Sunday, December 8, 2013

Keistimewaan Pokok Puding

Pokok puding telah menjadi tanaman hiasan kepada kebanyakan rumah di Malaysia sejak dahulu lagi. Keistimewaan pokok ini walaupun tidak mempunyai bunga yang menarik tetapi daun dan pokoknya sendiri adalah sangat cantik. Terdiri dari berbagai spesis pokok puding mempunyai pelbagai bentuk daun dan pelbagai warna. Jadi pokok puding tidak memerlukan bunga yang cantik untuk kelihatan menarik untuk dijadikan sebagai tanaman hiasan.

Puding terdiri daripada pelbagai jenis

Pokok puding adalah tumbuhan sederhana jadi ia sesuai sekali ditanam di persekitaran rumah kerana ia tidak mengancam keselamatan sekiranya tumbuh terlalu besar. Dengan bentuk serta warna daun yang menarik pokok puding sesuai sekali untuk menjadi hiasan di halaman. Dari spesis puding sahaja terdapat pelbagai pilihan menarik untuk dipadankan dengan kesesuaian taman anda. Terdapat pelbagai keistimewaan lain pokok puding selain daripada hiasan iaitu sebahagian spesis boleh dimakan dan ada juga yang mempunyai faedah perubatan.

Kaedah penaman pokok ini juga amat mudah iaitu melalui keratan batang sahaja. Sebaiknya anda menggunakan polybag untuk menanam pokok ini dan bolehlah mengalihkannya ke tanah atau pasu apabila sudah tumbuh dan memiliki akar yang kuat. Pokok ini boleh diatur dengan susunan yang sesuai mengikut ruang taman yang anda sediakan. Malah ia juga sesuai sebagai tanaman di dalam rumah, cuma pastikan ia mendapat cahaya yang secukupnya.

Puding yang digunakan dalam masakan

Bagi jenis puding yang boleh dimakan atau dikelani sebagai puding belacan, daunnya bewarna merah hati (agak gelap) dan mempunyai daun yang lebih lembut. Jarang dijadikan hiasan, tetapi rasanya memang amat sedap bila dicampurkan ke dalam masakan rendang ayam atau daging. Pokoknya agak tinggi berbanding dengan pokok puding yang lain dan berbunga agak besar dan menarik. Namum penanamannya juga adalah melalui keratan batang sahaja. Hidangan istimewa ini lebih terkenal di Negeri Sembilan dan adakalanya ia dianggap istimewa. Bagi saya sendiri, ia memang istimewa.

Pokok puding juga dikatakan mempunyai keistimewaan lain seperti membantu melawaskan pembuangan air besar dan kekejangan perut. Untuk ini akar pokok puding berdaun hijau dan merah digunakan. Seperti biasa air rebusan akar pokok tersebut perlu diminum. Selain itu ia juga air akar puding berdaun hijau digunakan untuk merawat demam panas dengan meminum air rebusan tersebut dan disapukan pada badan.

Bentuk daun dan warna yang menarik

Selain daripada itu air rebusan daun puding juga dikatakan berpotensi dijadikan sebagai ubat perancang keluarga. Jadi ia perlu dielakkan bagi wanita-wanita yang merancang untuk hamil atau ibu-ibu yang sedang mengandung.

Bagi yang meminati tanaman bolehlah memperluaskan koleksi tanaman pokok puding anda kerana pokok ini sesuai sekali menjadi hiasan untuk mengindahkan lagi kawasan taman ataupun halaman rumah anda. Warna serta bentuk daun yang menarik menjadi daya tarikan utaman pokok ini. Jadi anda tidak perlu risau untuk menunggu sehingga ia berbunga. Ia juga sesuai bagi mereka yang mempunyai konsep halaman/taman tropika atau Bali. Bagi mereka yang mempunyai pengalaman mengenai pokok ini bolehlah berkongsi pengetahuan di sini.

Rimbunan pokok puding



Free Download



4 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Berminat utk dptkn pokok puding belacan. Boleh email kpd ekin_civicbullet@yahoo.com.
    Utk mbuat pesanan belian sekiranya ada dijual.

    ReplyDelete
  3. Terima kasih Cik Norish.NN, mungking ramai pembaca yang mencari benih puding belacan ni. Selain daripada tu, apa lagi yang Cik Norish.NN ada ya?

    ReplyDelete
  4. salam.....
    saya masih belajar tanam pokok pudding ni

    ReplyDelete

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...