Saturday, January 9, 2016

10 Haiwan Dengan Gigitan Terkuat

Gigitan buaya adalah yang terpaling kuat!

Dunia hidupan penuh dengan cabaran dalam menghadapi persaingan mahupun untuk meneruskan kelansungan hidup. Seperti yang kita ketahui, binatang buas terutamanya haiwan-haiwan herbivor perlu memiliki kekuatan yang cukup untuk memastikan mereka mampu mendapatkan sumber makanan yang mencukupu. Jadi mari kita saksikan antara 10 haiwan yang memiliki gigitan terkuat.

1) Buaya Nile (Nile Crocodile)

Buaya Nile sedang berjemur di bawah matahari.

Buaya ini mempunyai kekuatan yang paling kuat di antara semua haiwan pemburu yang lain iaitu sehingga 5,000 psi. Ia lebih dikenali sebagai Nile Crocodile (Crocodylus niloticus) yang juga merupakan reptilia kedua terbesar selepas buaya air masin (Salwater crocodile). Ia menghuni sekitar lembangan Sub-Sahara iaitu sepanjang lembangan Sungai Nile. Adakalanya ia juga mendiami sehingga ke perairan air payau – namun jarang sekali melewati ke perairan air masin. Mencapai saiz sehingga berukuran di antara 2.8 ke 5 m (9 ft 2 in ke 16 ft 5 in) panjang dan berat sekitar 70 ke 700 kg (150 ke 1,540 lb).

2) Buaya Air Masin (Salwater Crocodile)

Buaya air masin merupakan buaya terbesar.
Saiz buaya berbanding manusia.

Merupakan reptilia terbesar seperti yang dinyatakan di atas dan lebih dikenali sebagai Salwater crocodile (Crocodylus porosus). Walaupun bersaiz besar ia mempunyai kekuatan gigitan yang kurang berbanding buaya Nile iaitu dengan kekuatan 3,700 psi. Namun begitu kekuatan ini  cukup meletakkan ianya di tangga ke-2 sebagai haiwan dengan kekuatan gigitan terkuat!

Sebagai reptilia terbesar ia mampu mencapai ukuran sehingga 6.3 m (20.7 ft) dan berat sehingga 1,360 kg (3,000 lb) pula. Ia merupakan antara buaya yang mempuyai taburan yang paling meluas meliputi kawasan pantai di India, kebanyakan kawasan di Asia Tenggara dan juga Utara Australia. Kawasan kediamannya adalah meliputi kawasan paya bakau, muara sungai, delta, lagoon dan sepanjang sungai yang berhampiran dengan laut.

3) Buaya Amerika (American Alligator)

American alligator mempunyai muncung yang lebih besar.

American alligator (Alligator mississippiensis) adalah berbeza daripada American crocodile (Crocodylus acutus) dan mempunyai kekuatan gigitan sehingga 2,125 psi. Mendiami sekitar kawasan Tenggara Amerika iaitu di kawasan-kawasan paya dari Texas sehinggalah ke North Carolina. Ia mempunyai ukuran sehingga 3.4 ke 4.6 m (11 to 15 ft) dan beratnya boleh mencapai sehingga  453 kg (999 lb). Ia berbeza daripada American crocodile dari muncungnya yang lebih besar, dan rahang yang bertindih dan mempunyai warna yang lebih gelap. Ia kurang tahan untuk tinggal di dalam air masin, namun mampu bertahan di kawasan dengan suhu yang lebih sejuk.

4) Badak Air (Hippopotamus)

Antara kegunaan kekuatan gigi badak air.

Badak air mungkin bukan merupakan haiwan herbivor, namun sainya yang besar juga memerlukan gigitan yang kuat untuk beberapa perkara seperti persaingan dan keselamatan. Kekuatan gigitan badak air boleh mencecah sehingga 1,800 psi. Badak air (Hippopotamus amphibius) hanya mendiami kawasan Sub-Sahara di Afrika di mana ia memerlukan kawasan yang berair untuk berendam. Berat seekor badak air jantan boleh mencecah sehingga 1,500 kg (3,300 lb) bagi jantan, manakala 1,300 kg (2,900 lb) pula bagi yang betina. Namun begitu ia boleh berlari dengan kepantasan sehingga 30 km/h (19 mph) dan merupakan antara haiwan yang menyebabkan banyak kematian manusia.

5) Jaguar

Jaguar spesis kucing terbesar di Benua Amerika.

Jaguar (Panthera onca) merupakan satu-satunya family kucing yang tersenarai di dalam 10 haiwan mempunyai gigitan terkuat dengan kekuatan gigitan sehingga 1,500 psi walaupun ia merupakan ke-3 terbesar dalam family tersebut selepas harimau dan singa. Ia terdapat daripada Barat Daya United States dan Mexico, Amerika Tengah dan ke Selatan hingga ke Paraguay juga di Utara Argentina. Panjang haiwan ini dari kepala sehingga dasar ekornya adalah antara 1.12 ke 1.85 m (3.7 ke 6.1 ft), manakala beratnya pula adalah sekitar  56 ke 96 kg (124 ke 211 lb).

