Sunday, August 3, 2014

Bagaimana Gula Dihasilkan?

Granulated  Sugar
Jenis-jenis gula pasir dalam proses penghasilan gula.

Gula merupakan antara bahan penting sebagai salah satu bahan asas keperluan dalam kehidupan. Walaupun gula terdapat di dalam bahan makanan utama seperti nasi, ubi kentang, ubi kayu, makanan berkanji dan buah-buahan, namun gula pasir yang digunakan untuk tujuan memaniskan minuman dan penyediaan makanan mempunyai permintaan yang sangat tinggi.

Walaubagaimanapun terdapat pelbagai kaedah menghasilkan gula seperti gula Melaka, gula merah, gula kabung yang dihasilkan secara tradisional ini mempunyai keistimewaan tersendiri seperti bauan yang lebih harum dan rasa yang lebih enak. Namun kita masih memerlukan gula pasir bagi tujuan memaniskan minuman dan masakan. Jadi mari kita lihat serba sedikit bagaimana gula pasir dihasilkan.

Gula pasir yang dihasilkan secara komersil menggunakan dua bahan utama iaitu tebu dan sejenis tumbuhan yang dipanggil sebagai bit gula (Sugar Beet). Kedua jenis tumbuhan ini digunakan kerana mempunyai kandungan gula yang mudah diekstrak untuk dijadikan gula pasir. Bagi menampung keperluan pengguna seluruh dunia jutaan metrik ton gula pasir dihasilkan setahun di serata dunia.

Sugar Cane
Tebu merupakan bahan utama penghasilan gula.

Sugar Beet
Bit Gula juga merupakan bahan pengganti tebu dalam penghasilan gula.

Perkembangan idustri penghasilan gula melalui satu jangka masa yang panjang dimana satu masa dahulu ia merupakan satu bahan makanan yang mewah dan hanya boleh dinikmati oleh golongan bangsawan sahaja. Apabila penjajahan tanah semakin meluas oleh penjajah-penjajah dari Eropah mereka turut menjalankan aktiviti penghasilan gula sebagai salah satu sumber bahan dagangan mereka.

Bagi membolehkan penghasilan gula ini ladang-ladang tebu yang besar diperlukan begitu juga bahan pertanian lain seperti kapas yang menyebabkan banyak buruh paksa atau hamba abdi dibawa masuk dari negara-negara lain terutamanya Afrika. Selain itu juga banyak negara-negara lain yang turut dijadikan sebagai kawasan utama bagi penanaman tebu bagi menampung keperluan Eropah. Kawasan yang sesuai adalah di sekitar Caribbean, Amerika tengah seperti Brazil dan Mexico, Asia Tenggara, Kepulauan Pasifik, Afrika Timur, Kepulauan Hindi dan Natal.

Sugar Loaves
Secara tradisi gula dihasilkan ke dalam bentuk 'buku' sebegini.

Semasa peperangan Napolean pula, penghasilan gula menggunakan bit manjadi semakin meningkat di Eropah kerana kesukaran mengimport gula disebabkan perjalanan kapal-kapal yang dihalang. Menjelang tahun 1880 penggunaan bit gula merupakan bahan utama bagi penghasilan gula bagi Eropah. Kawasan penanam utama bit gula adalah di Lincolnshire, England dan kawasan-kawasan lain di sana. Namun begitu ia masih lagi mengimport gula-gula yang dihasilkan daripada kawasan-kawasan jajahan mereka.

Gula asalnya dihasilkan dalam bentuk buku seperti ketulan besar yang perlu dikerat-kerat sebelum ia dihasilkan dalam bentuk serpihan-sepihan kecil yang lebih dikenali sebagai gula pasir. Ia juga kemudiannya dihasilkan dalam bentuk kiub dan ini mula diperkenalkan oleh  Moravian Jakub Kry┼ítof Rad. Penghasilan gula dalam bentuk kiub ini kemudiannya turut dihasilkan oleh beberapa pengeluar gula yang popular di serata Eropah.

Confectionaries
Gula membolehkan pelbagai makanan manis dihasilkan.

Hari ini gula dihasilkan di beberapa kawasan di dunia (dan dikuasai oleh beberapa syarikat terbesar – monopoli). Walaupun jumlah pengeluaran gula adalah mencukupi, ia mudah digunakan sebagai satu alasan untuk menaikkan harga gula oleh pengeluar-pengeluar gula. Di negara kia juga adakalanya mengalami kekurangan gula!? Jadi, apakah yang anda sarankan?


Gula adalah bahan penting sebagai pemberi tenaga atau makanan kepada tumbuh-tumbuhan. Oleh sebab itu kita akan cepat menjadi letih sekiranya mengalami kekurangan gula di dalam darah. Adapun penyakit kencing manis pula bukanlah disebabkan oleh pengambilan gula sahaja. Semoga dengan ini kita akan menjadi lebih peka mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan isu gula ini. Adakah anda ingin mencuba menghasilkan gula sendiri?



Free Download



1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...