Monday, May 4, 2015

Mikro Post: Terapi Phage (Virus)

bacteriophage on bacteria
Bacteriophage di atas backteria sebelum menyuntik genomenya.

Penggunaan hidupan dalam mengawal jumlah hidupan lain biasa dilakukan dalam pengawalan biologi (biocontrol). Tetapi terapi Phage atau lebih dikenali sebagai ‘bacteriophages’ juga pernah digunakan untuk pengawalan hidupan dalam dunia hidupan seni bagi mengawal penyakit. Ini kerana ‘bacteriophage’ menyerang bakteria-bakteria tertentu untuk membiak dan ini membantu membunuh bakteria-bakteria punca penyakit tersebut.

Diperkenal dan digunakan di negara-negara Soviet Union sekitar tahun 1920, dan ianya hanya dibenarkan di Russia dan Georgia sahaja. Bagaimanapun terapi Phage ini dikatakan mempunyai potensi untuk digunakan bagi tujuan perubatan termasuk pergigian, kesihatan haiwan dan juga pertanian.

Penggunaan terapi ini masih lagi digunakan terutama bagi merawat penyakit yang berpunca daripada bakteria yang tidak memberi kesan ke atas penggunaan antibiotik biasa. Malah penggunaan Phage lebih bersifat spesifik kepada bakteria-bakteria tertentu sahaja dan tidak kepada kumpulan bakteria lain (seperti bakteria yang membantu penghadaman kepada manusia).

Sekumpulan bacteriophage yang menyerang bacteria.

Penggunaan bacteriophages ini mula dilaporkan oleh Frederick Twort pada tahun 1915 dan Felix d’Hérelle pada tahun 1917. Menurut pemerhatian Felix d’Hérelle, phage biasanya didapati pada tempat duduk pesakit yang mengidap sakit perut (radang usus) Shigella sejurus sebelum mereka pulih. Selain itu juga bacteriophages boleh didapati hampir disetiap tempat di mana bakteria hidup seperti di dalam longkang, sungai, juga pada kerusi pesakit yang beransur pulih.

Pada masa yang sama George Eliava, dari Georgia juga mendapati perkara yang sama. Beliau kemudiannya membuat lawatan ke Pasteur Institute di Paris dan bertemu dengan d’Hérelle, dan seterusnya pada tahun 1923 menubuhkan Eliava Institute di Tbilisi, Georgia untuk menghasilkan terapi phage.

Penggunaan terapi phage ini semakin dilupakan berikutan dengan penemuan antibiotik pada tahun 1941 di mana ia digunakan dengan lebih meluas di U.S. dan juga di Eropah. Penggunaan phage ini memerlukan kajian yang lebih memendangkan ianya memerlukan jenis phage yang sesuai untuk satu-satu bakteria tertentu.

Di Russia, penggunaan terapi phage digunakan dengan meluas terutamanya pada perang dunia ke-2 
di mana ia digunakan untuk merawat tentera-tentera yang dijangkiti bakteria seperti cirit-birit dan juga gangren. Russia terus menghasilkan dan memperbaiki kaedah perawatan menggunakan phage ini, namun begitu para pengkaji mempunyai hubungan yang terbatas menjelang perang dingin yang berlaku. Namun begitu ringkasan penerbitan kajian tersebut diterbitkan di dalam Bahasa Inggeris pada tahun 2009 di dalam "A Literature Review of the Practical Application of Bacteriophage Research".

Illustrasi bacteriophage sebelum menyuntik genomenya.

Bagi maklumat yang lebih lengkap mengenai kajian ini boleh didapati dari Georgia Eliava Institute di Tbilisi, Georgia di mana pengguaan Terapi Phage masih lagi digunakan agak meluas.
Bacteriophage adalah merupakan virus yang membiak di dalam bakteria. Namanya sendiri berasal dari perkataan “bacteria” dan juga perkataan Greek: φαγεῖν (phagein); “dengan lahap”. Ia merupakan hidupan yang ringkas dan membiak dengan menyuntik genome-nya ke dalam ‘cytoplasm’ bakteria. Bacteriophage juga merupakan hidupan yang mudah ditemui di mana-mana dengan kepelbagaian yang luas dalam alam ini.


Jadi itulah dia serba sedikit mengenai penggunaan virus untuk mengawal penyakit yang mungkin selama ini kurang kita ketahui. Walaupun begitu adalah lebih baik sekiranya kajian yang lebih mendalam dapat dilakukan sekiranya ia betul-betul dapat membantu manusia dalam melawan penyakit. Walaupun begitu ia merupakan satu perkara yang menarik untuk diketahui.




MyRokan adalah sebuah blog yang memaparkan artikel-artikel berbentuk informasi dan mempromosikan produk-produk tempatan. Untuk maklumat lanjut mengenai blog kami boleh mengikutinya dari post Hubungi Kami. Sertai kami juga di laman Facebook kami.

No comments:

Post a Comment

Blog Archive

Paparan Iklan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...