Sunday, June 28, 2015

Apakah Kelebihan Kurma (Date, Date Palm)

Buah kurma yang masih belum masak.

Sememangnya ramai di antara kita mengenali buah kurma (Phoenix dactylifera) kerana ia merupakan buah yang paling popular ketika tibanya bulan Ramadhan bagi umat Islam di seluruh dunia. Namun begitu buah kurma merupakan sebahagian makanan manusia sejak ribuan tahun sebelum masehi lagi di mana sahaja ia tumbuh dengan subur.

Kurma adalah tumbuhan dari keluarga Arecaceae juga dikenali sebagai Palmae atau Palmaceae yang bermaksud palma. Ia merupakan salah satu satu daripada kumpulan tumbuh yang besar kerana terdapat pelbagai jenis palma yang setiap satunya mempunyai fungsi yang unik kepada kehidupan manusia seperti kelapa misalnya.

Daerah asal pokok kurma tidak dapat dipastikan dengan tepat kerana ia telah ditanam untuk satu jangka masa yang lama namun kebarangkalian tempat asalnya dari Iraq adalah tinggi. Kurma ditanam di banyak kawasan di dunia antaranya Australia, Spain, Italy, North Africa, the Canary Islands, Madeira, Cape Verde, Daerah Sahel di Africa, Mauritius, Réunion, Afghanistan, Pakistan (Khairpur), Bangladesh, India, Israel, Iran, China, (Fujian, Guangdong, Guangxi, Yunnan), Fiji, New Caledonia,di United States (California, Nevada, Arizona, Florida, Puerto Rico), Utara Mexico, El Salvador, di Leeward Islands, Cayman Islands, Haiti, di UAE, Saudi Arabia dan Dominican Republic.

Ladang kurma yang sedang mengeluarkan buah.
Pokok kurma yang telah mencapai kematangan.

Pokok boleh tumbuh sehingga mencecah 70 – 75 kaki (21 – 23 meter) tinggi dari satu batang utama seperti juga kebanyakan pokok-pokok palma yang lain. Mempunyai pelepah sepanjang 4 – 6 meter (13 – 20 kaki) panjang dengan 150 helai daun pada setiap pelepah. Daun-daun ini pula berukuran 30 cm (12 in) panjang dan 2 cm (0.79 in) lebar. Lebar keseluruhan daun boleh mencecah sehingga 6-10 meter (20 – 33 kaki) lebar.

Ia mengambil masa diantara 4 – 8 tahun untuk pokok kurma mencapai kematangan dan sedia untuk megeluarkan buah dan antara 7 – 10 tahun untuk benar-benar bersedia untuk menghasilkan buah yang cukup untuk dipasarkan. Pokok yang mencapai kematangan mampu mengeluarkan buah di antara 68 – 176 kilogram (150 – 300 lb) buah bagi satu musim. Buah-buah ini mungkin masak dalam beberapa peringkat yang berlainan.

Kurma-kurma yang dipetik di India.

Oleh kerana ia ditanam di beberapa kawasan, kaedah pengurusan pokok dan buah-buah kurma mungkin berbeza mengikut kawasan dan daerah. Ini kerana walaupun pokok kurma merupakan tumbuhan yang memerlukan kepanasan dan cahaya matahari yang banyak, dalam masa yang sama ia juga memerlukan jumlah air yang banyak juga.

Sesuai dengan tempoh penanaman pokok kurma yang telah dilakukan selama ribuan tahun oleh manusia, terdapat lebih 1000 cultivar kurma dihasilkan namun hanya beberapanya sahaja yang biasa ditanam untuk tujuan komersial;

Buah kurma yang hampir masak.

Aabel — biasa di tanam di Libya.

Ajwah — berasal dari Medina di Saudi Arabia, biasa dikaitkan dengan hadis-hadis.

Al-Khunaizi — bersasal dari bandar Qatif di Saudi Arabia.

Amir Hajj or Amer Hajj — dari Iraq, mempunyai kulit yang nipis tapi isi yang tebal, juga dikenali  "kurma tetamu" ia merupakan hidangan bagi tetamu.

ʿAbid Rahim (Arabic: عبد رحيم‎) — dari Sudan. Di Nigeria juga dikenali sebagai Dabino dan biasa dimakan oleh Muslim Nigerian waktu berbuka puasa di bulan Ramadan.

Barakawi (Arabic: بركاوي‎) — dari Sudan.

Barhee atau barhi (dari perkataan Arabic barh, bermaksud "angin panas") — berbentuk hampir bulat, berwarna terang sehingga coklat gelap apabila matang; lembut, dengan isi yang tebal dan rasa yang mewah. Merupakan kurma yang enak dimakan ketika ranum.

