Sunday, August 30, 2015

Apakah Yang Berlaku Kepada Hujan Asid?

Hujan asid, pernah menjadi masalah serius.

Hujan asid adalah masalah yang benar-benar berlaku terutama pada negara-negara pesat membangun iaitu Amerika dan juga Europe pada sekitar 1970-an. Kepesatan perindustrian menyebabkan masalah pencemaran udara yang serius menyebabkan langkah-langkah tertentu diambil bagi mengurangkan masalah pencemaran dan mengelakkan masalah hujan asid.

Di Europe, negara-negara Scandinavian (Denmark, Norway dan Sweeden) menyalahkan stesyen janakuasa Britain yang membebaskan ‘sulphur dioxide’ dan juga bahan pencemaran berasaskan nitrogen (eg. ‘nitrogen oxides’) ke dalam udara yang menjadi punca berlakunya masalah hujan asid. Bahan pencemaran yang ditiup ke bahagian utara negara-negara tersebut menyebabkan berlakunya hujan asid yang membunuh hidupan seperti pokok dan juga hidupan air di dalam sungai dan tasik. Masalah ini juga dialami oleh Britain yang merupakan negara penyumbang kepada pencemaran tersebut.


Keadaan udara di Birmingham pada 1970-an.

Pokok-pokok yang mati di Poland.

Di bahagian Utara Benua Amerika pula masalah yang sama melanda Canada di mana pencemaran berpunca daripada U.S. diterbangkan ke situ. Satu ungkapan dari menteri alam sekitar Canada sebagai “insidious malaria of the biosphere”.

Oleh sebab itu pelbagai usaha telah dijalankan bagi mengurangkan masalah pencemaran. Ini termasuklah mengetatkan undang-undang dalam memastikan punca pencemaran dapat dikurangkan. Usaha ini berjalan dari 1970-an sehinggalah sekarang. Namun pada sekitar 1990-an usaha yang dijalan oleh U.S. seperti “1990 Acid Rain Program” dapat mengurangkan pembebasan ‘sulphur dioxide’ dan ‘nitrogen oxcide’ sebanyak lebih daripada 70%.  Walaupun ia tidak dapat dihapuskan 100%, yang jelas, ancaman hujan asid dapat dikurangkan daripada sebelumnya.


Keadaan udara di Manhattan, New York.


Pokoj-pokok terjejas di Canada.


Pencemaran di Japan berpunca dari China.

Walaupun masalah ini bukanlah merupakan masalah yang serius kepada negara kita, namun ia merupakan satu pelajaran yang harus kita ambil ikhtibar dari negara-negara yang pernah mengalaminya. Negara China misalnya sedang berhadapan dengan masalah ini. Apa yang membimbangkan, ia mungkin akan melibatkan negara-negara di persekitarannya. Jadi, ia lebih dari sekadar masalah satu-satu negara yang terbabit.


Sama-sama kita membantu dalam memelihara alam bagi memastikan kita dapat tinggal dengan selesa di dalamnya.




Free Download



Mikro Post: Ikan Melompat Paling Tinggi

Shortfin mako melompat dari air.
Terdapat sebilangan ikan yang mempunyai kemampuan untuk melompat dengan tinggi dari permukaan air dan antara ikan yang paling terkenal dengan kemahiran ini adalah salmon.

Ikan Atlantic salmon (Salmo salar) biasanya melompat cerun-cerun air terjun sehingga ketinggian 3.7 meter tinggi dalam perjalanan mereka menyusuri sungai untuk bertelur. Manakala bagi ikan-ikan yang berada di lautan lepas pula ianya adalah terdiri daripada ikan-ikan yang bersaiz lebih besar.


Ikan-ikan salmon meharungi arus jeram untuk bertelur.

Antara ikan-ikan yang mampu melompat tinggi di lautan termasuklah dari jenis pari dan marlin yang mampu melompat sehingga 3 meter tinggi. Namun begitu kedua-dua ikan ini diatasi oleh shorfin mako (lsurus oxyrinchus) iaitu sejenis ikan jerung yang mampu melompat sehingga ketinggian 6 meter tinggi.

