Monday, March 23, 2015

Mikro Post; Kew Gardens

Kew Gardens - Palm House
Palm House di Kew Gardens menempatkan spesis palma dari serata dunia.

Kew Gardens nama yang penting dalam bidang botani, selain daripada telah beroperasi selama ratusan tahun iaitu sejak 1759 sehinggalah sekarang ia juga bertanggungjawab dalam membawa banyak tumbuh-tumbuhan ke serata dunia termasuklah getah ke Asia Tenggara daripada tanah asalnya Amerika Selatan.

Terletak di Richmond, London dan bersebelahan sungai Thames, taman ini mempunyai koleksi pameran tumbuhan hidup yang terbesar sehingga 30,000 jenis tumbuhan kesemuanya. Manakala ia juga memiliki koleksi herbarium yang berjumlah 7 juta specimen tumbuhan yang diawet. Perpustakaannya menempatkan lebih daripada 750,000 naskah yang mengandungi lebih daripada 175,000 gambar bercetak dan lukisan tumbuh-tumbuhan. Selain itu ia juga merupakan salah satu destinasi lawatan paling popular di London sejak sekian lama.

Giant Lotus
Teratai gergasi dari Amazon di Kew Gardens.
Smallest Lotus
Teratai terkecil yang dicuri dari Kew Gardens pada 2014 - teratai ini dikatakan telah pupus di habitatnya asalnya.

Walaupun ia menarik sebagai tempat lawatan, namun kewujudan Kew Gardens dan sumbangannya kepada dunia botani perlu dicontohi. Setelah sekian lama ia bukan sahaja mengumpulkan pelbagai data mengenai tumbuhan malah menyediakan data terperinci dan konservasi untuk tumbuhan-tumbuhan tersebut. Setiap bangunan di Kew Gardens direka bagi membolehkan sampel kesemua tumbuhan dari pelbagai kawasan di serata dunia dibiakkan di sini. Para saintis yang terlibat di Kew Gardens sememangnya komited terhadap tumbuh-tumbuhan.

Jadi di Kew Gardens anda boleh melihat sampel hampir kesemua tumbuhan di kawasan-kawasan lain di serata dunia – dari kawasan tropika, gurun, kawasan sejuk malah spesis-spesis eksotik seperti periuk kera, teratai gergasi, pelbagai palma malah mungkin anda akan melihat spesis-spesis yang telah pupus dari kawasan anda sendiri. Melalui lawatan anda ke sini bagaikan satu lawatan ringkas mewakili lawatan anda ke bahagian-bahagian lain di dunia.


Kew Gardens - flower
Spesis bunga ini yang anda lihat mungkin adalah kultivar baru, tidak di Kew Gardens. 
Corpse Flower
Bunga 'Corpse Flower' ini adalah tumbuhan esotik tropika.

Walaupun taman ini dilengkapi dengan pelbagai bahan untuk memeriahkan lagi suasana lawatan anda. Ia sebenarnya satu sumber penting bagi peminat-peminat tumbuh-tumbuhan. Kew Gardens menyimpan banyak maklumat yang mungkin anda perlukan untuk mengenali dengan lebih lanjut tentang sesuatu  tumbuhan tentang kaedah penanaman dan pemuliharaan. Sekiranya di Kew Gardens tumbuhan tropika boleh dibiakkan dengan subur, adakah sukar bagi anda menanamnya di tempatnya sendiri secara semulajadi?



Free Download





No comments:

Post a Comment

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...