Bireir (Arabic: برير‎) — dari Sudan.

Dabbas — dari United Arab Emirates.

Datça — dari Turkey

Deglet Noor (Tunisian Arabic: دڨلة نور — mempunyai warna kuning terang apabila dipegang menghala ke matahari. Merupakan kurma terbaik dari Libya, Algeria, U.S., dan Tunisia, yang menjadi sebahagian cultivar penting untuk eskport. Teksturnya yang separa kering dan tidak terlalu manis.

Derrie atau Dayri (juga dikenali sebagai "Monastery") — dari selatan Iraq — mempunyai bentuk yang panjang, agak kurus, hampir kehitaman, dan lembut.

Empress — dihasilkan oleh keluarga DaVall di Indio, California, United States, daripada benih 

Thoory. Mempunyai saiz yang lebih besar, dan lembut, manis berbanding Thoory. Mempunyai warna coklat gelap di bahagian atas dan lebih terang di bahagian bawahnya..

Fardh atau Fard — biasa di Oman, coklat gelap, kulit yang lembut, rasa yang manis, biji yang kecil. Tahan sekiranya disimpan dengan baik.

Ftimi atau Alligue — ditanam di bahagian Tunisia.

Holwah (Halawi) (bermaksud manis dalam Bahasa Arab) — ia lebih lembut, dan sangat manis, bersaiz kecil dan sederhana.

Haleema — dari Hoon, Libya (Haleema merupakan nama seorang wanita).

Hayany (Hayani) — dari Egypt ("Hayany" merupakan nama seorang lelaki) — kurma ini berwarna gelap – merah pekat yang hampir kehitaman.

Honey — tidak diketahui

Iteema — biasa terdapat di  Algeria.

Kenta — biasa terdapat di Tunisia.

Khadrawi atau Khadrawy (Arabic: 'hijau') — jenis yang diminati oleh orang Arabs, ia lembut, mempunyai warna gelap.

Khalasah (dari bahasa Arabic) — merupakan cultivar yang popular di Saudi Arabia, terkenal dengan rasanya yang tidak terlalu manis atau tawar, dan disukai oleh ramai orang. Buahnya dikenali sebagai Khlas. Ia terkenal di Hofuf (Al-Ahsa) dan Qatif di bahagian Daerah Timur Saudi Arabia (ash-Sharqīyah).

Khastawi (Khusatawi, Kustawy) — merupakan jenis kurma lembut terbaik dari Iraq; ia bersari dan bersaiz kecil, kelebihan bagi padang pasir.

Khenaizi — dari United Arab Emirates.

Lulu — dari United Arab Emirates.

Maktoom (Arabic ‘tersembunyi’) — buahnya lebih besar, merah-coklat, kulit yang tebal, lembut, dengan kemanisan yang pertengahan.

Manakbir — buah yang besar serta masak dengan cepat.

Medjool atau (Mejhool) (Arabic: مجهول‎ "tidak diketahui") — dari Morocco, juga ditanam di U.S., Israel, Saudi Arabia, Jordan, dan Daerah Palestin; bersaiz besar, manis dan berjus.

Migraf (Mejraf) — sangat populat di Selatan Yemen, dengan buah yang agak besar, dengan warna coklat keemasan.

Mgmaget Ayuob — dari Hun, Libya.

Mishriq (Arabic: مشرق‎ "timur") — dari Sudan dan Saudi Arabia.

Mozafati — (Persian "Pinggir bandar”) dari Iran, dimana kebanyakannya ditanam di Kerman, juga dikenali sebagai "Kurma Bam ", sempena nama bandar Bam di daerah tersebut. Ia berwarna gelap, lembut dan manis bersaiz sederhana. Ia sangat sesuai untuk tujuan makana segar, juga mampu bertahan untuk waktu simpanan yang lama. Pada suhu −5 darjah Celsius (23 °F) ia boleh disimpan sehingga tempoh 2 tahun.

Nabtat-seyf — di Saudi Arabia.

Rotab — dari Iran, berwarna gelap dan lembut.

Sag‘ai — dari Saudi Arabia.

Saidy (Saidi) — lembut, sangat manis, ia popular di Libya.

Sayer (Sayir) (Arabic “biasa”) — berwarna oren-coklat gelap, bersaiz sederhana, lembut dan berjus.

Sukkary — (lit. sugary) (Arabic: سكري) kulit berwarna coklat gelap; isi yang manis dan lembut, dari Saudi Arabia (Qassim), merupakan jenis yang paling mahal.

