Tuesday, April 15, 2014

Pengalaman Menarik Berhadapan Dengan Memerang

Memerang (beaver)
Memerang haiwan yang comel dianggap musuh oleh manusia suatu masa dahulu.
Memerang atau juga dikenali sebagai ‘beaver’ di Amerika Utara biasa dianggap sebagai haiwan pemusnah kerana merosakkan pokok-pokok untuk membina empangan selain daripada memakan ikan yang hidup di sekitar empangan yang dibinanya.


Gigitan memerang
Kesan gigitan memerang pada pokok.

Memerang Amerika Utara (Castor canadensis) menggunakan giginya yang kuat untuk memakan kulit pokok dan memotong batang serta dahan pokok yang kemudian digunakan untuk membina empangan selain daripada sarangnya juga menggunakan longgokan kayu-kayu tersebut. Haiwan yang istimewa ini menghadapi masalah kerana manusia terganggu dengan tabiatnya yang perlu memusnahkan pokok tersebut.


Sarang memerang
Sarang memerang.

Oleh sebab itu bukanlah mudah untuk menemui memerang ini dan berpeluang bersemuka secara dekat dalam memerhatikan gelagatnya. Namun begitu seorang wartawan di Kanada telah cuba untuk merakamkan perilakunya apabila memerang ini membina sarang di hadapan rumah beliau. Begitu unik dan menarik sekali gelagat memerang ini. Oleh kerana ia merasa selamat, ia terus membina empangannya tanpa merasa takut kepada si wartawan yang sedang merakamkan gerak geri beliau dan keluarganya.

Tontoni video di bawah:



Memerang memerlukan kawasan empangan yang dianggap sebagai kawasannya untuk membina sarang bagi keluarganya. Empangan ini dibina dari longgokan kayu-kayu dan ranting. Kawasan empangan tersebut akan menjadi habitat ikan-ikan yang memberikan mereka sumber makanan bagi keluarga memerang.

Mungkin ia bukanlah pemusnah alam seperti yang dijangkakan, tetapi itu adalah sebahagian daripada fungsinya di dalam alam ini. Memerang dahulunya diburu oleh manusia untuk mendapatkan bulu dan juga sebagai bahan untuk perubatan (ya, masyarakat barat juga menggunakan bahagian binatang untuk tujuan ubat-ubatan suatu masa dahulu).

Apa pun gelagat memerang ini tetap unik dan menarik untuk kita saksikan.



Free Download



No comments:

Post a Comment

Blog Archive

Paparan Iklan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...