Friday, April 24, 2015

Mikro Post; Teleskop Angkasa James Webb

JWST mirror testing
Ujian yang dijalankan ke atas kaca pemantul pada JWST.

Setelah mencapai kejayaan yang memberangsangkan melalui pelancaran Teleskop Hubble pada April 1990 kini satu lagi teleskop akan dilancarkan untuk terus meneroka angkasa yang luas dan teleskop tersebut dinamakan James Webb Space Telescope (JWST). Walaupun Teleskop James Webb ini mempunyai kaca prima yang jauh lebih besar, namun terdapat perbezaan yang jauh ketara di antara kedua-dua teleskop angkasa ini.

Pada permulaannya teleskop ini dicadangkan pada tahun 1996 dengan nama Next Generation Sapace Telescope (NGST). Kemudian pada tahun 2002 ia dinamakan semula bersempena bekas pentadbir kedua NASA yang berkhidmat di antara tahun 1961 – 1968 iaitu James E. Webb (1906 – 1992) atas usaha beliau dalam membantu menjayakan progam Apollo dan menjalankan kajian saintifik sebagai teras aktiviti bagi NASA. Walaupun program ini diketuai oleh NASA ia juga turut mendapat sokongan daripada European Space Agency dan juga Canadian Space Agency serta penglibatan 17 buah negara.

Mirror comparison
Perbandingan cermin pemantul pada JWST dan juga Hubble.

James Webb Space Telescope ini mempunyai beberapa ciri utama yang amat menarik, kerana ia jauh sekali berbeza dengan Teleskop Hubble ataupun teleskop-teleskop lain – menjadikan ia begitu penting untuk dijalankan. Selain daripada mempunyai cermin pemantul prima yang lebih besar iaitu dengan saiz 6.5 meter berbanding hanya 2.4 meter pada Teleskop Hubble namun ia mempunyai berat hanya separuh berbanding Hubble. Selain itu juga JWST akan menjalankan pencerapan dalam spectrum ‘near-infrared’, walaupun begitu masih lagi boleh mengesan spectrum-spectrum cahaya yang lain.

Gold plated mirror
Kaca pemantul yang telah disadur dengan emas.

JWST akan beroperasi pada Bumi-Matahari L2 Lagrange point, pada jarak 1,500,000 kilometer (930,000 mi) dari bumi bagi memestikan ia berada dalam keadaan stabil pada kedudukan tersebut. Manakala untuk memastikan ia dapat mengukur pada spectrum cahaya yang diinginkan satu pelindung matahari dilengkapkan bagi memastikan semua peralatan berada pada suhu 50 K (-220°C ; - 370°F).

Pelancaran dijadualkan pada tahun 2018 menggunakan roket Ariane 5 setelah projek ini tertangguh beberapa kali dan kos penyelenggaraan yang terus meningkat berbanding pada kos anggaran asal pada tahun 1997 iaitu USD0.5 billion kepada USD8.8 billion pada tahun 2013. JWST diselenggarakan oleh kontraktor utamanya iaitu Northrop Grumman.

Telescope primary mirror
Perbandingan kaca utama teleskop-teleskop utama dunia.

Banyak lagi perkara yang perlu diungkapkan mengenai JWST ini, namun bagi yang berminat untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut bolehlah membuat pencarian maklumat lanjut. Selain daripada JWST terdapat beberapa teleskop lain yang sedang di dalam pembinaan dan juga perancangan dengan ciri-ciri keistimewaan masing-masing antaranya Giant Magellan Telescope (GMT), Thirty Meter Telescope (TMT) dan juga European Extremely Large Telescope (E-ELT). Begitulah usaha yang dilakukan oleh para pengkaji dalam mendalami tentang keajaiban alam semesta iaitu dengan falsafah – tiada henti.




MyRokan adalah sebuah blog yang memaparkan artikel-artikel berbentuk informasi dan mempromosikan produk-produk tempatan. Untuk maklumat lanjut mengenai blog kami boleh mengikutinya dari post Hubungi Kami. Sertai kami juga di laman Facebook kami.

No comments:

Post a Comment

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...