Sellaj — (Arabic: سلّج‎) di Saudi Arabia.

Tagyat — biasa terdapat di Libya.

Tamej — di Libya.

Thoory (Thuri) — popular di Algeria, kurma ini berwarna merah-coklat dan kulit yang sangat berkedut. Isinya adakalanya agak keras dan berbintil namun rasanya adalah manis dan kekacangan.

Umeljwary — di Libya.

Umelkhashab — berwarna merah memikat; manis kelat, isi yang keras putih (Saudi Arabia).

Zahidi (Arabic “kesederhanaan”) — mempunyai saiz sederhana, berbentuk silinder, coklat-keemasan terang, kurma yang separa kering dan manis, dijual sebagai lembut, separa keras dan keras.

Zaghloul (Arabic: زغلول‎) — kulit berwarna merah kegelapan, panjang, sangat rangup semasa segar (biasanya ia dihidangkan); sangat manis, dengan kandungan gula yang menyebabkan bibir terasa kering memakannya. Ia merupakan jenis yang ekslusif bagi Egypt, selain daripada namanya juga mewakili hero bangsa iaitu Saad Zaghloul.

Buah kurma dengan pelbagai peringkat.

Buah-buah kurma dikelaskan mengikut tahap kematang buah dengan beberapa pengkelasan iaitu kimri (belum masak), khlal (matang, rangup), rutab (masak, lembut) dan tamr (masak, kering). Ia juga disediakan mengikut kesesuaian penanaman mengikut daerah yang akan dibentangkan di dalam artikel yang lain.


Manakala terdapat banyak lagi cultivar yang kurang popular dan tidak dikomersilkan. Cultivar-cultivar ini dihasilkan oleh penanam-penanam kurma sendiri yang telah melalui jarak masa ribuan tahun. Sehingga hari ini, kurma bukan popular di Benua Arab atau Afriak sahaja malah turut berkembang ke seluruh dunia. Di kesempatan yang lain kita akan melihat beberapa keunikan lain buah dan tumbuhan kurma ini.



Free Download



Mikro Post: Ikan Singa (Lionfish)

Lionfish ikan yang cantik tapi berbisa - "Red lionfish near Gilli Banta Island" by Alexander Vasenin

Ikan Depu atau Ikan Singa atau dikenali sebagai lionfish merupakan ikan yang mempunyai duri beracun dan mendiami kawasan berbatu karang. Spesis ini amat terkenal sebagai beracun namun amat cantik dan biasanya menjadi hiasan di dalam akuarium. Ia juga dikenali dengan nama zebrafish, firefish, turkeyfish atau butterfly-cod mempunyai warna yang terang sebagai petanda amaran tentang racunnya.

Ikan yang tergolong dari genus Pterois ini mengandungi beberapa spesis dan merupakan spesis asal di bahagian Indo-Pacific. Sesuai dengan namanya iaitu lionfish, ia merupakan ikan yang cepat menyesuaikan diri dengan persekitaran baru – merebak dengan pantas di Benua Amerika (Barat Atlantic dan juga Laut Caribbean) sehingga ke tahap membimbangkan.

Ikan Singa mudah dikesan kerana mempunyai warna yang terang mendiami bahagian berbatu karang di perairan tropika. Bersaiz di antara 5 hingga 45 cm (2.0 hingga 17.7 inci) panjang, dan berat di antara 0.025 hingga 1.3 kg (0.055 to 2.866 lb). Ikan ini dihiasi dengan duri-duri panjang dan tentacles yang kelihatan cantik bagi manusia namun durinya beracun.

"MC Rotfeuerfisch" by Christian Mehlführer, User:Chmehl

Spesis ini dikatakan boleh mencapai usia sehingga 15 tahun dan ikan-ikan betina mampu bertelur pada jumlah sehingga 15,000 telur dalam satu kelompok mukus telurnya. Ikan ini merupakan pemangsa yang aggresif dan merupakan pemburu yang cekap. Mendiami kawasan berbatu dan terumbu karang sehingga kedalaman 50 meter dan sering juga melewati kawasan-kawasan cetek seperti lagoon dan pantai berbatu. Ia bersifat ‘territorial’ dan mungkin akan cuba menyerang apa sahaja yang cuba menghampirinya – dilaporkan bersifat aggresif kepada para pengkaji.

