Tuesday, May 13, 2014

10 Haiwan Terbesar Yang Pernah Menghuni Bumi

Paus biru
Paus biru spesis mamalia gergasi yang diketahui masih tinggal di lautan.

Kita sering mendengar kisah-kisah lama yang menceritakan tentang haiwan-haiwan yang bersaiz besar atau gergasi. Ia sukar dipercayai kerana kita juga tidak didedahkan dengan bukti-bukti yang kukuh mengenainya. Melalui kemudahan komunikasi hari ini seperti internet barulah kita boleh mendapatkan keterangan mengenai perkara-perkara ini dengan lebih mudah.

Bukanlah bermaksud kesemua informasi yang diterima dari internet boleh dipercayai 100% tetapi setidak-tidaknya ia dapat membantu kita untuk leih banyak mengumpulkan maklumat-maklumat penting dari pelbagai sumber yang boleh dipercayai.

Kisah-kisah mengenai rasaksa laut, burung garuda, gergasi di hutan mungkin adalah sebahagian perkara yang tidak dapat dinyatakan kepada kita oleh generasi terdahulu. Mungkin ia lebih mudah dikongsi bersama sekiranya terdapat teknologi seperti kamera pada masa itu. Namun kita juga masih boleh berusaha mencari bukti-bukti yang boleh membuktikan kewujudan mereka melalui pelbagai cara. Ya, teruskan mencuba.

Megalodon
Megalodon jerung gergasi.

1) Megalodon atau juga dikenali sebagai Carcharoclesmegalodon merupakan jerung gergasi berukuran 52 kaki (kira-kira 14 meter). Saiz badan serta mulutnya yang besar membolehkan ia menelan seekor badak sumbu. Hidup sekitar 25 ke 1.5 juta tahun dahulu dan sebahagian saintis beranggapan ia mungkin masih hidup di perairan laut dalam dunia – tetapi masih tiada sebarang bukti untuk menyatakan kenyataan ini.

Mungkin tidak ramai yang ingin Megalodon masih ada sehingga hari ini.

Jengking laut
Jengking laut bersaiz gergasi.

2) Oleh kerana haiwan-haiwan dahulu terdiri daripada saiz yang besar tentulah serangga dan haiwan lain juga mempunyai saiz yang besar juga. Kala jengking laut atau dikenali sebagai Jaekelopterusrhenaniae, berukuran 8 kaki panjang. Haiwan rasaksa ini menghuni bumi kira-kira 400 juta tahun dahulu. Tidak hairanlah sekiranya ia mempunyai saiz yang besar sekiranya haiwan-haiwan lain juga bersaiz besar (bagi membolehkan ianya bersaing). Kala jengking hari ini dikatakan berasal daripada spesis ini.

Arctodus
Arctodus kelihatan lebih besar apabila berdiri.

3) Beruang gergasi bermuka pendek (short-faced) juga dikenali sebagai Arctodus yang mempunyai saiz yang lebih besar berbanding beruang polar yang merupakan spesis beruang terbesar yang terdapat hari ini. Memiliki berat sehingga 3,500 lbs. dan ketinggian berdiri sehingga 11 kaki (hampir 4 meter) cukup untuk menggerunkan sesiapa sahaja yang terserempak dengannya.

Arctodus merupakan beruang yang menghuni sekitar Amerika-Selatan dari 500,000  hingga 2 juta tahun dahulu. Tinggalan tulang-tulangnya ditemui di Argentina pada tahun 1935.

Argentavis magniticens
Argentavis magnificens, mungkinkah ia garuda yang dimaksudkan?

4) Mungkin ia adalah ‘burung garuda’ yang sering dikisahkan oleh orang-orang dahulu, atau adakah kemungkinan burung yang lebih besar daripada Argentavis magnificens yang mempunyai saiz yang besar dan menyerupai burung-burung lain yang mapu terbang pada hari ini. Saiz bukaan kepaknya mencapai sehingga 21 kaki (7 meter) atau hampir menyamai saiz pesawat Cessna 152. Bulu pelepahnya sahaja mempunyia saiz seperti pedang samurai setiap satunya.

Burung rasaksa ini tidak dinyatakan di dalam banyak buku-buku sains yang lain kecuali baru-baru ini sahaja walaupun ia telah ditemui lebih awal.

buaya gergasi
Sarcosuchuc imperator, merupakan buaya terbesar.

5) Begitu juga terdapat dari spesis buaya Sarcosuchuc imperator, yang juga bermaksud “flesh crocodile emperor” – (ia mungkin mempunyai bunyi yang agak janggal jika diterjemah secara terus ke Bahasa Melayu.