Marlin juga juga mampu membuat lompatan tinggi.

Ikan yang melompat dari air.
mako yang melompat dari air.


Saturday, August 29, 2015

Senarai Kereta Terpantas di Dunia

SSC Tuatara 6.9L V8 Twin Turbo
SSC Tuatara 6.9L V8 Twin Turbo merupakan kereta terpantas.

Kereta terpantas di dunia bukan sekadar untuk mencapai kelajuan tinggi tapi adalah untuk menampilkan hasil kejuruteraan permotoran yang lebih baik. Adakalanya kelajuan bukanlah satu-satunya perkara utama yang dititik beratkan di dalam satu-satu rekaan tetapi faktor keselamatan, pencemaran dan penjimatan bahanapi juga menjadi antara faktor utama dalam rekaan terbaru.

Sejak sekian lama Bugatti Veyron merupakan pemegang tahta di dalam kelas kereta terpantas dengan Bugatti Veyron 8.0 litre W16 (2005) dengan kelajuan maksima mencecah 405.5 km/h dan diikuti pula dengan Bugatti Veyron 8.0 litre W16 Super Sport (2010) dengan kelajuan maksima 415.2 km/h. Kereta-kereta dengan kelajuan tinggi ini menggunakan bahagian-bahagian yang berbeza seperti tayar khas. Malah tayar ini hanya boleh dipasang di France sendiri dengan kos sekitar USD70,000, manakala harga setiap set tayar yang digunakan iaitu Michelin Pax (run-flat tyres) adalah mencecah sehingga USD25,000.


Bugatti Veyron sudah sedia dikenali.
Hennessey Venom GT adalah pesaing terdekat.

Namun begitu peminat-peminat kereta ingin sekali mengetahui senarai kereta-kereta terpantas baru terutamanya yang mengatasi Bugatti Veyron ini. Sehingga tahun ini 2015, terdapat beberapa pesaing rapat Bugatti dengan rekaan-rekaan terbaru yang juga amat menarik. Berikut adalah beberapa senarai kereta terpantas yang pastinya anda ingin ketahui;


Kereta
Kelajuan
Koenigsegg Agera S 5.0 V8 Hundra - [2013]
400.7 km/h
SSC Aero SC 8T 6.3L - [2005]
400.7 km/h
Bugatti Veyron 8.0 litre W16 - [2005]
405.5 km/h
Koenigsegg CCX R Special Edition 4.8 V8 S - [2008]
408.7 km/h
Bugatti Veyron 16.4 Grand Sport Vitesse - [2012]
410.3 km/h
Porsche 9FF GT9 - [2008]
410.3 km/h
Porsche 9FF GT9R - [2009]
411.9 km/h
Bugatti Veyron 8.0 litre W16 Super Sport - [2010]
415.2 km/h
Hennessey Venom GT - [2010]
418.4 km/h
Koenigsegg Agera 5L V8 - [2011]
420.0 km/h
Koenigsegg Agera R 5.0 V8 - [2012]
439.3 km/h
SSC Ultimate Aero TT - [2008]
439.3 km/h
SSC Tuatara 6.9L V8 Twin Turbo - [2011]
444.1 km/h


Dari senarai tersebut dapat dilihat beberapa pengeluar lain yang berjaya mengatasi rekod yang pernah dipegang oleh Bugatti. Namun terdapat juga beberapa nama lain yang disenaraikan di sini yang berjaya menghasilkan kereta dengan kelajuan melebihi 400 km/h seperti; Barabus TKR yang dikatakan boleh mencapai kelajuan sehingga 435 km/h.


Keonigsegg Agera
Keonigsegg Agera menyaingi Bugatti Veyron.

Kereta terpantas bukanlah menjadi perlumbaan setiap pengeluar kereta dan kebanyakannya masih menumpukan kepada kereta untuk pasaran yang lebih luas. Pengeluar terkemuka seperti McLaren sendiri tidak tergolong di dalam kumpulan ini. Lain-lain jenama ternama adalah seperti Ferrari, Lamborghini, Audi, BMW, Mercedes, Jaguar, Lotus dan beberapa pengeluar lain juga tidak tersenarai di dalam pengeluar kereta-kereta berkelajuan tinggi (melebihi 400 km/h).


