Sunday, May 10, 2015

Spanish Slug dan Spesis Menular

Spanish Slug very invasive
Spanish Slug mampu mengganda dengan pantas.

Spanish Slug (Arion vulgaris) merupakan hidupan yang sama seperti kumpulan ‘slug’ lain mungkin dianggap tidak membawa masalah, namun begitu ia merupakan satu spesis yang memberi kesan yang besar kepada ekosistem berikutan kemampuannya dalam mengganda dan mendominasi sesuatu kawasan baru dengan pantas.

Selain daripada mampu mengganda dengan lebih baik spesis ‘slug’ atau ada juga yang memanggilnya sebagai ‘lintah bulan’ ini mempunyai senarai pemakanan yang lebih luas berbanding dengan spesis-spesis yang lain. Menghasilkan lebih banyak lendiran yang menjadikan ia tidak menjadi pilihan pemangsa seperti burung, kumbang, ayam dan juga pemangsa-pemangsa ‘slug’ yang lain.

‘Spanish Slug’ merupakan spesis yang dikhuatiri akan mengancam bukan sahaja spesis-spesis ‘slug’ yang lain malah boleh mengakibatkan sektor pertanian mengalami kesan yang buruk. Menjadi antara fokus utama sebagai pengancam di UK dan juga termasuk di dalam senarai 100 hidupan penceroboh di dalam ‘DeliveringAlien Invasive Species In Europe’ (DAISIE) membiak dan merebak dengan pantas ke serata Eropah dan kemungkinan ke US.

Other slug
Spesis-spesis 'slug' yang lain.

Berbeza dengan hidupan lain, Spanish Slug mampu membiak tanpa pasangan selain menghasilkan terlur yang lebih banyak dari spesis-spesis lain iaitu 300 hingga 500 biji telur berbanding spesis biasa yang hanya bertelur pada jumlah 150 biji sahaja. Ia juga mempunyai pemakanan daripada daun tumbuhan, benda-benda mereput dan juga bangkai haiwan yang mereput. Jadi dengan sebiji telur Spanish Slug yang dibawa cukup untuk menjadikannya mengganda dengan pantas.

Ia bersaiz agak besar iaitu antara 7 – 15 cm disamping mempunyai warna yang agak terang dan kebiasaannya adalah kelabu kehijauan. Ia juga mempunyai daya tahan terhadap cuaca yang lebih tinggi. Spesis ini amat dibimbangi di UK malah juga di negara-negara lain di Eropah.

Spanish Slug
Walaupun mudah dikesan ia tidak digemari pemangsa.

Apa yang dilakukan oleh Spanish Slug adalah perkara biasa yang dilakukan oleh hidupan-hidupan yang lain iaitu membiak dan meneruskan kehidupan. Adakalanya aktiviti manusia yang menyebabkan hidupan-hidupan ini sampai ke merata tempat. Ia hanyalah satu contoh daripada pelbagai perkara yang berlaku di seluruh dunia bukan bagi haiwan sajaha malah tumbuhan – dan sering juga bakteria dan virus punca penyakit.


Jadi sekiranya anda melihat spesis-spesis baru terdiri dari haiwan atau tumbuhan, pastikanlah ianya adalah dari jenis asli tempatan. Sekiranya ia adalah hidupan baru kemungkinan ia boleh mendatangkan ancaman. 



MyRokan adalah sebuah blog yang memaparkan artikel-artikel berbentuk informasi dan mempromosikan produk-produk tempatan. Untuk maklumat lanjut mengenai blog kami boleh mengikutinya dari post Hubungi Kami. Sertai kami juga di laman Facebook kami.

No comments:

Post a Comment

Blog Archive

Paparan Iklan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...