Thursday, April 30, 2015

Kisah di Sebalik Misi Menyelamatkan Teleskop Hubble

Hubble Telescope in Space
Telesskop Hubble telah berada di ruang angkasa selama 25 tahun.

Kejayaan Teleskop Hubble dalam memberikan gambaran yang jelas tentang fenomena di angkasa lepas amat dibanggai oleh semua. Namun selama usia Hubble berada di ruang angkasa dalam tempoh 25 tahun ini, kisah silamnya tidaklah berjalan dengan mudah. Mungkin tidak ramai yang masih ingat kisah yang berlaku 25 tahun dahulu seaktu ia mula dilancarkan.

Sebaik sahaja sampai di ruang angkasa Telekop Hubble mengalami pelbagai masalah termasuk sistem komunikasi, komponen dan elektronik. Malah kaca primanya juga dikatakan telah digilap sehingga hampir rata menjadikan ia tidak mampu memberikan fokus dengan berkesan.

Bagi menjalankan kerja-kerja membaik pulih seorang angkasawan yang juga merupakan saintis dan doktor iaitu Musgrave yang terlibat dalam pembinaan teleskop ini telah diberikan tugas yang paling mencabar – melakukan kerja-kerja membaik pulih di ruang angkasa. Musgrave bukan sahaja mengetahui setiap sistem malah setiap peralatan dan komponen; setiap panel, skru dan nut (beliau memiliki 7 ijazah, termasuk matematik dan perubatan).

Hubble repairing works
Kerja-kerja membaik pulih yang dijalankan.

Bagi memastikan perbelanjaan yang dikeluarkan untuk projek teleskop ini tidak sia-sia, kerja-kerja membaik pulih terus dirancang dan Musgrave diberikan tugas yang mencabar ini. NASA yang ketika itu masih lagi dibayangi dengan kejadian hitam peristiwa Challenger perlu memastikan Teleskop Hubble merupakan satu projek yang berjaya.

Sebagai sebuah projek yang terancang, sememangnya segala kemungkinan telahpun diberikan perhatian. Segala kemungkinan telahpun dibuat sebelum angkasawan-angkasawan dalam projek membaik pulih membuat persediaan yang rapi sebelum sedia dihantar ke ruang orbit untuk tugasan tersebut.

Latihan persediaan dijalankan iaitu latihan di dalam tangki air gergasi di Houston, Texas. Pada masa yang sama senarai kegagalan pada teleskop tersebut menajdi semakin panjang yang memerlukan kerja-kerja pembaikan yang banyak. Ini menjadikan kerja-kerja membaikpulih di ruang angkasa ini menajdi semakin mencabar dan komplek.

Kerja membaik pulih yang paling mencabar pernah dijalankan.

Para penyelamat in berlepas ke angkasa pada 2 Decenber 1993. Terdapat 7 orang yang berlepas kesemuanya termasuk Musgrave dan angkasawan dari European SpaceAgency iaitu Claude Nicollier yang kemudiannya menggunakan lelengan robotik untuk melakukan kerja-kerja membaik pulih teleskop tersebut.

Kerja-kerja membaik pulih ini dilakukan pada jarak 600 kilometer dari permukaan bumi. Keseluruhan kerja yang mengambil 35 jam 28 minit dalam 3 masa berlainan di lakukan secara berselang dengan beberapa angkasawan yang lain iaitu Hoffman, Kathyrin Thornton dan Tom Akers.

Memandangkan kepada hasil yang dihasilkan oleh Teleskop Hubble hari ini, kisah kerja-kerja membaik pulih ini semakin dilupakan. Ia bukan bermakna satu perkara yang negatif pada projek ini, tetapi ianya adalah keberkesanan perancangan dan pelan susulan yang dilakukan. Tiada siapa yang dapat menyangka dengan tepat sebarang kemungkinan yang akan berlaku di luar angkasa yang jarang-jarang diterokai. Kesungguhan dan ketelitian para jurutera, angkasawan dan seluruh ahli yang terlibat di dalam projek ini adalah penting. Sehubungan itu ia sepatutnya menjadi satu lagi inspirasi dalam menghasilkan satu lagi perkara yang menakjubkan.

Krew dalam STS-61 (kerja-kerja membaik pulih Hubble terdiri dari: Komander Richard O. Covey, Juruterbang Kenneth D. Bowersox, Komander Barangan F. Story Musgrave dan Pakar-pakar Kathryn C. Thorton, Claude Nicollier, Jeffrey A. Hoffman dan Tom Akers.



MyRokan adalah sebuah blog yang memaparkan artikel-artikel berbentuk informasi dan mempromosikan produk-produk tempatan. Untuk maklumat lanjut mengenai blog kami boleh mengikutinya dari post Hubungi Kami. Sertai kami juga di laman Facebook kami.

No comments:

Post a Comment

Blog Archive

Paparan Iklan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...