Wednesday, June 24, 2015

Buah Buahan Borneo, Durian Merah

Durian Merah mempunyai isi bewarna merah.

Borneo mempunyai banyak keunikan dari segi tumbuhan mahupun hidupan. Perbezaan ketara ini antara lainnya adalah pada buah durian yang mempunyai isi berwarna merah yang popular di kawasan di Borneo berbanding kawasan yang lain. Bagi para peminat durian peluang untuk merasai buah durian merah ini mungkin merupakan pengalaman yang agak menarik.

Durian Merah (Durio graveolens) mempunyai pelbagai gelaran daripada masyarakat setempat termasuk durian burung, durian kuning, durian merah, durian otak udang galah, durian dalit atau tabelak. Manakala mengikut suku kaun ada yang memanggilnya sebagai sukang (Kadazandusun), lalit (Bisaya), Mara’ang (Sungai) dan sebagainya. Berbeza pula di Sarawak durian ini selih dikenali sebagai isu/isau manakala masyarakat Kenyah sebagai durian daun kerana mempunyai daun sebesar telapak tangan orang dewasa.

Isinya yang merah kelihatan lebih menarik.

Apabila tiba musim durian ini ia mudah dilihat di jual di pekan-pekan Rabu dan juga pasar di mana bauh-buahan tempatan dijual. Jadi untuk mendapat peluang merasai buah durian ini anda perlulah memastikan kunjungan anda ke Sabah atau Sarawak tiba tepat pada waktu di mana musim buah ini dituai.

Mempunyai fizikal luaran yang juga berduri seperti durian namun durinya adalah lebih tirus dan panjang dan warna kulit yang agak kekuningan. Walaupun terdapat beberapa jenis durian merah ini namun perbezaannya mungkin kurang ketara bagi orang-orang luar, yang pasti isinya berwarna merah.

Durian Merah di jual di pekan Rabu dan pasar.

Isi durian merah kurang manis dan mempunyai rasa uniknya yang tersendiri. Ia juga tidak menyebabkan panas badan seperti durian biasa. Namun seperti juga durian-durian lain – ia mempunyai bau durian. 


Free Download



No comments:

Post a Comment

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...