Thursday, July 30, 2015

Kapal Persiaran Terbesar

Allure of the Seas muncul sebagai kapal persiaran terbesar.

Kapal persiaran terbesar sentiasa menjadi tumpuan ramai atas beberapa perkara antaranya adalah pengalaman menarik menyertai pelayaran merentasi lautan dan bagi para peminat bidang kejuruteraan pula ia bakal mencetuskan pelbagai pertanyaan mengenai aspek-aspek teknikal mengenainya. Jadi, kapal persiaran terbesar merupakan antara perkara menarik untuk dilihat disini.

Semenjak detik bersejarah kemalangan yang melibatkan kapal persiaran terbesar pada tahun 15 April, 1912 iaitu Titanic, saiz kapal persiaran tidak lagi menjadi persoalan besar sehingga beberapa dekat kebelakangan ini. Namun untuk membina kapal persiaran bersaiz besar seperti Titanic juga bukanlah perkara yang mudah kerana saiznya sendiri mencapai ukuran 882’9” (269.06 meter) panjang dan lebar 92’6” (28.19 meter). Walaubagaimanapun kapal penuh bersejarah ini banyak memberikan pengajaran kepada industri perkapalan terutama kepada industri kapal persiaran.


Bahagian-bahagian di dalam kapal.

Menjelang tahun 2006 sebuah kapal persiaran terbesar mejalani proses pembinaanya di dermaga Perno, Turku, Finland. Kapal yang dibina itu dikenali sebagai “Allure of the Seas” milik kepada syarikat Royal Caribbean International. Siap pada tahun 2008 dan memulakan perkhidmatannya pada 1 Disember 2010 antara dua bandaraya utama iaitu Barcelona, Spain dan Civitavecchia, Italy.

Kapal bersaiz gergasi ini mempunyai berat kasar sehingga 225,282 ton dan berukuran 1,187 ft (362 meter) dengan kelebaran mencecah 213 ft (65 meter). Mempunyai 16 deck untuk para penumpang dan boleh membawa penumpang sehingga maksima 6,296 orang. Mempunyai kakitangan seramai 2,384 orang untuk mengendalikan operasi dalam satu-satu perjalanan. Kapal persiaran terbesar ini turut memuatkan dewan tarian 2 deck, theatre dengan tempat duduk sebanyak 1,380, medan ice skating, 7 daerah kejiranan, dan 25 pilihan untuk makan malam. Kemudahan santai lain juga termasuk 21 kolam renang, gelanggang basketball, volleyball dan lain-lain.


Deck atas Allure of the Seas.
Bahagian dalam.

Kapal persiaran terbesar ini memuatkan pelbagai kemudahan bagi para pengunjung menikmati perjalanan mereka dengan pelbagai aktiviti. Malah kebanyakan pengunjung tidak akan dapat menghabiskan kesemua aktiviti ini di dalam tempoh pelayaran selama 7 hari dan kembali semula untuk pelayaran kedua.

Terapat dua kapal direka pada saiz yang sama iaitu “Allure of the Seas” dan “Oasis of the Seas” di mana pada tahun 2015 didapati “Allure of the Seas” muncul 50 centimeter lebih panjang daripada kapal yang dibina berikutnya. Ia merupakan satu perbezaan kecil sedangkan kedua-kedua kapal persiaran ini dibina dengan spesifikasi yang sama.

Antara hiburan 'Comedy Live'.
Ruang santai.


Kapal persiaran terbesar bukan sahaja menyediakan anda percutian yang merehatkan malah ia dipenuhi dengan kejuruteraan pembinaan yang canggih, perlu mematuhi piawaian keselamatan yang tinggi, diselenggarakan oleh kakitangan yang berkemahiran, para penghibur berbakat dan dimuatkan pula dengan teknologi yang canggih untuk memenuhi keperluan hiburan para penumpang. Manakah di antara perkara-perkara tersebut yang menarik minat anda?





MyRokan adalah sebuah blog yang memaparkan artikel-artikel berbentuk informasi dan mempromosikan produk-produk tempatan. Untuk maklumat lanjut mengenai blog kami boleh mengikutinya dari post Hubungi Kami. Sertai kami juga di laman Facebook kami.

No comments:

Post a Comment

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...