Monday, February 3, 2014

Panduan Memilih Spesifkasi PC Yang Lebih Menguntungkan

Memiliki PC yang mampu digunakan secara optimum amat menguntungkan.

Memiliki sebuah PC yang baik bukan sahaja memiliki kuasa speed GHz yang tinggi tapi mampu memberikan anda ruang untuk membuat upgrade di masa yang akan datang. Sekiranya anda masih baru dalam dunia PC, ini adalah merupakan beberapa panduan asas yang anda perlu ketahui dalam memilih PC yang mampu bertahan untuk beberapa tahun lebih lama dari segi ‘software’ ataupun ‘hardware’.

Semenjak berkembangnya keperluan penggunaan PC di serata dunia dan dalam kehidupan ramai di antara kita telah mempelajari bahawa keperluan menaiktaraf ‘upgrade’ sesebuah PC perlu dilakukan selang beberapa tahun 3 – 5 tahun. Ini kerana perubahan ‘software’ yang sentiasa memerlukan penambahan kelajuan sesebuah PC. Namun anda tidak mahu ketinggalan kerana ia juga bermakna kualiti ‘software’ tersebut telah dipertingkatkan. Maka dengan itulah pembelian yang bijak dapat memastikan anda boleh menggunakan PC tersebut untuk tempoh yang lebih lama ataupun anda hanya perlu melakukan sedikit penambah baikan.

Pemproses CPU

CPU merupakan keperluan utama sistem komputer.

Bagi pengguna biasa CPU hanya diukur daripada jenis dan kelajuan sahaja. Berlainan pula dengan para teknikal yang biasa berhadapan dengan komputer yang lebih mementingkan jenis socket yang digunakan. Ini kerana socket tersebut bermakna anda berpeluang menukarkan CPU tersebut dengan CPU yang lebih baik di masa akan datang. Kesemua CPU didatangkan dengan kod socket mengikut standard yang ditetapkan. Terdapat beberapa jenis socket yang biasa digunakan. Jadi adalah lebih baik sekiranya socket tersebut boleh dipadankan dengan jenis-jenis CPU yang lebih baik seperti socket LGA1155 kerana kebanyakan processor terbaik intel disediakan dalam socket tersebut.

Beberapa perkara yang perlu anda ketahui mengenai komputer adalah seperti berikut;

Speed/kelajuan: Kelajuan processor diukur melalui unit Hz. Ia menunjukkan jumlah kerja yang mampu dilakukan dalam satu masa. Mungkin sesuatu kerja mamakan masa dalam 100hz, 1000hz dan sebagainya. Jadi sekiranya anda mempunyai prosessor yang mempunyai kelajuan yang tinggi ini bermakna kerja tersebut boleh dilakukan dengan lebih pantas.

Core: Selain daripada kelajuan bilangan core di dalam CPU dapat membantu menyelesaikan perkara secara serentak. Ini bermakna dengan gandaan bilangan core, kelajuan yang lebih rendah mampu menyelesaikan tugasan yang sama dengan prosessor yang mempunyai satu core sahaja.

Sekiranya anda menggunakan PC anda untuk kegunaan yang berat dengan pemprosesan grafik anda perlu menitik beratkan tentang penggunaan CPU yang berkuasa tinggi. Ini kerana proses yang digunkan oleh software seperti ini mempunyai banyak proses yang berlaku serentak. Anda juga mungkin memerlukan Sistem Operasi/OS (Operating System) pada kadar 64bit yang lebih pantas.

RAM (Random Access Memory)

RAM yang cukup membantu CPU bekerja dengan lebih efektif.

RAM menyediakan ruang simpanan sementara untuk membantu kepantasan maklumat yang diperlukan oleh CPU. Ia bagaikan memori sementara di dalam otak manusia. RAM yang seimbang dengan kelajuan CPU dapat mengoptimumkan kelajuan operasi pada PC anda. Oleh kerana kadar penggunaan sofware yang meningkat pada suatu masa – seperti melakukan kerja dan mendengar muzik atau video dalam masa yang sama. Ini memerlukan RAM yang lebih besar. Namun hari ini RAM dari jenis DDR3 direka untuk memberikan kelebihan dari segi kepantasan dan ruang simpanan sementara yang lebih besar. Namun begitu anda hanya boleh menggunakan DDR3 sekiranya ia merupakan RAM yang digunakan oleh papan induk (motherboard) anda.

Motherboard/Papan Induk

Motherboard menyambungkan kesemua perkakasan menjadi 1 unit komputer.

Motherboard menyambungkan kesemua perkakasan seperti CPU, RAM, Hard Disk, Graphic Card, External Drive, Internal Drive, Monitor, Speaker, LAN wire, WiFi dan lain-lain lagi. Ia juga memastikan jenis perkakasan yang boleh digunakan/dipadankan bersama. Kerana di sinilah yang akan menentukan jenis socket CPU anda, jenis RAM yang boleh digunakan, Graphic card dan lain-lain lagi.