Racun ikan-ikan ini adalah terletak pada duri-duri yang tersusun pada ‘dorsal fin’ (sirip atas) ikan tersebut yang berjumlah 18 kesemuanya. Selain mempunyai teknik penyamaran, ia juga mempunyai kepantasan yang menakjubkan ketika menyerang mangsanya yang terdiri daripada ikan-ikan kecil dan udang. Sengatan ikan singa juga amat menyakitkan dan akan menyebabkan kesan keracunan seperti muntah-muntah dan kesukaran bernafas. Walaupun ia jarang menyebabkan kematian kesan kesakitan mungkin bertahan selama seminggu.

Sehingga kini terdapat 11 spesis ikan singa yang diketahui iaitu;
  • Pterois andover G. R. Allen & Erdmann, 2008 (Andover lionfish)
  • Pterois antennata Bloch, 1787 (Spotfin lionfish)
  • Pterois brevipectoralis Mandritsa, 2002
  • Pterois lunulata Temminck & Schlegel, 1843 (Luna lionfish)
  • Pterois miles J. W. Bennett, 1828 (Devil firefish)
  • Pterois mombasae J. L. B. Smith, 1957 (Frillfin turkeyfish)
  • Pterois paucispinula Matsunuma & Motomura, 2014
  • Pterois radiata G. Cuvier, 1829 (Clearfin lionfish)
  • Pterois russelii E. T. Bennett, 1831 (Soldier lionfish)
  • Pterois sphex D. S. Jordan & Evermann, 1903 (Hawaiian turkeyfish)
  • Pterois volitans Linnaeus, 1758 (Red lionfish)

"Clearfin lionfish (Pterois radiata)" by The High Fin Sperm Whale

Walaupun ada yang menjadikan ikan ini sebagai makanan, ia lebih popular sebagai ikan hiasan di dalam akuarium. Namun begitu ikan ini dikatakan merebak dengan pantas di perairan Barat Atlantik iaitu di Selatan Amerika dan semakin merebak ke bahagian Selatan. Oleh kerana ia bukan spesis asal, kemunculan spesis baru boleh membawa ancaman bukan sahaja kepada spesis tempatan malah mungkin juga kepada manusia.

Kadar pengembangan spesis ini di habitat barunya amat membimbangkan sehingga NOAA (National Oceanic and Atmospheric Administration) terpaksa mengambil langkah-langkah tertentu bagi mengelakkan kesan yang lebih buruk. Orang ramai diminta melaporkan sekiranya menjumpai ikan ini bagi memastikan lokasi penyebaran ikan-ikan lionfish. Selain itu juga kempen memakan ikan "Lionfish as Food" diharap dapat mengurangkan jumlah ikan ini dan mengurangkan tangkapan bagi ikan-ikan yang ditangkap secara berlebihan seperti kerapu (grouper) dan snapper.

Penularan spesis ikan lionfish di perairan Barat Atlantik.

Ikan singa walaupun beracun tidak seperti ikan buntal yang biasa menyebabkan kematian kepada yang memakannya. Kaedah penyediaan ikan ini adalah lebih mudah berbanding buntal – dan tiada kes kematian akibat memakan ikan ini dilaporkan. Namun begitu pengguna digalakkan berhati-hati dan mendapatkan informasi yang cukup sekiranya ingin mencuba hidangan daripada ‘lionfish’ ini. Sehubungan itu Reef Environmental Education Foundation memberikan khidmat nasihat kepada chef restoran tentang kaedah penyediaan ikan ini di dalam menu mereka.

Jadi itulah dia serba sedikit mengenai ikan ‘lionfish’ yang cantik namun beracun. Seperti yang kita ketahui penularan spesis di habitat-habitat baru perlu dikawal dengan teliti bagi mengelakkan kepupusan spesis asal. Bagi kes lionfish, pengawal ini hanyalah bagi kawasan di perairan Barat Atlantik sahaja dan bukan di perairan Indo-Pasifik. Seperti yang kita ketahui, ikan-ikan ini juga mempunyai fungsi tersendiri dalam mengawal keseimbangan ekosistem laut.




Rujukan:

Free Download



Saturday, June 27, 2015

Keunikan Buah Nona (Annona Squamosa)

Keratan buah Annona squamosa.

Pernahkah anda merasa buah ini? Buah nona atau juga dipanggil sugar-apple boleh tumbuh dengan mudah di merata kawsan manakala rasa buahnya juga manis dan mudah dimakan. Kebiasaannya ia akan tumbuh di pinggir halaman tanpa memerlukan penjagaan yang rapi, pokok nona boleh tumbuh dengan baik dan menghasilkan buah yang banyak.