6) Bull Shark

Gigitan bull shark melebihi kekuatan gigitan great white.

Bull shark (Carcharhinus leucas) atau juga dikenali sebagai Zambezi shark atau  Zambi di Afika dan sebagai Nicaragua shark di Nicaragua pula menduduki tangga teratas dalam keluarga jerung (shark) dengan kekuatan gigitan sehingga 1,350 psi yang biasanya mendiami perairan bersuhu panas di sepanjang pantai dan juga sungai. Bull shark merupakan jerung yang biasa mudik ke hulu sungai dan kebiasaannya menjadi punca serangan terhadap manusia. Saiz Bull Shark dewasa adalah sekitar 2.4 m (7.9 ft) panjang dengan berat sehingga 130 kg (290 lb). Saiz maksimanya dikatakan sekitar 3.5 m (11 ft) mengikut laporan yang biasa diperolehi.

7) Gorilla

Gorilla juga mempunyai gigitan yang kuat.

Gorilla (Gorilla) merupakn satu lagi haiwan herbivor yang tersenarai di dalam haiwan-haiwan mempunyai gigitan terkuat iaitu 1,300 psi. Ia merupakan spesis “primates” terbesar dengan ciri-ciri DNA yang hampir menyamai manusia. Gorilla mendiami kawasan tanah tinggi dengan ketinggian antara 2,200–4,300 meter (7,200–14,100 ft) di kawasan yang dikenali sebagai  Virunga Volcanoes, Albertine Rift. Namun terdapat juga spesis yang mendiami kawasan rendah seperti di kawasan Barat Tengah Afrika iaitu di Democratic Republic of the Congo berhampiran persempadanan dengan Rwanda.

8) Beruang Polar (Polar Bear)

Beruang polar mudah dikenali dengan bulunya yang putih.

Beruang Polar (Ursus maritimus) merupakan beruang karnivor berbanding kebanyakan beruang yang lain yang merupakan omnivor merupakan spesis terbesar bersama dengan spesis beruang lain iaitu  Kodiak bear (Ursus arctos middendorffi). Beruang polar ini mempunyai kekuatan gigitan sehingga 1,200 psi. Mendiami sekitar kawasan kutub Artik ia boleh membesar sehingga mencapai berat sehingga  350–700 kg (772–1,543 lb). Beruang polar juga dikenali sebagai beruang kutub mempunyai ciri-ciri unik untuk membolehkan ia menyesuaikan diri dengan persekitaran sejuk, berais, suhu yang amat sejuk dan juga kawasan berair bagi membolehkan ia memburu makanan utamanya iaitu singa laut.

9) Grizzly Bear

Beruang grizzly dan anak-anaknya.

Grizzly bear (Ursus arctos ssp.) merupakan sebahagian daripada spesis beruang coklat (brown bear) Amerika Utara yang terdiri daripada beberapa spesis kesemuanya. Adakalanya juga dikenali sebagai “North American brown bear” oleh kebanyakan para pengkaji. Di tempat ke-9, beruang grizzly mempunyai kekuatan gigitan sekuat 1,160 psi. Beruang grizzly merupakan antara beruang yang paling popular mendiami bahagian Amerika dan juga Canada. Ia boleh mencapai berat sehingga 180–360 kg (400–790 lb) bagi jantan, manakala 130–180 kg (290–400 lb) bagi beruang betina. Ia juga memerlukan tempoh herbinasi antara 5 – 7 bulan setahun.

10) Dubuk (Hyena)

Anak-anak 'spotted hyena' berhampiran sarangnya. 

Dubuk atau “Hyena” menduduki tanga yang terakhir iaitu ke-10, namun jelas ia mempunyai kekuatan gigitan yang jauh lebih tinggi berbanding dengan haiwan-haiwan yang tidak tersenarai di dalam senarai ini. Dubuk mempunyai kekuatan gigitan sehingga 1,100 psi. Spotted hyenas iatu jenis dubuk yang biasa kita lihat di dalam dokumentari sebenarnya memburu hampir 95% daripada makanannya (berbanding daripada hasil buruan binatang lain). Ia juga mampu menghalau pemangsa lain seperti harimau bintang atau singa daripada makanan mereka.

Jadi begitulah antara sepuluh haiwan yang mempunyai kekuatan gigitan paling tinggi.  Untuk anda menggambarkan kekuatan tekanan tersebut unit psi adalah bermaksud (pound per square inch) atau pound bagi setiap inci. Manakala tekanan yang biasa kita gunakan untuk tayar kenderaan kereta adalah sebanyak 32 psi. Jadi ini satu lagi antara keunikan alam haiwan yang kita lihat pada hari ini.



Free Download



No comments:

Post a Comment

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...