Isnin, 3 September 2012

Bagaimana Tin Minuman Bekarbonat Boleh Meletup Bila Cuba Dibekukan?

Bagaimana Tin Minuman Meletup?

Mungkin sesuatu yang anda tidak sangka bahawa tin minuman anda boleh meletup. Tetapi itulah yang boleh berlaku sekiranya tin minuman disejukkan dengan pantas. Baru-baru ini pada 25hb Ogos, satu kejadian tin minuman meletup berlaku di China dan mengakibatkan seorang kanak-kanak mendapat 38 jahitan. Kejadian ini dilaporkan ibunya bagi memberitahu ibu bapa lain supaya dapat mengelakkan kejadian yang sama berlaku.

Menurut kajian dari apa yang berlaku, letupan tin tersebut adalah disebabkan oleh tindakan penyejukan yang mengejut ke atas tin tersebut. Ini mengakibatkan pengembangan karbon dioksida di dalam air berkarbonat menyebabkan tekanan tinggi terhadap tin. Manakala cubaan membuka tin menyebabkan peluang untuk gas termampat dapat menghambur keluar.

Dalam kejadian tersebut kanak-kanak yang cuba menyejukkan minuman itu telah menyimpan minuman di dalam ruang pembekuan. Ini menyebabkan pengembangan gas tersebut berlaku.  Mungkin kanak-kanak tersebut boleh selamat sekiranya minuman yang cuba disejukkan itu adalah minuman dari jenis bukan bekarbonat.

Jadi kejadian ini mengingatkan kita bahawa sesetengah minuman perlu disimpan dengan cermat malah selain dari pemanasan, suhu sejuk yang melampau juga perlu diberikan perhatian. Seperti kejadian di atas, tin tersebut mungkin tidak meletup sekiranya ianya tidak terus dibuka sebaik dikeluarkan dari peti sejuk. Jadi jarang ada jalan pintas untuk sesuatu tujuan. Sila berhati-hati bila anda menyejukkan tin minuman anda.

Arkib Blog