Ahad, 16 Ogos 2015

Kehebatan Dunia Kejuruteraan Aizhai Bridge

Satu lagi mercu tanda 'Aizhai Bridge', Jishou, Hunan, China.

Kepesatan ekonomi China bukanlah bergantung semata kepada rakyatnya yang ramai dan sumber tenaga buruh yang murah. Kerajaan China banyak membangunkan prasarana negara demi membaik pulih keberkesanan perjalanan ekonomi negara tersebut. Pembangunan sumber kuasa dan pengangkutan antara nadi utama dalam membantu tujuan ini.

China yang merupakan negara yang mempunyai empangan hidro terbanyak untuk menjana sumber tenaganya turut memperlengkapkan sistem pengangkutan dengan jambatan-jambatan yang boleh mempercepatkan lagi sistem pengangkutan di serata negara itu. Antara jambatan yang penting dibina menggunakan teknologi hasil kejuruteraan yang tinggi adalah Aizhai.


Pemandangan daripada lembah.
Pembukaan kepada orang ramai, Musim Bunga 2012.

Jambatan Aizhai atau ‘Aizhai Bridge’ merupakan jambatan gantung dengan kepanjangan 1,146 metre (3,760 kaki) merupakan jambatan ke-7 tertinggi di dunia dan yang ke-15 terpanjang di dunia bagi jambatan gantung dan merupakan satu-satunya jambatan gantung tertinggi yang menghubungkan antara terowong ke terowong. Terletak di G65 Baotou-Maoming Expressway di Jishou, Hunan, China. Jambatan ini adalah sebahagian daripada lebuhraya dari bahagian Barat Daya China, Daerah Chongqing ke Changsha.

Kerja-kerja pembinaan jambatan ini bermula pada Oktober 2007 dan siap pada penghujung 2011 (lebih awal daripada yang dijadualkan). Ia dibuka pada pejalan kaki semasa Pesta Musim Bunga 2012 dan dibuka dengan rasminya pada March 2012 kepada bagi kenderaan.


Peserta bagi acara BASE Jump.
Pemandangan Aizhai Bridge pada waktu malam.

Jambatan ini dibina dengan bantuan perbelanjaan sebanyak $208 juta daripada Asian Developement Bank, daripada kos keseluruhan projek yang berjumlah $610 juta yang merangkumi pembinaan 64 kilometer (40 batu) lebuhraya. Dua pertiga daripada lebuhraya ini adalah terdiri daripada terowong dan jambatan yang turut menaiktaraf 129 kilometer (80 batu) jalan biasa. Projek ini dibina adalah bagi menjimatkan masa perjalanan daripada Jishou ke Chadong daripada 4 jam kepada kurang daripada 1 jam.

Jambatan Aizhai yang menjadi tarikan baru ini turut menjadi tapak bagi acara BASE jumping pada September 2012, yang melibatkan lebih daripada 40 peserta daripada 13 buah negara. Jambatan ini turut dihiasi dengan 1888 biji lampu yang meneranginya pada waktu malam.


Free Download






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Arkib Blog