Isnin, 21 September 2015

Fon Telinga Bragi Gadget Semua Dalam Satu Yang Istimewa

Bragi "The Dash" kelihatan seperti fon telinga biasa.

Sekiranya anda peminat dunia gadget, fon telinga dari Bragi “The Dash” mungkin antara gadget yang anda nanti-nantikan. Gadget yang memenangi beberapa anugerah di CES 2015 ini merupakan salah satu lagi hasil berjaya dari kempen ‘Kickstarter”. Sekiranya dilihat dari segi saiz ianya bagaikan mustahil berbanding kemampuan yang dimilikinya.

Berbanding dengan gadget-gadget lain yang mungkin anda ingin sekali memilikinya seperti Apple iWatch, Samsung GEAR, Bluetooth headseat, fitness tracker dan sebagainya, Bragi “The Dash”, merupakan gadget yang mungkin boleh memberikan tidak kesemua, tetapi kebanyakan fungsi yang anda perolehi daripada gadget-gadget tersebut.


The Dash padat dengan pelbagai fungsi.

The Dash kelihatan seperti fon telinga biasa, dengan saiznya yang muat diselitkan di telinga seperti alat pembantu pendengaran. Walaupun ia kecil, ia mengandungi pelbagai fungsi yang anda perlukan sama seperti apa yang anda perolehi daripada gadget-gadget yang jauh lebih besar daripadanya. Berikut adalah beberapa fungsi “The Dash” secara ringkas.

Alat Pendengar:

- Fon telinga dengan bungi yang jelas

- Disambungkan secara Bluetooth kepada peralatan lain

- Pemain muzik dengan saiz 4GB storan

- Boleh juga memainkan muzik dari telefon

- Menggunakan alat kawalan yang mudah

- Sesuai untuk pelbagai saiz (XS, S, M, dan L)

Mengukur:

- Juga mengukur pergerakan anda (fitness tracker)

- Mengukur kadar degupan jantung

- Merekod pencapaian impian anda

- Amaran Min/Max limit

- Memberi respond secara audio

- Boleh digunakan dengan apps pihak ke-3

- Mudah dikendalikan

Komunikasi:

- Ia berfungsi sebagai fon telinga Blutooth

- Mikrofon (Ear Bone Microphone)

- Mengelakkan gangguan bunyi luar

- Membolehkan anda mendengar bunyi dari sekeliling (kenderaan, suara)

The Dash berwarna hitam.

The Dash berwarna putih.

Bragi amat kecil dan ringan. Malah sebagai alat untuk digunakan semasa anda bersenam, ia juga kalis air. Ia bukan direka hanya untuk memiliki pelbagai fungsi, tetapi juga memenuhi ciri-ciri lain iaitu ringkas, berkualiti tinggi dan menarik. Tidak memerlukan wayar walaupun semasa proses mengecas. Ia menggunakan ‘Low energy Bluetooth’ bagi membolehkan kuasa baterinya tahan lebih lama dan sesuai digunakan bersama Android, Windows dan iOS.

Bragi di asaskan oleh Nikolaj Hviid merupakan bekas ‘CEO of Designit and Head of Design’ bagi Harman Kardon iaitu salah sebuah syarikat pengeluar barangan audio berkualiti Eropah. Pada 2013 Nikolaj mengasaskan Bragi dan menjadikan konsep The Dash menjadi kenyataan.


The Dash boleh dipadan dengan pelbagai aplikasi.

The Dash direka dengan penuh minat oleh pereka dan semua yang terlibat dalam projek ini. Hasilnya anda boleh lihat sendiri bagaimana ia merupakan sebuah gadget yang sangat futuristik. Jadi ia bukan sahaja gadget yang perlu dimiliki, malah menjadi inspirasi bagi pereka-pereka lain untuk mencipta gadget yang lebih berguna berbanding melakukan perkara yang sama yang anda boleh perolehi dari gadget yang sedia ada.

*Anda boleh memesan The Dash melalui laman web Bragi.



Free Download



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Arkib Blog