Saturday, July 25, 2015

Kenali Haiwan Comel ‘Red Panda’

Red Panda di Cincinnati Zoo.

Panda sememangnya terkenal dengan warnanya hitam dan putih, namun ada haiwan yang lebih comel dan dikenali sebagai ‘Red Panda’. Red Panda dengan nama saintifiknya ‘Ailurus fulgens’, juga adakalanya dipanggil sebagai lesser panda, red bear-cat atau red cat-bear merupakan haiwan asal yang mendiami bahagian Timur Himalayas dan juga Barat Daya China meliputi Nepal, Bhutan dan juga Myanmar.

Ia kurang dikenali kerana populasinya juga semakin berkurang ditambah lagi dengan kawasan kediamannya semakin mengecil. Walaupun dikenali dengan nama ‘Red Panda’, haiwan comel ini sebenarnya bukanlah tergolong dalam keluarga panda mahupun beruang, malah ia juga tidak tergolong di dalam keluarga racoon seperti yang dikelaskan sebelumnya tetapi di dalam kelasnya yang tersendiri iaitu family Ailuridae.


Red Panda tidur di atas dahan pokok.
Red Panda berdiri dengan dua kaki.

Red Panda tinggal di kawasan hutan berketinggian daripada 2,200 – 4,800 neter (7,200 hingga 15,700 kaki) dengan suhu sederhana antara 10 ke 25 °C (50 hingga 77  °F) dengan perubahan tahunan yang kecil. Ia memilih kawasan hutan yang dipenuhi dengan tumbuh-tumbuhan berdaun luruh yang juga dipenuhi dengan rumpunan buluh. Ia menjadikan tumbuh-tumbuhan sebagai makanan utamanya termasuk pucuk dan dedaun buluh, beri, buah-buahan, bunga termasuk juga terlur dan serangga.

Red Panda berukuran (daripada kepala dan badan) antara 50 ke 64 cm (20 ke 25 in) dengan ekor berukuran antara 28 ke 59 cm (11 ke 23 in). Beratnya pula adalah 3.7 ke 6.2 kg (8.2 ke 13.7 lb) bagi yang jantan, manakala yang betina mempunyai berat antara 3 ke 6.0 kg (6.6 ke 13.2 lb). Warna bulu red panda seakan-akan racoon tetapi mempunyai bulu berwarna coklat-kemerahan dan agak kehitaman di bahagian bawahnya. Warna ini menyerupai persekitaran tempat tinggalnya yang dipenuhi dengan pokok berlumut seakan warna bulu tersebut.

Red Panda merupakan haiwan yang pemalu dan biasanya bersendirian melainkan semasa musim mengawan. Anak-anak red panda akan lahir pada musim bunga atau musim panas dengan bilangan antara seekor hingga ke empat ekor. Anak-anaknya akan tinggal di dalam sarang sehingga tempoh 90 hari dengan jagaan oleh ibunya (red panda jantan jarang memberikan tumpuan kepada anak-anaknya).


Red Panda dan anaknya.

Walaupun populasi red panda dalam keadaan terancam, ia dapat menyesuaikan diri di dalam kurungan. Maka dengan itu sehingga pada tahun 1992 terdapat lebih daripada 300 kelahiran red panda di dalam kurungan dan lebih daripada 300 ekor red panda disimpan oleh 85 institusi di seluruh dunia. Antara zoo yang menyimpan red panda adalah Rotterdam zoo, Netherlands, San Diego Zoo, San Diego, Lincoln Park Zoo, Chicago, dan banyak lagi. Manakala Knoxville Zoo di Tennessee mempunyai jumlah red panda yang terpaling banyak. Lincoln Park Zoo pula baru-baru ini menerima dua lagi kelahiran red panda pada 26 Jun, 2015.

Red Panda sememangnya haiwan kecil yang amat comel. Dengan taburan yang kecil jumlahnya akan hilang secara mendadak tanpa pemuliharaan. Walaupun kurungan bukanlah tempat yang sesuai untuk haiwan ini ditempatkan, namun sedikit sebanyak ia dapat mengelakkan haiwan kecil in terus pupus sekiranya berlaku kemusnahan pada habitat asalnya seperi yang menimpa haiwan-haiwan lain.



Free Download



No comments:

Post a Comment

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...