Wednesday, September 23, 2015

Motosikal Yang Bergerak Menggunakan Air

Ricardo Azevedo menunggang motorsikal menggunakan air.

Air merupakan bahan yang terdapat dengan begitu banyak sekali di permukaan bumi di mana ¾ dari permukaan bumi diliputi air. Impian manusia untuk menggunakan air sebagai bahanapi sememangnya tinggi. Potensi air untuk digunakan sebagai bahanapi bukanlah satu perkara baru, malah terdapat banyak cara untuk memanfaatkan air untuk membekalkan tenaga bagi membantu manusia.

Berikutan dengan kenaikan harga minyak seorang lelaki dari Brazil, iaitu Ricardo Azevedo membuat pengubahsuaian ke atas motorsikalnya supaya dapat bergerak menggunakan air. Motor yang mampu bergerak sehingga jarak 500 km (310 mi) menggunakan seliter air itu menjadi perbualan hangat di Brazil. Motorsikal berkuasa air ini diberi nama ‘T Power H2O’ oleh beliau.

Sistem utama rekaan beliau ini terdiri dari air dan bateri kereta untuk membekalkan tenaga elektrik dan juga untuk memecahkan molekul air kepada Hidrogen dan Oksigen. Manakala ia melengkapkannya dengan sistem saluran paip dan sebagainya bagi membolehkan ia berfungsi dengan baik.


Ricardo menuang air ke dalam tangki air.

Menggunakan air dari sumber yang tercemar.

Anda boleh melihat bagaimana Ricardo Azevedo mengisi air di dalam tangki air motornya (dan beliau meminumnya bagi membuktikan ianya adalah air). Beliau juga turut menggunakan sumber air dari sumber air yang tercemar dan membuktikan ia masih boleh digunakan. Di dalam sebuah video yang lain Ricardo Azevedo menyatakan bahawa beliau mereka engin yang menggunakan air ini kerana harga minyak yang terus meningkat. Malah beliau menggunakan buku teks kepunyaan anaknya untuk memahami kaedah pengasingan Hidrogen daripada air.

Engin yang menggunakan gas Hidrogen yang diasingkan daripada air ini tidak mengeluarkan gas yang merbahaya seperti Karbon Monoksida, malah membebaskan wap air.

Engin Hidrogen, walaupun telah lama diketahui ia masih tidak diperkenalkan untuk kenderaan awam. Bagaimanapun terdapat beberapa syarikat pengeluar kereta yang pernah menghasilkan kenderaan menggunakan engin Hidrogen seperti BMW Hydrogen 7 dan Mazda yang menggunakan engin Hidrogen untuk engine Wenkel-nya. Manakal Aston Martin Rapide S pula pernah menggunakan engine Hidrogen di dalam perlumbaan ‘24 Hours Nürburgring race’.


BMW Hydrogen 7

Tangki untuk Hidrogen cecair.

Engin Hidrogen juga biasa digunakan untuk engin generator kuasa elektrik seperti yang dikeluarkan oleh Syarikat HEC-TINA, Greeneville, TN.

Jadi setelah melihat rekaan daripada Ricardo Azevedo ini apakah pendapat anda? Adakah anda akan menunggu orang lain melakukannya untuk anda, atau anda boleh berusaha sendiri untuk sesuatu yang anda inginkan? Fikir-fikirkan...






No comments:

Post a Comment

Blog Archive

Paparan Iklan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...