Buah nona ‘sugar-apple’ (Annona squamosa) merupakan pokok yang lebih mudah tumbuh di kawasan tanah rendah berbanding dua lagi saudara terdekatnya iaitu ‘Annona reticulata’ dan ‘Annona cherimola’ yang kedua-duanya juga dikenali sebagai ‘custard-apples’. Berbeza dengan sugar-apples, custard-apples mempunyai kulit yang lebih licin dan buah yang lebih besar. Dari segi rasa buahnya pula, secara peribadi saya lebih menyukai sugar-apples yang lebih manis.

Pokok nona boleh tumbuh dengan mudah daripada bijinya di pinggir-pingir halaman. Sekiranya pokok ini di jaga dengan baik, tentulah ianya lebih subur. Mempunyai banyak dahan pokok boleh mencapai ketinggian antara 3 meter (9.8 ft) hingga 8 meter (26 ft) yang mempunyai dahan yang banyak namun agak lembut sama juga dengan family tumbuhan ini yang lain antaranya durian belanda atau soursop (Annona muricata).


Pokok annona tidak terlalu tinggi dan berdaun sederhana lebat.

Oleh kerana pokok ini tidak terlalu besar, ia juga tidak mempunyai daun yang terlalu lebat. Daun-daunnya ini bersaiz sederhana dan lebih nipis berbanding jenis-jenis annona yang lain. Jadi pokok nona tidak akan menyebabkan daun gugur yang banyak. Manakala apabila tiba musim buahnya, ia akan berbuah agak lebat. Bagi mengelakkan serangan serangga anda bolehlah membalut buah ini seperti mana yang dilakukan kepada buah jambu batu sekiranya perlu.

Annona squamosa merupakan tumbuhan asal bahagian tropika di Benua Amerika dan juga West Indies (kawasan sekitar Caribbean dan juga Atlantik Utara) namun tempat asal tumbuhan ini tidak dapat dikesan dengan pasti. Ia mula diperkenalkan ke bahagian Selatan Asia pada tahun 1590 dan di dapati sesuai hidup di kebanyakan kawasan sehingga ke utara seperti Florida di United States, manakala ke selatan pula sehingga ke Bahia di Brazil. Di sesetengah kawasan pula annona dikatakan spesis menular (invasive).


Bunga pokok annona.

Di India, teknik pemeraman buah-buah yang tua adalah dengan menyimpan buah dengan 50-60 g carbide untuk membolehkan ianya cepat ranum, berbanding pemeraman biasa yang boleh mengambil masa 5-6 hari (namun buah tahan lebih lama).

Manakala di Malaysia pula teknik untuk melambatkan proses buah ini menjadi ranum adalah dengan menyimpan buah pada suhu yang rendah 59° hingga 68°F (15°-20°C) dengan kelembapan 85-90% dan kandungan O2 dan C2 H2 yang rendah. Manakala untuk mempercepatkan proses ranum pula adalah dengan memastikan kadar O2 dan C2 yang tinggi.

Biji buah ini sebenarnya beracun. Kulit pokok, daun dan bijinya mengandungi alkaloid, anonaine. Serbuk biji dan buah kering yang ditumbuk dijadikan penuba ikan atau racun serangga di India. Malah ‘paste’ daripada bijinya juga digunakan ke atas kepala untuk membunuh kutu – bahagian mata perlu dielakkan kerana ia boleh mencederakan mata dan mengakibatkan buta. Minyak yang diekstrak daripada biji annona ini dikatakan dapat digunakan sebagai racun serangga. Begitu juga di Mexico daunnya disapukan pada lantai reban ayam untuk mengelakkan kutu.

Walaupun begitu ia juga masih digunakan untuk merawat beberapa masalah antaranya;

Di India daun yang diramas digunakan untuk merawat hysteria dan kerasukan yang juga digunakan ke atas ulcer dan luka. Manakala air rebusan daun pula digunakan untuk merawat dysentry.

Di kawasan Tropik Amerika pula air rebusan daunnya (atau dicampur dengan tumbuhan lain) digunakan untuk tujuan yang meluas sebagai tonik, merawat selesema, penghadaman atau menjernihkan air kencing. Air rebusan ini juga dicampurkan ke dalam mandian untuk merawat kesakitan rheumatic.

Di El Salvador buahnya yang masih hijau digunakan untuk merawat diarrhea.

Di India juga buahnya yang telah masak akan dicampur dengan garam dan disapukan kepada tumor.
Manaka kulit dan akar pokok ini bersifat astringent (memberhentikan pendarahan). Rebusan kulit pokok digunakan untuk menghentikan diarrhea, manakala akarnya yang lebih kuat merupakan rawatan drastik untuk dysentery.

