Monday, September 14, 2015

Burung Yang Terbang Paling Lama

Alpine swift menghabiskan masanya terbang di udara.
Sebelum ini kita pernah membincangkan mengenai beberapa kelebihan spesis burung yang terbang terplaing pantas dan terpaling tinggi. Hari ini kita lihat pula burung manakah yang mampu terbang untuk satu jangka masa yang paling lama.

Burung layang-layang Alpine swift (Tachymarptis melba) atau Apus melba merupakan jenis burung layang-layang yang membiak sekitar kawasan Eropah dan Himalaya. Seperti juga burung layang-layang yang lain ia merupakan spesis burung yang bermigrasi mengikut musim. Bagi keperluan inilah burung layang-layang Alpine Swift memerlukan kelebihannya untuk terbang tanpa henti.

Burung layang-layang ini menghabiskan masa lebih daripada 200 hari dalam setahun di udara dalam perjalanannya dari kawasan ia membiak di Switzerland ke kawasan musim sejuknya di Afrika Barat di mana ia akan berada dalam keadaan terbang sepanjang musim.

Untuk melakukan perkara ini burung layang-layang Alpine swift akan melakukan segala aktiviti mereka dalam semasa terbang seperti makan, minum dan termasuklah tidur. Kelebihan burung layang-layang ini diukur dengan menggunakan tag elektronik yang dipasang kepada enam ekor burung layang-layang pada tahun 2011 oleh Felix Liechti dan rakannya di Swiss Ornithological Institute. Dari situlah cara hidup burung ini dapat dikaji dengan lebih terperinci dimana mereka didapati terbang selama 200 hari tanpa henti.


Saiz dan warnanya agak berbeza dari burung layang-layang biasa.

Fizikal layang-layang membolehkan ia terbang dengan aksi yang menarik.

Burung Alpine swift ini bersaiz agak besar berbanding dengan burung layang-layang biasa dan mempuyai bahagian bawah dan leher yang berwarna putih.  Saiznya boleh mencapai sehingga 20 ke 23 cm (7.9 to 9.1 in) panjang, dengan lebar sayap sehingga 57 cm (22 in) manakala mempunyai berat sehingga 100 g (3.5 oz). Kebiasaanya berwarna coklat gelap dengan beberapa bahagian berwarna putih (terutama bahagian bawah). Burung-burung yang masih kecil berwarna seakan dewasa tetapi agak pudar.


Semua jenis burung layang-layang merupakan penerbang yang mahir dan boleh membuat gaya penerbangan yang sangat menakjubkan. Bentuk badan sayap dan ekornya membolehkan corak penerbangannya diubah dalam tempoh yang singkat. Jadi, tidak hairanlah sekiranya ia juga mempunyai kelebihan untuk terbang terpaling lama di udara.




No comments:

Post a Comment

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...