Terdapat banyak jenis motherboard yang berada di pasaran dan biasanya PC biasa menggunakan jenis ‘built-in graphic card’, ‘audio processor’ dan lain-lain lagi bagi menjimatkan ruang pada PC. Namun begitu ia akan menyebabkan PC tersebut sukar di-upgrade pada masa akan datang.

Oleh sebab itu PC lebih baik disediakan menggunakan ‘motherboard’ yang mampu menyediakan sambungan ke perkakasan yang boleh dipertingkatkan. Anda perlu membuat pemeriksaan kepada ‘motherboard’ dalam memastikan ‘hardware’ yang boleh dipadankan sebelum membelinya.

Graphic Card

Membantu menghasilkan kualiti graphic yang lebih baik dan pantas.

Graphic Card membantu meproses maklumat paparan dengan lebih pantas. Oleh sebab itu bagi memastikan PC anda dapat bekerja dengan lebih baik, kerja-kerja berkaitan grafik atau paparan boleh diserahkan kepada ‘graphic card’. Malah bukan itu sahaja dalam sesetengah bidang adakalanya anda memerlukan lebih daripada satu ‘monitor’, dan ini boleh diselesaikan dengan mudah menggunakan ‘graphic card’ yang membolehkan anda menyediakan sehingga empat paparan monitor yang memaparkan kerja-kerja yang berasingan.

Graphic Card menerima isyarat daripada CPU mengenai paparan yang perlu dihasilkan. Paparan yang terperinci dan pantas seperti video/grafik/3D sudah tentu memerlukan kadar pemindahan antara CPU dan ‘graphic card’ yang pantas. Sehubungan itu ‘graphic card’ juga dilengkapi dengan papan sambungan yang berbeza-beza seperti;

PCI – Peripheral component interconnect
AGP – Advanced graphic port
PCIe – PCI Express

PCIe merupakan sambungan yang terbaru dan mampu membuat pertukaran maklumat yang paling pantas kepada CPU.
Beberapa ciri lain yang penting pada ‘graphic card’ adalalah keupayaan pemprosessan sama seperti CPU juga yang diukur dalam unit Hz. Saiz memori bus (bits) yang menetukan kadar pemprosesan maklumat. Memori yag disediakan bagi tujuan penyipanan maklumat sebelum dihantar ke monitor. Lebar jalur (Bandwidth) GB/s jumlah maklumat yang mampu disediakan dalam masa sesaat. Dan juga RAMDAC (MHz) jumlah maklumat yang dapat disediakan untuk paparan pada monitor.
‘Graphic card’  amat penting pada PC generasi baru kerana aplikasi komputer yang semakin bertambah. Ia dapat mengurangkan bebanan kepada CPU dan juga memberikan ruang kepada penggunaan yang lebih optimum – apabila lebih dari 1 monitor diperlukan. Jadi anda tidak perlu memiliki lebih PC sebaliknya 1 PC dan bilangan ‘monitor’ yang lebih.

Power Supply/ Sumber Kuasa:


Power Supply membekalkan kuasa kepada semua peralatan untuk berfungsi.

Walaupun sumber kuasa tidak menentukan kepantasan PC anda, namun bekalan kuasa yang mencukupi dan stabil amat penting dalam memastikan PC anda dapat bekerja dengan lebih baik. Sebahagian ‘power supply’ yang kurang berkualiti mempunyai gangguan pada bekalan elektriknya dan boleh membahayakan komponen PC anda. Begitu juga bekalan kuasa yang tidak mencukupi boleh mengakibatkan perkakasan berfungsi dengan tidak betul.
Bekalan kuasa yang baik dapat membekalkan kuasa yang cukup kepada semua bahagian komponen di dalam PC dan dalam masa yang sama berkeadaan stabil. Ini kerana sesetengah pengguna PC akan menggunakan PC mereka 24/sehari untuk pelbagai kegunaan dan anda mungkin tidak menyangka yang ini adalah perkara yang biasa.
Pemilihan power supply yang betul memastikan ianya sepadan dengan semua perkakasan yang digunakan pada unit PC yang digunakan. Kesemua pin bekalan kuasa cukup untuk menampung segala perkakasan lain dengan jumlah Watt yang betul. Kesilapan ini boleh mengakibatkan ‘power supply’ menjadi terlalu panas atau kerosakan pada perkakasan tersebut.
Anda boleh membuat perbandingan dengan PC-PC yang biasanya dikonfigurasikan oleh pembekal-pembekal PC lain bagi memahami padanan ini dengan lebih baik. Kebiasaannya PC yang disediakan secara asas (minimal) hanya menyediakan keperluan asas sistem dan anda mempunyai sedikit ruang untuk membuat penambah baikan. Jadi adalah lebih baik sekiranya anda bersedia lebih awal mengenai keperluan ini.

Anda boleh membuat rujukan di sini: Spesifikasi PC


Free Download



No comments:

Post a Comment

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...