Sunday, December 14, 2014

Penjelajahan Laut Dalam Oleh James Cameron


James Cameron Deepsea Challenge
James Cameron keluar daripada Deersea Challenger.

 Pada tahun 2012 dunia digemparkan lagi oleh pengarah terkenal James Cameron. Kali ini bukanlah dengan cerita terbaru arahan beliau tetapi dengan satu lagi pencapaian beliau yang merupakan cita-citanya sejak kecil lagi iaitu penjelajahan laut dalam. Mengapa peristiwa ini dianggap sebagai salah satu perkara yang begitu besar bukan sahaja bagi beliau, malah kita semua sebagai masyarakat dunia.

James Cameron yang biasa tampil dengan kelaian di dalam filem-filem arahannya yang terkenal termasuk The Abyss, Terminator 2, Titanic dan juga Avatar sebenarnya menyimpan satu cita-cita dan minat yang tidak pernah padam iaitu untuk menerokai laut dalam. Cita-cita beliau ini dapat dilihat dalam filem arahan beliau The Abyss sendiri malah beberapa dokumentari yang dihasilkan yang berkait rapat dengan laut dalam sebelum ini antaranya Expedition: Bismarck, Ghost of the Abyss dan Aliens of the Deep.

Deepsea Challenger diagram
Gambarajah kapal selam Deepsea Challenger.

Bagi menghasilkan dokumetari beliau kali ini iaitu untuk menjelajah ke dasar laut cabaran pertama yang perlu dilalui beliau adalah untuk menyediakan kapal selam yang mampu untuk menyelam sehingga kedalaman yang tidah pernah dilakukan oleh mana-mana kapal selam yang lain.  Seperti yang kita ketahui untuk menyelam pada kedalam tersebut kapal selam yang diperlukan oleh James Cameron perlulah mampu untuk menahan tekanan air yang amat tinggi bagi tujuan keselamatan peralatan dan beliau sendiri yang akan mengendalikannya.

Kapal selam yang digunakan oleh James Cameron untuk penjelajahan ini dikenali sebagai Deepsea Challenger dibina dalam diam di Australia dengan kerjasama antara National GeographicSociety dan tajaan bersama oleh Rolex – di mana dalam ekspedisi ini Rolex turut menjalankan ujian terhadap kemampuan jam tangan keluarannya yang dikenali sebagai “Deepsea” – 2012. Malah jam tangan tersebut berjaya menjalani ujian tersebut dengan jayanya.

Deepsea Pilot Sphere
Kebuk pemandu daripada keluli setebal 2.5 inci.

Deepsea Challenger dibina oleh Acheron Project Pty Ltd dengan diketuai oleh jurutera Ron Allum. Ron Allum dan kumpulan yang membina Deepsea Challenger adalah rata-rata mereka yang juga aktif dalam aktiviti selaman gua dalam laut selama beberapa tahun. Jadi kumpulan ini merupakan mereka yang mempunyai banyak pengalaman dalam membina kapal selam yang diperlukan James Cameron dalam ekspedisinya itu nanti.

Sebagai satu-satunya kapal selam yang mampu menjelajah ke dasar laut dalam Deepsea Challenger amat berbeza daripada kapal-kapal selam lain. Selain daripada ianya dibina secara menegak ia juga hanya boleh membawa seorang penumpang sahaja. Penumpang tersebut pula perlu berada di dalam sebuah bola keluli dengan ketahanan untuk menampung tekanan yang tinggi. Ia merupakan langkah pertama dalam pembinaan kapal selam ini kerana ia menentukan keselamatan pemandunya yang akan berada beberapa ribu meter di dasar laut.

Deepsea Challenger dive
Deapsea Challenger diturunkan ke air.

Sudah tentu pembinaan Deepsea Challanger bukanlah satu proses yang mudah dan menjalani beberapa kali ujian disamping kesentukan masa yang diperlukan untuk mebolehkan ia melakukan selaman seperti yang dijadualkan. Kesemua cabaran ini dibentangkan di dalam dokumentari “James Cameron’s Deepsea Challenge” di mana dari situ dapat kita lihat ia bukanlah boleh dilakukan tanpa kepakaran, kegigihan dan kesungguhan dalam setiap ahli yang terdapat di dalam kumpulan tersebut.  Ini kerana pembinaan kapal selam tersebut bukanlah sekadar menyediakan sebuah bebola keluli yang mampu bertahan pada tekanan tinggi malah ia perlu memastikan keselamatan pemandunya, kandungan udara, suhu, peralatan komunikasi, navigasi, dan macam-macam lagi.

Bagi yang pernah membaca mengenai James Cameron dan ketelitian beliau dalam filem-filem arahannya tentu menyangka bahawa ini merupakan sesuatu yang boleh dilakukan dengan mudah. Ya, ia bagaikan sebuah peralatan yang siap untuk digunakan tanpa anda perlu merasa risau. Hakikatnya, Deepsea Challenger perlu dikendalikan oleh sekumpulan pakar – walaupun ia akan dipandu oleh seorang pemandu. Sebaik sahaja pemandunya memasuki ruang pemanduan, ianya akan dikunci rapat dari luar – dan ia tidak akan boleh dibuka daripada dalam.

Rolex Deepsea
Rolex 'Deepsea' yang dibawa turun ke dasar laut bersama Deepsea Challenger.

Sehingga pada March 26, 2012 James Cameron berjaya melakukan penyelaman pada kedalam 10,908 meter (35,787 kaki) yang juga merupakan penyelaman ke-empat bagi Deepsea Challenger. Pada kedalaman ini James Cameron berjaya melakukan beberapa perkara penting seperti menjelajahi dasar laut dalam, mengumpul spesimen hidupan dan juga sendimen malah tidak dilupakan untuk memeriksa jam Rolex yang dibawanya bersama (ketika itu berada di luar kapal selam tersebut).

Walaupun mungkin ia merupakan cita-cita seseorang (James Cameron), malah ia juga turut membawa pelbagai kebaikan kepada yang lain. Bagi kumpulan yang membina kapal Deepsea Challenger juga sudah pastinya merupakan satu kejayaan yang belum pernah dilakukan oleh mana-mana kumpulan lain. Begitu juga bagi kita sebagai masyarakat dunia – penjelajahan ini sedikit sebanyak memberikan kita gambaran sebenar di dasar lautan dalam yang sebelum ini belum pernah diteroka oleh mana-mana manusia (apatah lagi bersama video yang boleh ditonton). Maka dengan itu setiap dari kita perlu mempunyai cita-cita yang akan membawa kebaikan untuk kita bersama.


Anda juga mungkin berminat:



MyRokan adalah sebuah blog yang memaparkan artikel-artikel berbentuk informasi dan mempromosikan produk-produk tempatan. Untuk maklumat lanjut mengenai blog kami boleh mengikutinya dari post Hubungi Kami. Sertai kami juga di laman Facebook kami.

1 comment:

  1. best la mrs james ni.x sangka dia peminat laut dalam!
    ada x misinya yg terbaru?

    ReplyDelete

Paparan Iklan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...