Wednesday, September 16, 2015

Porsche Mission E Mengubah Masa Depan Kereta Sport Elektrik

Porsche Mission E - kereta sport elektrik.

Porsche yang lebih diketahui sebagai pengeluar kereta-kereta mewah mungkin tidak disangka sebenarnya merupakan pelopor teknologi permotoran termasuk juga kereta elektrik. Jika sebelum ini kereta elektrik lebih didominasi oleh Tesla Motor sebagai pengeluar kereta elektrik besar-besaran, ia mungkin akan mempunyai pesaing-pesaing hebat sedikit masa lagi.

Mengapa kita melihat kepada Porsche berbanding pengeluar kereta-kerata mewah lain seperti BMW dan Mercedes yang telahpun mengeluarkan kereta elektrik mereka dan berada di pasaran? Ini kerana Porsche sebenarnya telahpun menghasilkan kerata elektrik pertama mereka kira-kira 114 tahun dahulu. Ya, kereta pertama yang dihasilkan oleh Ferdinand Porsche adalah kereta kereta elektrik yang dikenali sebagai Lohner-Porsche Semper Vivus.


Kereta hybrid pertama pada tahun 1901.

Porsche juga sebenarnya merupakan antara pengeluar kereta yang aktif dalam bidang perlumbaan dalam memperbaiki prestasi kereta-kereta keluarannya. Teknologi yang digunakan dalam perlumbaan ini kebiasaannya akan di serapkan ke dalam kereta-kereta buatannya apabila ianya telah diuji dengan baik semasa di litar perlumbaan.

Jika Mercedes mendapat perhatian di atas kejaan mereka dengan teknologi hybrid hasil daripada perlumbaan mereka dalam teknologi hybrid di litar F1, begitu pula dengan Porsche yang juga melakukan perkara yang serupa di litar Le Mans. Menggunakan kereta Porsche 919 Hybrid ia berjaya merangkul kejayaan yang selama ini didominasi oleh Audi selama 14 tahun berturut-turut. Penyertaan semula Porsche bukan sahaja membawa teknologi terbarunya malah, turut merampas kembali tahta kejuaraan tersebut dan membuktikan teknologi keretanya jauh lebih hebat.


Porsche 919 Hybrid yang menjuarai Le Mans.

Dalaman Porsche Mission E yang mewah.

Maka dengan itu juga ia tampil dengan kereta barunya iaitu Porsche Mission E Concept yang berlangsung di Frankfurt Motor Show nanti. Ia merupakan kereta elektrik sepenuhnya yang boleh di cas dalam tempoh singkat iaitu 15 minit untuk membolehkan kereta tersebut mendapat kuasa yang kira-kira 85% daripada jarak kemampuan kereta tersebut iaitu 500 km (311 mi). Teknik mengecas ini dihasilkan oleh Porsche dan dikenali sebagai “800-volt charging system”.

Dari segi prestasi pula ia dilengkapi dengan dua “permanent magnet synchronous motors” seperti juga yang digunakan di Le Mans pada 919 Spyder. Kedua-dua motor ini mampu membekalkan kuasa sebanyak 447 kW (600 hp), cukup untuk membolehkan ia bergerak pada 100 km/h (62 mph) dalam masa 3.5 saat dan ke 200 km/h (124 mph) dalam masa kurang daripada 12 saat.


Jadi itulah sumbangan sukan permotoran dan hasilnya yang akhirnya juga dikongsi bersama untuk pengguna-pengguna lain. Jadi selain daripada hanya menonton sukan tersebut jangan lupa mengikuti teknologi yang berada di sebaliknya – kerana ia juga satu perlumbaan yang tidak kurang menariknya.




No comments:

Post a Comment

Blog Archive

Paparan Iklan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...