*anda tidak digalakkan mencuba teknik perubatan ini

Anak pokok annona yang masih kecil.

Begitulah serba sedikit keunikan buah nona atau sugar-apples, yang selama ini mungkin tidak kita ketahui. Ia dijadikan mudah tumbuh di mana-mana kerana mempunyai khasiat yang baik (seperti juga durian belanda), namun kita hanya menyedarinya apabila pokok tersebut tiada lagi di persekitaran rumah kita. Bagi yang masih mempunyai pokok ini pastikan anda memberikannya penjagaan terbaik.


Rujukan:


Free Download



Friday, June 26, 2015

Keunikan Ikan Sardin

Sardin (sardine), berenang dalam satu kumpulan yang amat besar.

Sardin merupakan ikan kecil yang menjadi makanan utama ikan-ikan besar dan juga tangkapan bagi manusia. Mendiami perairan bersuhu sederhana, sardin telah menajdi sebahagian sumber perikanan penting kepada manusia sejak dahulu lagi.

Sardin merupakan spesis ikan yang tergolong di dalam family ‘herring’ iaitu Clupeidae. Gelaran sardin yang diberikan kepada ikan ini mula digunakan pada abad ke-15 kerana ia terdapat banyak di kepulauan Mediterranean iaitu  Sardina.

Sardin juga dikenali sebagai ‘pilchards’ atau ada juga yang memperkelaskan sardin sebagai ‘philchards’ yang bersaiz kurang daripada 6 inci (15 cm). Namun terdapat sekurang-kurangnya 21 spesis sardin yang mengikut standard FOA/WHO yang tersenarai di dalam industri pengetinan sardin.


Sardin popular sebagai ikan dalam tin.

Sardin sebenarnya merupakan spesis ikan yang amat kaya dengan khasiat terutama minyak Omega-3 dan juga asid lemak yang dikenali sebagai EPA dan DHA yang juga berfungsi untuk mengurangkan kadar triglycerides dan colesterol di dalam darah. Selain itu juga ia turut mengandungi lebih 50% daripada nutrient harian penting kepada manusia.

Sebagai ikan yang berada di bawah pyramid makanan, sardin merupakan punca zat makanan ikan-ikan spesis karnivor yang menjadikan ia sebagai makanan seperti tuna dan juga ikan-ikan besar yang lain. Oleh itu ia lebih banyak mengandungi zat berbanding racun seperti mercury (yang terdapat di dalam tuna).

Sardin terdapat di dalam beberapa genus;

Genus Dussumieria
  • Rainbow sardine (Dussumieria acuta)
  • Slender rainbow sardine (Dussumieria elopsoides)

Genus Escualosa
  • Slender white sardine (Escualosa elongata)
  • White sardine (Escualosa thoracata)

Genus Sardina
  • European pilchard (true sardine) (Sardina pilchardus)

Genus Sardinella
  • Goldstripe sardinella (Sardinella gibbosa)
  • Indian oil sardine (Sardinella longiceps)
  • Round sardinella (Sardinella aurita)

Genus Sardinops
  • South American pilchard (Sardinops sagax)
Sardin adalah ikan yang diperkaya dengan Omega-3, EPA dan DHA.

Sardin bukanlah ikan yang diminati ramai (harga yang rendah), walaupun ia merupakan ikan yang paling popular ditinkan. Ikan ini juga ditangkap untuk dijadikan makanan kepada ikan-ikan yang diternak seperti Salmon, Kerapu, Tuna dan lain-lain. Namun begitu khasiat sardin sebenarnya adalah lebih tinggi berbanding ikan-ikan tersebut. Minyak daripada ikan sardin juga turut digunakan untuk industri seperti penghasilan cat, varnish dan linoleum.

Ikan sardin seperti juga ikan-ikan kecil yang lain berenang secara berkumpulan di dalam air untuk mencari makanan. Ia merupakan teknik biasa bagi ikan-ikan kecil untuk mengelakkan daripada pemangsa semasa berenang di perairan yang kaya dengan plankton yang menjadi makanan mereka. Namun biasanya kumpulan ini akan diserang juga oleh pelbagai pemangsa dari pelbagai jenis hidupan termasuk tuna, dolphin, pari, jerung malah juga burung.


Tragedi kematian ikan di pantai Namibia.