Banyak lagi perkara yang menarik di dalam dunia kejuruteraan kenderaan selain daripada faktor kelajuan dan mungkin kita berpeluang untuk melihatnya di dalam artikel yang lain. Seperti yang kita sedia maklum pengeluaran kereta terkini lebih menitik beratkan mengenai faktor pencemaran dan juga penjimatan bahanapi. 




Pergerakan Terpantas Hidupan di Dunia

Kepantasan cheetah telah diketahui secara umum.

Dalam usaha mencari hidupan yang mampu bergerak dengan pantas, ia perlu bergantung kepada beberapa kriteria. Walaupun kepantasan haiwan di daratan seperti yang kita sedia ketahui adalah dimiliki oleh cheetah iaitu haiwan dari family kucing yang mampu bergerak pada kelajuan 80 mph (128 kmh). Namun begitu cheetah hanya boleh mengekalkan kepantasan ini dalam tempoh waktu yang singkat.

Dalam kriteria yang lain iaitu jarak yang dijangkau berbanding dengan panjang haiwan itu sendiri memberikan hasil yang berbeza. Walaupun ia tidak menjadikan hidupan tersebut terpantas di dunia, namun kepantasan dalam kelas ini juga penting untuk dikenalpasti sebagai satu kajian yang penting. Maka dengan itu penemuan terbaru mendapati hidupan terpantas jatuh kepada sejenis hama atau dikenali sebagai Paratarsotomus macropalpis yang mempu bergerak sejauh 322 kali dari panjangnya sendiri dalam tempoh sesaat.

Paratarsotomus macropalpis
Paratarsotomus macropalpis walaupun bersaiz kecil pergerakannya amat pantas.

Kelajuan yang dicapai cheetah sebenarnya adalah sekitar 16 kali ganda daripada panjangnya dalam tempoh sesaat. Sebelum ini dalam kriteria ini sejenis kumbang iaitu ‘tiger beetle’ dari Australia didapati mampu bergerak pada kelajuan 171 daripada panjang badannya. Maka dengan ini Paratarsotomus macropalpis merupakan hidupan yang mempunyai kelajuan paling pantas yang diketahui setakat ini.

Pada kelajuan ini jika dibandingkan dengan saiz manusia ianya adalah bersamaan 1,300 mph (2,092 kmh) kelajuan yang melebihi kelajuan bunyi. Ia amat menakjubkan kerana serangga kecil ini bergantung sepenuhnya kepada kepantasan kakinya (bebanding cheetah yang juga akan dibantu dengan inersia pergerakannya sendiri).

Saiz sebenar Paratarsotomus macropalpis.

Australian tiger beetle satu lagi serangga bergerak pantas.

Kebolehan hidupan kecil ini ditemui oleh seorang pelajar kolej di California iaitu Samuel Rubin dari Pizer College, sewaktu menghabiskan musim panasnya mencari hama menakjubkan ini. Ia bukan sahaja sebagai penemuan rekod baru, tetapi sebenarnya turut memberikan pandangan baru mengenai kepantasan pergerakan dalam dunia hidupan.

Jadi adakah penemuan ini satu penemuan muktamad? Dunia hidupan merupakan dunia yang menginspirasi kepada banyak rekaan manusia yang membolehkan kita hidup dengan cara yang jauh berbeza daripada nenek moyang kita dahulu. Pengamatan dan pengolahan hasil kajian perlu dilakukan berterusan bagi memperolehi hasil yang terbaik. Teruskan memerhati.



Free Download



Thursday, August 27, 2015

Sagrada Família Senibina Menakjubkan Antoni Gaudi

Sagrada Família
Sagrada Família, pembinaannya diteruskan sehingga tahun 2026.