Mencapai saiz sehingga 40 kaki (13 meter) dan berat anggaran 8.75 ton (17,500 lbs.). Rahannya sahaja mencapai ukuran 6 kaki (hampir 2 meter) dan mengandungi 100 gigi. Ia pastinya berkemampuan untuk menangkap pemangsa yang juga terdiri daripada pelbagai spesis dinasour.

Argentinosaurus
Argentinosaurus, merupakan dinasour daratan terbesar pernah diketahui.

6) Bagi dinasour yang besar pula ia mungkin boleh mencapai ketinggian seperti bangunan 6 tingkat hari ini antaranya ialah Argentinosaurus. Mencapai ketinggian 120 kaki (40 meter) dan berat hampir 100 ton ia merupakan dinasour terbesar yang pernah menghuni permukaan bumi (melalui data yang ada setakat ini).

Mepunyai leher yang panjang begitu juga dengan lehernya. Manakala kepalanya agak kecil. Tiada banyak perkara yang diketahui mengenai dinasour ini melainkan anggaran bahawa ia hidup sekitar 100 juta tahun yang lalu. Rasaksa pemakan tumbuh-tumbuhan ini ditemui pada tahun 1988 di Argentina.

Spinosaurus
Spinosaurus, lebih besar berbanding T-rex.

7) Bagi pemakan daging pula Spinosaurus merupakan gergasi yang diketahui setakat ini merupakan dinasour tebesar. Mempunyai ukuran sehingga 60 kaki (20 meter) dan berat 10 ton. I juga dianggarkan hidup sekitar 100 ke 93 juta tahun dahulu di benua Africa.

Mempunyai layar dibelakangnya yang mempunyai ketinggian 7 kaki (2 meter) dikatakan turut menjadikan ikan sebagai sebahagian daripada makanannya. Antara keunikan lain mengenai dinasour ini ialah ia mempunyai muncung yang sedikit agak panjang dan kepalanya sahaja berukuran 6 kaki.

Ular sawa
Ular sawa juga merupakan antara haiwan yang bersaiz gergasi.

8) Antara haiwan gergasi yang masih terdapat sehingga hari ini adalah ular sawa. Kebiasaannya ia boleh mencapai ukuran sehingga 20 kaki – walaupun terdapat rekod haiwan ini berukuran sehingga 33 kaki (11 meter). Walaupun ia tidak mempunyai bisa seperti ular-ular yang lain namun ia mampu membunuh seorang lelaki dewasa melalui jerutannya yang kuat.

Paus biru
Paus biru gergasi yang masih ada hingga ke hari ini.

9) Kita masih mampu melihat sebahagian spesis gergasi yang mempunyai saiz luar biasa hari ini seperti Paus Biru yang mencapai saiz berukuran 100 kaki (33 meter) dengan berat 150 ton. Hari ini saiz-saiz paus biru ini adalah dalam lingkungan 75 hingga 80 kaki sahaja.

Suatu masa dahulu ikan-ikan paus ini turut diburu untuk mendapatkan daging dan lemaknya. Anak paus biru sendiri mempunyai saiz sebesar 25 kaki dan memerlukan 100 gallen susu daripada ibunya.  Ia dikatakan telah mencapai populasi yang sedikit di sekitar 1960-an lagi dan kini dianggarkan hanya terdapat sekitar 10,000 ekor sahaja yang mendiami perairan dunia.

Gajah Afrika
Gajah Afrika merupakan gergasi daratan yang ada hari ini.

10) Berbanding ikan paus biru yang masih mendiami lautan Gajah Afrika merupakan haiwan gergasi yang masih mendiami bumi kita hari ini. Boleh mencapai saiz ketinggian sehingga 13 kaki (4 meter) dan berat sehingga 14,000 lbs. Gajah merupakan haiwan yang unik kerana ia hidup di dalam kumpulan yang saling bekerjasama dan menghiburkan antara satu sama lain.

Haiwan ini juga sering diancam oleh manusia melalui pemburuan haram yang memburu gadingnya untuk dijadikan barangan perhiasan dengan harga yang sangat tinggi. Ia juga hampir mengalami kepupusan disebabkan kawasan populasinya yang semakin sedikit.


Begitulah sebahagain daripada haiwan-haiwan gergasi yang pernah mendiami bumi dulu dan sekarang. Mungkin banyak lagi informasi yang perlu kita dapatkan untuk lebih mengenali bumi di mana kita tinggal. Semakin lama kita pelajari mengenainya semakin banyak perkara baru yang kita akan dapati. Apa yang penting kita dapat sama-sama hidup dengan aman bersama makhluk-makhluk yang lain. Teruskan mengkaji.

Free Download



No comments:

Post a Comment

Blog Archive

Paparan Iklan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...