Sunday, February 23, 2014

Makanan Untuk Kesihatan, Kacang Walnut


Walnut
Walnut yang masih di atas pokok.

Sebagai usaha untuk mempromosikan makanan yang membantu meningkatkan kesihatan para pengguna saya memaparkan lagi beberapa makanan yang dapat mempertingkatkan tahap kesihatan melalui khasiat pemakanan yang terkandung di dalam makanan tersebut. Kali ini kita akan melihat pula tentang khasiat kekacang yang dikenali sebagai walnut. Seperti juga kekacang yang lain walnut kaya dengan protein dan khasiat yang membantu untuk kecerdasan otak.

Persian atau English walnut, Juglans regia
Nilai nutrient untuk setiap hidangan
Saiz hidangan
100 grams
Tenaga
2,738 kJ (654 kcal)
Karbohidrat
13.71
- Starch
0.06
- Gula
2.61
  - Laktosa
0
- Dietary fiber
6.7
Lemak
65.21
- tepu
6.126
- monounsaturated
8.933
- polyunsaturated
47.174
Protein
15.23
Air
4.07
Alcohol
0
Caffeine
0
Vitamin A equiv.
1 μg (0%)
Vitamin A
20 IU
- beta-carotene
12 μg (0%)
lutein and zeaxanthin
9 μg
Thiamine (vit. B1)
0.341 mg (30%)
Riboflavin (vit. B2)
0.15 mg (13%)
Niacin (vit. B3)
1.125 mg (8%)
Pantothenic acid (B5)
0.570 mg (11%)
Vitamin B6
0.537 mg (41%)
Folate (vit. B9)
98 μg (25%)
Vitamin B12
0 μg (0%)
Vitamin C
1.3 mg (2%)
Vitamin D
0 μg (0%)
Vitamin D
0 IU (0%)
Vitamin E
0.7 mg (5%)
Vitamin K
2.7 μg (3%)
Kalsium
98 mg (10%)
Zat Besi
2.91 mg (22%)
Magnesium
158 mg (45%)
Manganese
3.414 mg (163%)
Fosforus
346 mg (49%)
Potassium
441 mg (9%)
Sodium
2 mg (0%)
Zinc
3.09 mg (33%)

Satu perkara yang anda perlu ketahui mengenai makanan yang kaya dengan protein adalah ia boleh membantu anda merasa kenyang untuk tempoh masa yang lebih lama berbanding dengan makanan yang kaya dengan karbohidrat. Dengan kata lain, ia dapat membantu mecegah anda daripada terus makan tanpa henti – secara tidak langsung ia membantu anda mengawal berat badan. Protein tumbuhan juga kurang lemak, manakala bagi kekacang ianya adalah dalam bentuk lemak tak tepu yang baik untuk kesihatan jantung anda.

Seperti yang saya katakan di dalam artikel mengenai kekacang badam, walnut juga merupakan antara makanan kegemaran bagi para doktor dan professional yang lain. Selagi ianya tidak ditambah garam berlebihan (salted nuts) atau ditambah perisa lain (terutama MSG), ianya amat baik untuk kesihatan anda juga. Pengambilan sedikit kekacang setiap hari dapat membantu mengimbangi keperluan protein dan lemak tak tepu untuk kecerdasan otak anda.

Walnut adalah kekacang yang padat dengan nutrient: di dalam 100 gram walnut mengandungi 15.2 gram protein, 65.2 gram lemak (terutamanya lemak tak tepu), 6.7 gram serat dan lain-lain mikro-nutrient yang turut diperlukan oleh badan. Apa yang menariknya ia juga mengandungi Omega 3 dan Omega 6 yang baik untuk fungsi otak anda. Maka tidak hairanlah mengapa ia menjadi pilihan snek kegemaran para doktor dan professional.

Selain itu juga berbanding dengan kekacang yang lain walnut mengandungi antioksida yang lebih tinggi dalam bentuk antioksida bebas dan antioksida terikat pada serat. Aktioksida baik untuk mencegah kanser dan juga kerosakan sel-sel di dalam tubuh badan anda.

Agak sukar bagi kita untuk mengenali pokok walnut ini kerana ianya tidak ditanam di Malaysia. Negara pengeluar walnut utama dunia adalah China dengan jumlah pegeluaran sebanyak 2.55 juta tan metrik pada tahun 2010, ini diikuti oleh Iran, United States, Turkey, Ukraine, Mexico, Romania, India, Perancis dan Chile.

Bagi kita masyarakat Malaysia pemakanan kekacang mungin merupakan sesuatu yang janggal kerana ianya hanya biasa digunakan di dalam penyediaan kuih-muih dan masakan seperti kek. Selain itu juga harga kekacang ini agak mahal jika dibandingkan dengan makanan snek (makanan ringan) yang lain. Namun begitu khasiat yang terkandung di dalam kekacang ini adalah sesuai jika dibandingkan dengan harganya, malah anda hanya memerlukan kuantiti yang sedikit sebagai makanan tambahan sahaja.

Isi walnut
Isi walnut yang boleh dimakan.

Begitulah serba sedikit mengenai walnut yang ingin saya kongsi buat kali ini. Terdapat banyak lagi kekacang lain yang akan saya kongsi untuk tatapan semua. Semoga pengetahuan ini dapat membantu anda untuk mengamalkan pemakan yang lebih sihat lebih bermanfaat untuk diri anda juga keluarga tersayang.



Free Download




No comments:

Post a Comment

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...