Sebuah senibina yang menakjubkan mula didirikan pada tahun 1882 (lebih dari 100 tahun dahulu) di dimana proses pembinaannya masih diteruskan dan dikatakan hanya akan disiapkan pada tahun 2026 nanti. Bangunan yang direka oleh seorang pereka tersohor ini iaitu Antoni Gaudi merupakan antara beberapa bangunan dengan rekabentuk yang berbeza daripada rekabentuk bangunan-bangunan biasa. Ia merupakan satu daripada tujuh bangunan rekaannya yang dinobatkan sebagai bangunan Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO.

Antoni Gaudi i Cornet nama penuh Antoni Gaudi (dilahirkan pada 25 Jun 1852 – 10 Jun 1926) merupakan seorang arkitek Spanish Catalan yang berasal dari Reus. Menghasilkan rekaan yang mempunyai ciri-ciri tersendiri di mana kebanyakan bangunan rekaan beliau didirikan di Bandar Barcelona dan ini termasuklah rekaan teragung beliau iaitu Sagrada Familia.


Proses pembinaan terus dijalankan.

Rekaan beliau dipengaruhi dengan corak hidupnya yang mendalam terhadap; senireka, alam semulajadi dan keagamaan. Malah setiap rekaannya menitik beratkan setiap penggunaan bahan-bahan sehingga kepada perincian halus penggunaan ‘stained glass’, besi keluli, dan juga kerja-kerja kayu. Beliau juga menitik beratkan penggunaan bahan yang dikenali sebagai ‘trencadís’, iaitu penggunaan bahan terbuang seperti kepingan ‘ceramics’. Dimana penggunaan bahan-bahan seperti ini dapat dilihat dengan jelas pada binaan seperti Casa Milà dan juga Casa Batlló.

Sagrada Família berbeza dengan bangunan-bangunan lain rekaannya dari segi saiz dan juga rekaan. Pada  rekaan Sagrada Família, Antoni Gaudi menampilkan segala luahan yang ingin dilahirkannya pada bangunan tersebut. Walaupun beliau sendiri tidak mensasarkan binaan ini perlu disiapkan dalam tempoh yang singkat, ia akhirnya memakan masa sehingga ratusan tahun untuk disiapkan setelah mengalami pelbagai fasa masa termasuk perang saudara di Sepanyol (Spanish Civil War).


Tiang-tiang seperti pokok yang menyokong bumbungnya.
Rekaan 'facade' dipenuhi dengan ukiran halus.

Antara lain yang menyebabkan bangunan ini dibina dengan perlahan adalah kerana ia dibangunkan dengan dana sepenuhnya daripada sumbangan orang ramai. Perang menyebabkan kerja-kerja pembinan terhenti. Malah terdapat beberapa insiden yang menyebabkan bangunan mengalami kerosakan dan perlu diperbaiki semula. Kerja-kerja penyambungan semula hanya dilakukan pada tahun 1950-an.  Sehingga tahun 2010 apabila ia mencapai kepada tahap-tahap mencabar pada rekaan tersebut.

Secara keseluruhan bangunan ini penuh dengan mesej yang berkait dengan Agama Kristian, dimana beliau sendiri merupakan seorang pereka yang kuat dipengaruhi dengan senibina ini. Keseluruhan binaan pada Sagrada Família banyak terselit unsur-unsur keagamaan dari segi struktur binaan, mahupun pada ukiran-ukiran yang terdapat padanya. Bukan itu sahaja, binaan struktur yang berbeza seperti ruangan dalam bangunan memperlihatkan pendekatan yang lebih unik digunakan oleh Antoni Gaudi.


Antara pemandangan dalaman bangunan.

Kemajuan dalam teknik pembinaan seperti penggunaan komputer (computer-aided design) adalah antara faktor yang membantu untuk mempercepatkan lagi proses pembinaan pada bangunan unik ini. Selain itu juga penggunaan peralatan-peralatan moden lain (‘CNC milling’ misalnya) juga turut membantu berbanding dengan teknik ukiran tangan manusia.