Namun kepentingan sardin lebih daripada itu. Tragedi yang menyebabkan kematian ikan-ikan di pantai Namibia misalnya adalah disebabkan oleh penghasilan hydrogen sulfide dan juga methane dari dasar laut yang berpunca daripada proses pereputan plankton – tanpa sardin (yang ditangkap berlebihan semenjak 1970-an) plankton ini mendap di dasar laut dan mereput. Kitaran ini akan terus berulang sekiranya tiada ikan-ikan yang mampu mengurangkan plankton tersebut – pbs.org

Jadi itulah sebabnya mengapa spesis-spesis seperti sardin ini dijadikan dalam satu kumpulan yang besar dengan banyaknya. Kerana selain mempunyai tugasan yang amat penting (membersihkan plankton-plankton tersebut), ia juga kan menjadi sumber makanan kepada ikan-ikan dan burung. Sehinggalah manusia memburu mereka secara berlebihan dan mengganggu keseimbangan tersebut.

Apapun sementara ikan ini masih terdapat di pasaran (segar ataupun tin) jangan lepaskan peluang anda untuk mendapatkan khasiat-khasiat penting ikan ini seperti Omega-3, EPA dan DHA yang boleh disediakan dengan mudah seperti sandwich sardin.

Rujukan:

Free Download




Buah Buahan Tropika Manggis

mangosteen ripe
Buah manggis yang masak dengan kulit bewarna gelap dan isi yang putih.

Berbanding dengan buah-buahan tropika yang lain manggis atau juga dikenali sebagai purple mangosteen (Garcinia mangostana) adalah buah yang lebih mudah untuk diterima oleh semua berbanding dengan durian yang mempunyai bau yang kuat. Buah yang berwarna ungu gelap ini mempunyai isi yang putih, manis serta lembut. Walaupun begitu buah manggis hanya terdapat di beberapa kawasan sahaja di dunia.

Buah manggis dikatakan berasal daripada kepulauan Sunda dan juga Maluku di Indonesia namun ia boleh didapati di serata Asia Tenggara, begitu juga di beberapa bahagian di Amerika Selatan seperti Colombia, Kerala di India, Puerto Rico dan juga Hawaii – dimana pokok ini mungkin dibawa masuk dan cuba ditanam di sana.

Buah manggis sememangnya amat digemari sejak dahulu lagi namun ia tidak mudah tumbuh di luar kawasan tropika. Ia mula diperkenalkan pada English greenhouse pada tahun 1855 dan cuba untuk dipindahkan ke bahagian barat seperti Jamaica, Guatemala, Honduras, Panama dan juga Ecuador. Setakat ini manggis juga turut menjadi sebahagian tanaman bagi Australia.


mangosteen young
Puitk manggis muda yang perlukan persekitaran sejuk.

Pokok manggis dan buah manggis memerlukan persekitaran yang sejuk dan lembab oleh itu ia sering ditanam bersama dengan pokok buah-buahan yang lain di dusun buah-buahan di kampung-kampung. Pokok ini memerlukan suhu di antara  25 °C sehingga 35 °C dan kelembapan sekitar 80%. Suhu yang mencapai lebih daripada 38 °C ke 40 °C akan menyebabkan dauh dan buah menjadi rosak.

Pokok manggis sememangnya sensitif oleh kerana mempunyai sistem akar yag lemah dan memerlukan tanah yang dalam dan pengairan yang sempurna. Sekiranya anda mempunyai kebun buah-buahan anda mungkin akan perasan, adalah lebih mudah untuk menanam pokok-pokok lain seperti rambutan, mangga, durian, pisang dan lain-lain berbanding manggis. Ini bukan bermakna ia tidak boleh ditanam, tetapi ia merupakan pokok yang amat sensitif.

Di Asia Tenggara, Thailand merupakan penanam utama manggis dengan keluasan tanaman dianggarkan seluas 4,000 ha pada tahun 1965 dan saiz ini mencapai 11,000 ha pada tahun 2000 dan menghasilkan buah sekitar 46,000 tan. Kawasan-kawsan lain seperti Indonesia, Malaysia dan Philippines pula hanya menghasilkan manggis untuk pasaran Asian sahaja. Di luar Asia hanya kawasan di Puerto Rico sahaja dikatakan berjaya dan kawasan-kawasan yang lain masih lagi mencuba seperti Kepulauan Caribbean, Amerika Selatan, Florida, California dan Hawaii yang tidak dapat menandingi penanaman manggis di Asia Tenggara.

