Tuesday, October 6, 2015

Truck Terbesar BelAZ 75710 Bersaiz Gergasi

Truck terbesar di dunia dari Belarus.

BelAZ 75710 tidak dinafikan lagi sebagai truck paling besar dengan panjang menyamai dua buah ‘double-decker’ bas yang diletakkan sebaris. Manakala beratnya pula melebihi berat Airbus A380 dengan muatan penuh dan ketinggiannya pula bersamaan dengan ketinggian sebuah rumah.

Truck bersaiz gergasi ini dibina oleh sebuah syarikat dari Belarus iaitu Belaz bagi menghasilkan sebuah jentera yang dapat mengurangkan kos pengurusan bagi mengurangkan harga komoditi. Tetapi ia juga adalah untuk digunakan di tapak-tapak perlombongan yang besar seperti juga Bagger 288 iaitu sebuah lagi jentera gergasi yang digunakan di lombong arang batu di German.

BelAZ 75710 pertama kali digunakan di lombong arang batu di Siberia untuk memindahkan batu-batu. Memiliki keupayaan mengangkut sehingga 450 tan muatan pada satu masa, ia adalah 87 tan lebih tinggi berbanding jentera terbesar setakat ini.

Pandangan dari hadapan.

BelAZ 75710 sedang memunggah batu.

Oleh kerana saiznya yang terlalu besar truck ini mempunyai 2 enjin diesel 16 silinder yang menghasilkan elektrik untuk 4 motor – berbanding dengan 4 – 6 silinder enjin untuk kereta biasa. Manakala ia juga mempunyai kuasa yang luar biasa iaitu 13,738 lb/ft (18,626 Nm) – iaitu menyamai dengan 24 kali ganda kuasa daripada kereta Formula 1, 2014.

Ia menggunakan kira-kira 1,300 liter/100km, namun begitu ia merupakan jumlah yang lebih baik bagi kemampuan muatan yang mampu diangkut oleh jentera ini. Selain itu juga ia boleh menggunakan hanya satu enjin sekiranya tidak mengangkat sebarang muatan.

Ia merupakan sebuah teknologi yang jauh berbeza daripada truck biasa. Walaupun ia mempunyai harga yang agak tinggi iaitu kira-kira $6 juta (£3.84 juta), penggunaan jangka panjang truck ini dapat mengurangkan kos operasi.


Gabungan teknologi hebat dari Siemens.

Dunia rekaan hari ini bukanlah semata-mata mengejar kehebatan dari segi saiz, kuasa dan sebagainya namun efisyensi dari segala aspek yang dapat menguntungkan terutamanya kepada pada pengguna (syarikat yang membeli). Namun begitu ia turut memberikan kita satu inspirasi iaitu “Think BIG”, atau lakukan sesuatu dengan lebih berani untuk hasil yang memuaskan.




Free Download



No comments:

Post a Comment

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...