Jumaat, 8 November 2013

Mengawal Alga Atau Lumut Dalam Kolam Ikan

Air kolam yang jernih menjadi impiam setiap pemilik kolam.

Memang menjadi impian setiap pemilik rumah untuk memiliki sebuah kolam ikan di taman masing-masing, namun begitu ramai sekali yang menghadapi masalah air hijau dan berlumut (alga) dan tidak pasti bagaimana untuk mengatasi masalah ini. Alga yang berlebihan bukan sahaja memburukkan keadaan air malah boleh mengakibatkan ikan di dalam kolam mati. Jadi mari kita lihat bagaimana masalah ini boleh diatasi.

Lumut/alga membiak dengan banyak kerana beberapa faktor seperti;

1) Kolam anda terdedah kepada pancaran matahari - kolam yang terdedah sepenuhnya kepada cahaya matahari menggalakkan pembiakan lumut kerana lumut memerlukan cahaya matahari untuk memproses makanan.

2) Terlalu banyak nutrtient di terkandung di dalam kolam anda - nutrient seperti nitrogen dan phosphorous di dalam kolam anda berasal daripada najis ikan di dalam kolam anda sendiri, sisa makanan, tumbuhan yang mereput daripada daun atau dahan yang jatuh ke dalam kolam anda. Air yang masuk dari luar juga boleh membawa bahan ini masuk ke dalam kolam anda daripada halaman.

3)  Kolam anda mungkin kekurangan oxygen - kekurangan oxygen di dalam kolam anda adalah disebabkan proses pereputan bahan-bahan yang terdapat di dalam kolam anda terdiri daripada buangan ikan, sisa makanan, daun-daun dan sebagainya. Kehadiran lumut/alga ini boleh memburukkan lagi keadaan dimana apabila alga ini mati ia akan turut menyerap oxygen yang telah sedia berkurangan.

Kolam yang terdedah kepada matahari adalah lebih mudah ditumbuhi alga.

Bagaimana mengatasi masalah ini;

1) Kurangkan jumlah ikan yang terdapat di dalam kolam anda dengan nisbah kira-kira 1 ekor ikan emas kepada 100 gallen air, atau 1 ekor ikan koi kepada 500 gallen air.

2) Sediakan sedikit teduhan untuk kolam anda samada dengan membuat kolam anda di tempat yang agak terlindung dari cahaya matahari, menanam pokok-pokok berhampiran kolam atau dirikan pergola untuk mengelakkan pendedahan terus kepada cahaya matahari.

3) Gantikan air kolam anda 10% setiap minggu menggunakan air yang dinyah klorin (ditapis dengan penapis klorin).

Penapis UV yang mampu membunuh lumut/alga

4) Gunakan perawat air (sterilizer) UV bersama penapis air biasa. Gabungan ini dapat memberikan hasil yang lebih baik untuk kolam anda. Ini kerana UV dapat membunuh alga di dalam air berbanding penapis biasa yang hanya penapis daripada kandungan terampai.

5) Tambahkan tumbuhan air seperti keladi bunting atau kiambang untuk menyerap nutrient berlebihan di dalam kolam anda. Tumbuhan ini juga dapat mengelakkan cahaya matahari terus masuk ke dalam air dan menambahkan lagi pembiakan alga.

6) Penambahan air terjun dan pancutan air dapat meningkatkan kandungan oxygen di dalam kolam. Ini mempercepetkan proses penguraian/pereputan bahan buangan di dalam kolam. Sekiranya anda merasakan perlu tambahkan pam oxygen untuk membantu proses ini.


Tembok dan dinding sebagai pelindung yang baik dari cahaya matahari terus memasuki kolam.

Begitulah antara tips yang dapat dikongsi bersama untuk membantu anda mendaptkan kolam taman yang cantik dan bebas daripada lumut/alga. Tujuan utama anda membina kolam tersbut sudah pasti ingin melihat ikan yang berenang bebas di dalam airnya yang jernih. Jadi pastikan anda menggunkan tips ini untuk kolam anda nanti.


Free Download



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Arkib Blog