Kerja-kerja pembinaan bangunan ini akan diteruskan sehingga tempoh jangkaan siapnya iaitu 2026 nanti. Namun begitu ia terus menjadi antara lokasi lawatan popular di Barcelona yang turut menjadi sumber pembiayaan pembangunanya yang pada tahun 2009 perbelanjaan diperlukan beranggaran €18 juta. Namun begitu ia terus berhadapan dengan ancaman lain seperti pembinaan keretapi laju AVE iaitu keretapi bawah tanah yang dibimbangi akan melemahkan struktur bangunan ini. Walaupun tiada keroskan dilaporkan disepanjang pembinaannya namun pergerakan keretapi di bawahnya ini mungkin memberi kesan jangka panjang.

Pemandangan bangunan pada waktu malam.


Terlalu banyak perkara yang menarik mengenai bangunan Sagrada Família sebagai hasil rekaan senibina penuh bersejarah, budaya dan keagamaan. Ini kerana ia menampilkan ciri-ciri kepercayaan pereka dimana pada masa yang sama mengingatkan kita, bahawa kita mempunyai kepercayaan masing-masing. Maka untuk mengenali Sagrada Família dengan lebih dekat, anda perlulah membuat kajian sendiri dan melawatinya sekiranya berkesempatan.




Free Download



Tuesday, August 25, 2015

Antara Parasit Yang Perlu Anda Kenali 2

Nyamuk merupakan parasit yang paling mudah dikenali.

Jika di dalam artikel yang pertama kita telah melihat sebahagian daripada parasit-parasit yang berkemungkinan pernah menjadikan kita sebagai mangsanya. Kita akan melihat sebahagian lagi parasit yang juga tidak kurang bahayanya. Secara tidak langsung memberikan kita lebih banyak maklumat penting mengenai parasit-parasit yang boleh mendatangkan keburukan kepada kita mahupun kepada ahli keluarga yang lain.


Bahaya utama nyamuk adalah penyebaran wabak.

Nyamuk:

Namyuk merupakan antara parasit yang paling mudah menjadikan manusia sebagai mangsanya. Selain daripada mempunyai sayap, ia juga dengan mudah menjadikan kawasan sekitar kediaman manusia sebagai habitat yang sesuai baginya. Jadi agak sukar bagi kita menghindari nyamuk 100% namun kita boleh mengurangkan pendedahan kepada mereka.

Bahaya nyamuk bukanlah sekadar menghisap darah tetapi ia adakalanya menyebarkan wabak penyakit seperti West Nile Virus, dengi, malaria, demam kuning, Japanese Encephalitis (JE), untuk dan macam-macam lagi. Nyamuk yang membiak di kawasan-kawasan yang kotor (tercemar) mempunyai kebarangkalian lebih tinggi untuk menyebarkan wabak penyakit-penyakit ini.

Bagi mengurangkan masalah ini apa yang boleh dilakukan adalah dengan mengurangkan kawasan pembiakan nyamuk di sekitar rumah anda. Pastikan persekitaran yang bersih. Gunakan penghalau nyamuk apabila terpaksa melakukan aktiviti di luar rumah, terutama di kawasan yang mempunyai nyamuk.


Hama amat halus dan sukar dilihat mata kasar.

Hama:

Hama juga merupakan parasit yang lebih hampir dengan manusia dan jarang sekali dikesan. Hama tinggal hampir pada semua haiwan termasuklah manusia. Namun begitu hama kurang membawa kesan negatif (kesan yang ketara kepada manusia) walaupun ia juga menjadikan darah dan sel-sel mati sebagai antara makanannya. Terdapat hama yang tinggal di atas kulit kepala kita dan ia dikenali sebagai hama umbi rambut (hair follicle mites) yang memakan minyak yang dihasilkan dari kulit kepala.

Hama yang menyebabkan masalah pada kulit adalah dikenali sebagai ‘scabies’. Ia menyebabkan kegatalan dan masalah kulit. Ia akan tinggal pada permukaan dan di dalam kulit. Masalah ini perlu dirawat kebiasaannya menggunakan ubatan dari jenis minyak.


Hama 'scabies' di dalam kulit manusia.


Lalat 'bof flies', (sila cari sendiri di internet!..).