Manggis terkenal sebagai buah yang bukan sahaja enak malah mempunyai khasiat yang tinggi. Namun oleh kerana taburannya yang terhad ia tidak mudah untuk didapati di bahagian-bahagian lain dalam keadaan yang segar. Ia pertama kalinya menemui pasaran United States pada tahun 2007. Pada awal ketibaannya di pasaran US, harga bagi manggis yang segar adalah $60 untuk satu pound. Jadi berbanding buah segar, manggis mungkin lebih mudah untuk ditemui dalam bentuk tin, kering atau sebagai buah-buahan yang telah diproses.
Terdapat beberpa buah yang lain yang tergolong dalam family manggis (Garcinia) dan ini termasuklah buah yang dikenali sebagai asam gelugor yang juga mempunyai khasiat pemakanan yang istimewa.
  • Garcinia atroviridis (Asam Gelugor, Gelugor)
  • Garcinia cambogia (Brindleberry, Brindall berry, Gambooge)
  • Garcinia hombroniana (Seashore Mangosteen, Luli)
  • Garcinia livingstonei (Lowveld Mangosteen, Imbe, Rheedia)
  • Garcinia magnifolia, Rheedia magnifolia, (Madrono, Reedia)
  • Garcinia mangostana (Mangosteen)
  • Garcinia megaphylla, Garcinia macrophylla, Rheedia macrophylla (Bacuru Pary)
  • Garcinia nervosa (Mountain Garcinia, Pear Mangosteen)
  • Garcinia schomburgkiana (Madan)
  • Garcinia sp. (Garcinia)
Young tree - mangosteen
Anak pokok manggis di tapak semaian.
Manggis amat digemari oleh masyarakat umum dan usaha untuk meluaskan penanaman manggis terus dijalankan untuk membolehkan ia ditanam di kawasan-kawasan lain namun masih belum berjaya sepenuhnya. Buah manggis bukan sahaja enak malah sememangnya mempunyai khasiat pemakanan yang baik untuk kesihatan. Ia merupakan buah yang mengandungi kalori yang rendah tetapi kaya dengan fiber, vitamin-vitamin penting seperti vitamin C, vitamin B-complex dan juga sejumlah mineral yang baik untuk kesihatan seperti copper, maganese, magneseum dan potassium.

Mangosteen (Garcinia mangostana), Fresh,
Nutrition value per 100 g
(Source: USDA National Nutrient data base)
Principle
Nutrient Value
Percentage of RDA
Energy
63 Kcal
3%
Carbohydrates
15.6 g
12%
Protein
0.50 g
1%
Total Fat
0.4 g
2%
Cholesterol
0 mg
0%
Dietary Fiber
5.10 g
13%
Vitamins
Folates
31 µg
8%
Niacin
0.286 mg
2%
Pantothenic acid
0.032 mg
<1%
Pyridoxine
0.041 mg
3%
Riboflavin
0.054 mg
4%
Thiamin
0.054 mg
4.5%
Vitamin A
35 IU
1%
Vitamin C
7.2 mg
12%
Electrolytes
Sodium
7 mg
0.5%
Potassium
48 mg
1%
Minerals
Calcium
5.49 mg
0.5%
Copper
0.069 mg
7%
Iron
0.17 mg
2%
Magnesium
13.9 mg
3.5%
Manganese
0.10 mg
4%
Phosphorus
9.21 mg
1%
Zinc
0.12 mg
1%
Phyto-nutrients
Carotene-α
1 µg
--
Carotene-ß
16 µg
--
Cryptoxanthin-ß
9 µg
--
mangosteen canned
Buah manggis yang telah di tin.
Sekiranya anda mempunyai kawasan tanaman pokok manggis yang sesuai maka pastikan anda menggunakan peluang tersebut untuk menanam lebih banyak pokok manggis. Anda mungkin tidak menyangka bahawa orang lain mungkin ingin sekali menikmati buah istimewa ini seperti yang pernah dicatatkan oleh seorang pengembara iaitu David Fairchild di dalam catatan yang diterbitkannya pada tahun 1930 menyatakan bahawa ‘Queen Victoria’ pernah menawarkan ganjaran sebanyak 100 pound sterling bagi sesiapa yang boleh membawakan beliau buah manggis yang segar.
Secara individu saya sendiri amat meminati buah manggis kerana rasanya yang manis dan mudah dimakan. Banyak perkara yang menarik mengenai buah ini yang turut menjadi kenangan manis – seperti yang biasa menjadi ungkapan ‘hitam-hitam si tampuk manggis, biar hitam ku pandang manis’.
Rujukan:
Wikipedia - Purple mangosteen


MyRokan adalah sebuah blog yang memaparkan artikel-artikel berbentuk informasi dan mempromosikan produk-produk tempatan. Untuk maklumat lanjut mengenai blog kami boleh mengikutinya dari post Hubungi Kami. Sertai kami juga di laman Facebook kami.

Blog Archive

Paparan Iklan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...