Saturday, May 2, 2015

Mawsynram Daerah Paling Lembab di Dunia

Mawsynram - Girl with knup
Mengharungi hujan di Daerah Mawsynram, kawasam paling lembab.

Daerah Mawsynram merupakan kawasan yang terletak di bahagian Timur Pergunungan Khasi di Meghalaya, India. Ia merupakan kawasan tanah tinggi iaitu pada ketinggian 1,400 meter (4,600 kaki) dari aras laut. Ia menerima purata hujan dengan purata 11,872 millimeter setahun (467.4 in) – dan satu lagi kawsan iaitu LlorĂ³ di Colombia turut mempunyai kadar hujan yang hampir sama. Walaubagaimanapun pada tahun 1985, Mawsynram disenaraikan di dalam Guiness Book of World Records apabila ia menerima hujan pada kadar 26,000 millimeter (1,000 in) pada tahun tersebut.

Oleh kerana ia terletak di kawsan tanah tinggi, udara sejuk daripada Teluk Bengal akan terperangkap di sini dan turun sebagai hujan yang amat lebat. Ini menjadikan kawasan ini lebih sesuai dikunjungi dengan SUVs atau kenderaan pancuan empat roda – dan masih memerlukan pemandu yang berkemahiran untuk jalan-jalan di cerunan.

Cherrapunji
Keadaan pergunungan di Cherrapunji.
Antara pemandangan semula jadi alam di Mawsynram.

Daerah yang unik ini merupakan kawasan yang unik dengan sungai-sungai dan air terjun. Selain daripada keadaan cuaca yang mencorakkan kehidupan masyarakat yang berbeza daripada tempat-tempat lain. Sebagai contoh penggunaan ‘knups’ iaitu penutup bagi mengelakkan daripada dibasahi hujan digunakan dengan meluas di kawasan ini.

Adalah menjadi kebiasaan bagi para penduduk untuk menyimpan bekalan makanan bagi menghadapi musim tengkujuh di kawasan ini yang kebiasaannya pada bulan Mei dan Julai. Ini kerana pada waktu tersebut usaha untuk mendapatkan keperluan barangan keperluan mungkin menjadi bertambah rumit. Keadaan hujan di sini adalah amat lebat sehingga para penduduk menggunakan lapisan rumput tebal untuk mengurangkan bunyi hujan yang mengenai pondok kediaman mereka.

People with knups
Satu pemandangan menarik cara hidup orang-orang di sini.
Keunikan pelindung hujan yang digunakan penduduk.

Pada musim tengkujuh (monsoon) inilah penduduk terutamanya kaum wanita akan menumpukan pada pekerjaan seperti membuat ‘knups’, raga buluh dan juga penyapu untuk dijual di serata kawasan yang lain.

jingkieng deingjris - living bridge
Jingkieng deingjris merupakan jambatan dari pokok yang hidup.
Pemandangan yang amat menarik perkampungan di Mawsynram.

Mercu tanda penting bagi Mawsynram.

Selain daripada keunikan kawasan pergunungan dan cara hidup penduduk di sini antara lainnya adalah ‘jingkieng deingjris’ atau jambatan yang dibentuk daripada pokok yang hidup. Ia mengambil masa puluhan tahun untuk betul-betul kukuh bagi digunakan untuk menyeberangi sungai dengan arus deras pada musim monsoon.

Begiutlah serba sedikit mengenai kawasan lembab yang unik di India ini. Walaupun ia merupakan kawasan paling lembab di dunia, ia masih lagi mengalami musim kemarau yang kebiasaannya berlaku pada bulan Disember hingga ke Februari. Menakjubkan!


Free Download






No comments:

Post a Comment

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...