Wednesday, February 19, 2014

Penemuan Fosil Dinasour Pertama Di Malaysia

Dr Masatoshi menunjukkan gigi dinasor sewaktu mendedahkan penemuan itu di Universiti Malaya. Foto SHAARI CHEMAT / THE STAR

Penemuan fosil dinasour pertama di Malaysia telah diumumkan oleh Prof. Madya Dr Masatoshi Sone dari Jabatan Geologi Universiti Malaya baru-baru ini. Ekspedisi yang dimulakan sejak Setember 2012 itu akhirnya mendedahkan penemuan mereka di Negeri Pahang (salah satu negeri yang masih dipenuhi dengan hutan simpanan terbesar di negara ini).

Kerajaan Negeri Pahang telahpun memberi kerjasama bagi mengelakkan kawasan penemuan tersebut daripada dicerobohi oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Ini kerana kerja-kerja mencari tingalan fosil tersebut perlu dilakukan dengan cermat dan oleh kakitangan yang terlatih bagi mengelakkan kerosakan kepada tinggalan fosil tersebut.

Fosil yang dikatakan dimiliki oleh dinasour jenis spinosauridae itu adalah berasal daripada lewat era Mesozoic dan berkemingkinan besar dari tempoh Cretaceous – iaitu selepas tempoh Jurassic. Era Mesozoic yang adalah diantara 252.2 – 66 juta tahun dahulu yang mengandungi tempoh Triassic, Jurassic dan Cretaceous. Dakwaan ini adalah berdasarkan daripada enapan di mana fosil tersebut dijumpai.

Spinosaurus Family
Perbangingan saiz spesis-spesis spinosaurus berbanding manusia.

Bagi yang meminati dunia perfileman pasti pernah melihat dinasour seumpama ini di dalam filem Jurassic Park 3, di mana ia merupakan antara dinasour terbesar dan mempunyai muncung yang panjang seperti buaya. Sekiranya penemuan ini dapat mengesahkan keseluruhan struktur dinasour tersebut dan taburan kehidupan mereka yang menjangkau sehingga ke bahagian Asia Tenggara. Ini kerana sebelum ini penemuan fosil juga pernah dilaporkan di Thailand dan Laos malangnya tapak penemuan tersebut telah diganggu oleh orang ramai dan merosakkan tapak tersebut.

Apa Yang Menyebabkan Fosil Sukar Ditemui


Full Spinosaurus
Keseluruhan rangka spinosaurus yang lengkap dipasang.

Fosil hanya boleh ditemui sekiranya pergerakan kerak bumi membawa semula lapisan tanah (sediment) yang mengandungi fosil ke permukaan. Faktor cuaca juga memberi pengaruh yang besar dalam memastikan fosil dapat terbentuk dan tidak rosak semasa timbul semula ke permukaan bumi.

Seperti yang dapat kita saksikan fosil yang berusia jutaan tahun ini bukanlah mudah untuk dikenalpasti melainkan daripada mereka yang terlatih dan dapat membezakan antara batu biasa daripada fosil yang terbentuk daripada hasil tinggalan haiwan purba. Sehubungan itu adalah diharap penemuan seperti ini dapat dipelihara dengan baik dan diserahkan kepada mereka yang mempunyai kepakaran bagi memastikan ianya dapat dijalankan dengan lancar.

Faktor cuaca di negara kita juga tidak menjamin fosil yang terdedah dapat kekal dalam keadaan yang selamat untuk tempoh jangka masa yang panjang. Maka dengan itu kepekaan orang ramai juga penting dalam membantu penemuan seperti ini. Penemuan-penemuan seperti ini dapat membantu kita mengenalpasti keadaan geologi negara kita dimasa lampau seterusnya mengenalpasti kemungkinan-kemungkinan seperti pergerakan kerak bumi, kejadian gempa bumi dan sebagainya.

Kemungkinan Yang Lain


Dengan penemuan ini maka tidak mustahil banyak lagi fosil-fosil yang terdapat di seluruh kawasan di negara kita. Maka adalah diharap orang ramai dapat menghubungi badan-badan yang sepatutnya sekiranya menemui sebarang fosil dan tidak menjalankan penggalian sendiri. Manakala pihak berwajib bolehlah memberikan orang ramai maklumat yang tepat mengenai cara-cara mengenalpasti dan memelihara tapak fosil dengan selamat. Melalui penglibatan orang ramai dan badan-badan yang dipertanggungjawabkan diharap lebih banyak penemuan diperolehi di masa-masa akan datang.


MyRokan adalah sebuah blog yang memaparkan artikel-artikel berbentuk informasi dan mempromosikan produk-produk tempatan. Untuk maklumat lanjut mengenai blog kami boleh mengikutinya dari post Hubungi Kami. Sertai kami juga di laman Facebook kami.



No comments:

Post a Comment

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...