Lalat (Human Botflies):

Lalat ini agak menakutkan kerana ia menjadikan haiwan lain sebagai perumah untuk ia membesar. Haiwan seperti lembu, kambing, rusa, kerbau dan sebagainya... termasuklah manusia.

Lalat ini kebiasaannya didapati di bahagian Amerika Tengah dan di Amerika Selatan. Keunikan lalat ini adalah ia akan menangkap nyamuk dan bertelur padanya. Nyamuk yang kemudiannya menghisap darah pada manusia akan menjatuhkan telur ini, di mana anak lalat akan masuk kedalam kulit perumah dan tinggal di dalamnya. Tempoh masa anak lalat ini membesar di dalam perumah adalah di antara 5-6 minggu sebelum keluar meniggalkan perumahnya. Apabila jatuh, ia akan membentuk kepompong di dalam tanah dan keluar sebagai lalat dewasa.

Anak lalat yang membesar di dalam daging ini memerlukan lubang untuk bernafas. Ia juga mungkin akan mengakibatkan daging menjadi bengkak (bergantung kepada keadaan). Proses pembuangan anak lalat ini perlu dilakukan dengan cermat bagi mengelakkan masalah yang lebih serius.


'Tapeworm' boleh mencapai saiz yang amat besar.

Cacing Pita (Tapeworms):

Cacing pita merupakan parasit yang biasa mengjangkiti manusia. Masuk ke dalam badan melalui telurnya yang terdapat pada bahan makanan yang tidak dimasak dengan sempurna (seperti daging ataupun sayur-sayuran).

Cacing pita akan tinggal di dalam usus manusia dan membiak di dalamnya. Telur-telur mereka pula akan keluar semasa manusia ke tandas dan tinggal di dinding mangkuk tandas atau dibawa bersama air apabila di ‘flush’. Telur-telur ini kemudiannya akan dibawa air dan menjadikan saluran perparitan pula sebagai tempat di mana ia akan menunggu perumahnya yang baru.

Kesan jangkitan cacing pita ini sukar dikesan pada peringkat awal. Namun sekiranya dibiarkan ia boleh membesar sehingga mencapai kepanjangan 30 kaki di dalam usus manusia. Ia akan menyebabkan masalah kembung dan kekurangan zat kepada mangsa. Ia juga boleh terus tinggal di dalam usus manusia sehingga berpuluh tahun lamanya!


'Hookworms' lebih halus.

Cacing ‘Hookworms’:

Satu lagi jenis cacing yang boleh menjangkiti manusia. Telurnya disebarkan melalui najis dan akan menetas dan membesar di dalam tanah. Menjangkiti manusia apabila bersentuhan melalui kaki dan masuk ke saluran darah menuju ke jantung dan kemudiannya ke paru-paru. Ia adakalanya terkeluar melalui lendir apabila manusia terbersin dan sebahagiannya pula ada yang masuk semula ke saluran makanan. Ia merupakan peluang yang baik untuk cacing ini sampai ke bahagian usus manusia.

Di dalam usus cacing ini akan melekatkan diri mereka di dinding usus untuk memakan darah manusia. Sekiranya berlanjutan ia boleh mengakibatkan gejala yang serius. Ia boleh menyebabkan anemia, kesakitan perut yang serius, cirit-birit, sembelit, keletihan, kelaparan yang luar biasa pada benda-benda yang pelik seperti tanah dan lumpur. Kitar semula hidup cacing ini akan berulang semula melalui pembuangan najis.

Ya, itulah dia sebahagian lagi parasit yang perlu kita ketahui. Ia sememangnya tidak menarik untuk dilihat, namun penting untuk difahami bagi kita mengambil langkah berjaga-jaga. Melalui pengetahuan inilah maka kita boleh mengelakkan daripada terdedah kepada bahaya parasit-parasit ini dengan menitik beratkan kebersihan dan menjauhi kawasan-kawasan yang mungkin berpotensi menjadi sarang kepada mereka. Semoga artikel kali ini sedikit sebanyak dapat membantu dalam memberikan maklumat yang berguna.



Free Download



Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...