dan mengatur alam secara adil dan saksama.

Penarikan semula pengharaman tersebut adalah kerana berikutan serangan jerung putih yang membunuh 5 orang dalam tempoh 12 bulan di Australia Barat. Jerung putih aktif di kawasan laut dengan suhu yang panas berbanding di kawasan laut yang bersuhu sejuk. Jadi ternyata masalah ini menjadi beban kepada Australia yang berhadapan dengan penurunan kadar pelancong serta ketakutan penduduk terhadap serangan berikutnya.


Semenjak tahun 1999 jerung putih diwartakan sebagai haiwan yang mengalami kepupusan dan mebunuh serta memburunya dalah diharamkan di Australia. Masih ramai yang berpendapat jerung ini perlu terus dillindungi. Jadi ini merupakan satu keputusan yang agak sukar untuk diputuskan.

Dalam satu serangan terkini Ben Linden, 24 yang bermain luncur ombak 200 meter daripada pantai terputus dua bahagian setelah diserang oleh jerung putih. Pelbagai kenyataan yang diberikan atas serangan ini. Pada seminggu yang lepas mangsa lain Bryn Martin, 64 dari Cotteloe, Perth di bunuh semasa mandi di tepi pantai. Wah sekiranya jerung putih boleh membaham mangsa yang berada di tepi pantai mungkin keadaan akan bertambah serius.

Kemungkinan keadaan panik seperti yang dipaparkan di dalam cerita "Jaws" berulang kembali. Sememangnya hubungan antara manusia dan ikan jerung agak genting seperti juga dengan pemangsa-pemangsa lain di daratan. Mungkin melalui gambar perbandingan antara jerung putih dan manusia dapat memberi gambaran bagaimana sekiranya ia menyerang, manusia tidak mempunyai peluang. Begitulah hebatnya pemangsa ini.

Perbezaan saiz antara manusia dan Great White.


MyRokan adalah sebuah blog yang memaparkan artikel-artikel berbentuk informasi dan mempromosikan produk-produk tempatan. Untuk maklumat lanjut mengenai blog kami boleh mengikutinya dari post Hubungi Kami. Sertai kami juga di laman Facebook kami.

No comments:

Post a Comment

Blog Archive

Paparan Iklan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...