Friday, September 20, 2013

Pokok Membawa Tuah Untuk Rumah dan Pejabat

Pokok bertuah biasa didapati di rumah-rumah dan ruangan pejabat terutamanya bagi kaum Cina. Terdapat pelbagai jenis pokok yang tergolong dalam kumpulan ini namun di sini hanya beberapa di antaranya sahaja yang akan diketengahkan. Mari kita sama-sama lihat pokok-pokok yang unik ini. Sama ada pokok-pokok ini bertuah ataupun tidak, itu terpulang kepada anda sendiri untuk menilai, apa pun pokok-pokok ini semuanya istimewa.


Buluh Tuah – Lucky Bamboo

Pokok Lucky Bamboo mudah dibentuk.

Buluh Tuah (Lucky bamboo) biasa dilihat dengan pelbagai bentuk. Sifatnya yang mudah untuk dibentuk menjadikan ianya menarik untuk dibiak di dalam bekas hiasan yang menarik. Adakalanya ianya dianyam untuk menghasilkan bentuk yang lebih menarik.

Buluh Tuah ini boleh dibiak dengan mudah di dalam bekas kaca atau tembikar. Masukkan batu-batu sungai (batu hiasan) untuk menyokong batang buluh tadi. Isikan air yang berklorin rendah (boleh gunakan air tapisan RO) dan hiaskan bekas tadi dengan ikatan tali atau reben merah (ikut suka anda lah). Jangan lupa masukkan sedikit baja – baja cecair adalah pilihan terbaik. Tempatkan buluh di tempat yang redup seperti di meja hiasan tepi, kaunter penyambut tetamu ataupun meja menuggu.

Jade Plant (Crassula ovate)



Pokok Jade mempunyai daun yang menyerupai batu jade.

Pokok Jade juga dikenali sebagai pokok duit Asia dan cukup dikenali di banyak negara sekitar Asia. Ditanam dalam bentuk bonsai menjadikan pokok ini merendang dalam keadaan yang sederhana dan menyerlahkan lagi daunya yang seakan-akan dari batuan jade yang menawan.


Bagi menambahkan tuah pokok ini perlu diletakkan di sudut Barat Daya sesebuah rumah, restoran ataupun ruangan pejabat bagi menguatkan lagi daya tarikan pokok ini (untuk tuah). Pokok Jade boleh ditanam di dalam atau di luar rumah – pastikan pokok terdedah kepada cahaya matahari. Patikan tanahnya sentiasa lembab dan elakkan daunya daripada dilitupi debu. Tambahkan kelikir di atas permukaan tanah pasu pokok bagi menggalakkan pengaliran air.


Pokok Duit (Pachira aquatica)



Pokok ini unik kerana mempunyai daun 5-setangkai yang dikatakan berhubung rapat dengan 5 unsur utama iaitu tanah, api, air, angin dan logam. Kebanyakannya ditanam dalam bentuk bonsai, adakalanya batangnya turut dianyam untuk menambahkan keunikan dalam penanamannya. Ianya boleh mencapai saiz yang agak besar sekiranya perlu.

Ianya merupakan tumbuhan kawasan paya yang memerlukan tanahnya sentiasa lembab. Manakala dari segi pencahayaan pula ia memerlukan sedikit cahaya dan sedikit redup. Jadi sekiranya ianya diletakkan di dalam rumah, pastikan ianya berhampiran sumber cahaya (tingkap).

Peace Lily



Bunga Lily yang putih ini dikatakan amat menyerupai bunga anthurium, manakala ia juga amat berguna untuk ruangan dalaman rumah sebagai pembersih udara daripada kandungan toksid dan juga dikenali sebagai symbol nasib baik dan harmoni. Pokok ini amat mudah dari segi penjagaan dengan meletakkan kepada tempat yang mendapat cahaya secara tidak langsung. Bunga lily ini juga mampu bertahan untuk jangka masa yang agak lama.


Pokok Limau



Pokok limau dianggap sebagai symbol kesihatan, umur panjang, kekayaan dan keharmonian bersama-sama dengan pokok Buluh Tuah dan Pokok Duit. Semasa Hari Raya Cina pokok ini akan dihias untuk mengundang nasib baik, kekayaan dan kesihatan kepada keluarga serta perniagaan sepanjang tahun. Pokok limau ini akan dibentuk menjadi bonsai dan diletakkan disepanjang jalan masuk sebagai mengundang kepada nasib baik serta pengaliran wang yang baik.



Free Download



No comments:

Post a Comment

Paparan Iklan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...