Tuesday, January 7, 2014

Asus Padfone Mini, Telefon Bimbit Dan Tablet Bergabung


Slot khas yang menggabungkan 4" smatphone dan tablet

Asus PadFone Mini adalah sebahagian daripada rangkaian produk Asus iaitu PadFone X di mana telefon dan tablet boleh digabungkan sekali menjadi satu. Terdapat slot khas pada tablet yang boleh memuatkan smartphone dan beberapa ciri-ciri digabungkan seperti rangkaian internet, bekalan kuasa dan data daripada kedua barangan.

Mungkin anda masih ingat artikel yang terdahulu mengenai jenama laptop terbaik 2013 di mana Asus memperbaiki kedudukannya dari tahun-tahun sebelumnya. Jadi ini adalah satu bukti di mana Asus terus inovatif mencipta rangkaian produk-produk terbaru bagi memenuhi keperluan pengguna yang semakin hari semakin berbeza. Mungkin anda tidak berapa selesa berbual menggunakan tablet 10” atau 7” anda untuk panggilan telefon dan dalam masa yang sama adalah sukar untuk membaca e-book dari skrin telefon yang kecil – ini adalah sebab saya sendiri mendapatkan tablet.

Smartphone tersebut akan dilengkapi dengan 4” skrin sesentuh dengan resolusi 800X480-pixel dan sistem operasi Android 4.3 (dan boleh diupgrade ke sistem yang lebih terkini di masa hadapan). Mungkin kekurangannya adalah tidak menyertakan LTE (tetapi harganya berpatutan). Manakala satu lagi kelebihannya adalah terdapat dua SIM slot untuk mereka yang memerlukan 2 nombor yang berasingan (terutama apabila anda ke luar negara).

Pandangan hadapan Asus PadFone 

Kamera yang terdapat pada peralatan ini adalah 2 MP di bahagian hadapan dan 8 MP untuk kamera di bahagian belakang. Ia juga disertakan bersama dengan sensor kecerahan daripada Sony dan f/2.0 aperture (mungkin bunyinya agak menarik). Antara ciri lain yang menarik mengenai kamera PadFone adalah ia mampu membuat rakaman video 1080 (full HD) selain daripada photo HDR dan ‘low-light mode’ – dengan f/2.0 ia sememangnya berkeupayaan untuk mengambil gambar dalam keadaan kekurangan cahaya.
Pasangannya pula adalah tablet yang berukuran 7” skrin sesentuh dengan resolusi 1,280X800 pixel. Bekalan baterinya pula adalah 2,100mAh dan apabila digabungkan kedua peralatan ini akan mempunyai bekalan kuasa keseluruhan sebanyak 3,270mAh.

Dari segi kuasa pemprosesan ia dilengkapi dengan pemproses 1.6GHz Atom Z2560 dari Intel, 1GB RAM dan 8GB memori simpanan. Seperti kebanyakan telefon dan tablet Android yang lain kapasiti simpanan boleh ditambah dari slot memori sehingga 64BG melalui microSD.

Asus mempunyai interface sendiri untuk PadFone yang dikenali sebagai ‘ZenUI’ dengan ciri-ciri paparan baru dari skema warna dan ikon-ikon yang digunakan. Disediakan dalam beberapa warna iaitu hitam, putih, merah, biru dan kuning menambahkan lagi rakaian seleksi anda.


Bagi yang masih lagi mencari telefon pintar dan tablet bolehlah mencuba PadFone kerana ia menjimatkan dari segi keperluan berbeza terdapat pada satu alat yang boleh digabungkan. Namun sekiranya anda memerlukan peralatan pada spesifikasi yang berbeza seperti paparan grafik yang lebih tajam dan jelas rangkain iPad mungkin menjadi pilihan anda.


MyRokan adalah sebuah blog yang memaparkan artikel-artikel berbentuk informasi dan mempromosikan produk-produk tempatan. Untuk maklumat lanjut mengenai blog kami boleh mengikutinya dari post Hubungi Kami. Sertai kami juga lamanFacebook kami.


No comments:

Post a Comment

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...