Sunday, September 20, 2015

8K TV Sudah Sedia Berada di Pasaran

Perbezaan saiz gambar untuk 8K TV.


Kepesatan teknologi paparan (video) semakin pesat membangun, walaupun kita masih belum lagi cukup bersedia untuk menggunakan 4K TV, muncul 8K TV yang sememangnya mempunyai kualiti gambar yang jauh lebih baik.

Apakah 8K TV?

8K TV adalah TV yang berkemampuan menghasilkan gambar beresolusi 16 kali ganda lebih baik berbanding Full HD. Walaupun teknologi ini telah lama dihasilkan ianya hanya mula dipamerkan di CES 2015 awal tahun ini. TV ini akan mula dipasarkan di Jepun dari jenama Sharp.

Panel pada 8K TV mampu memaparkan gambar dengan resolusi 7,680 X 4,320 dengan nisbah kontras 100,000:1 dan sudut pandangan sehingga 176 darjah. Pada resolusi penuh 8K yang mana ia bagai menggunakan empat panel 4K serentak, dan ini memerlukan empat input HDMI 2.0, dimana setiap satunya membekalkan Ultra HD (3,840 x 2,160).


Kehalusan pixel pada skrin 8K TV membolehkan gambar lebih jelas dipaparkan.

Wajarkah Anda Bertukar Kepada 8K TV?

8K TV sememangnya mampu memberikan gambar yang lebih jelas dan tajam. Bagaimanapun seperti yang anda sedia maklum bahan untuk tontonan  seperti video dan rancangan TV yang disediakan pada kualiti 4K sendiri masih lagi terhad. Mungkin ia adalah untuk pasaran golongan-golongan tertentu sahaja (yang mampu menyediakan kandungan paparan sendiri). Sehingga kini rancangan untuk video 4K sendiri masih lagi cuba diperbaiki – terutama bagi membolehkan ia ditonton secara online (kerana kelajuan data tinggi diperlukan untuk menonton video 4K).

Malah Samsung baru akan mengeluarkan ‘4K Blu-ray player’, yang sepatutnya telahpun dikeluarkan lebih awal berbanding TV tersebut. Maka dengan pengenalan 8K TV ini, dari manakah sumber bahan tontonan yang akan kita perolehi? Sehingga hari ini, sumber video full HD utama masih lagi melalui Blu-ray dan harganya masih lagi dikatakan mahal. Manakala untuk menonton secara ‘streaming’ pula kelajuan data yang diperlukan juga adalah agak tinggi.

Golongan Sasar


Antara 8K TV yang dipamerkan di CES 2015.

Jadi Sharp sememangnya menumpukan pasaran TV ini nanti untuk badan-badan professional sebelum lebih banyak isi kandungan untuk paparan 8K sedia untuk orang ramai. Manakala sebagai teknologi baru juga ia bukanlah datang dengan harga yang murah. Seunit 8K TV akan mencapai harga ¥16 Juta, atau sekitar US$133,000.


Namun begitu, sebelum ia menjadi satu fenomena biasa, mungkin kita boleh terlebih dahulu mengenali apakah di 8K TV dan apakah kebaikan serta keburukannya. Semoga ia sedikit sebanyak dapat membantu.




Free Download



No comments:

Post a Comment

Blog Archive

Paparan Iklan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...