Ahad, 31 Januari 2016

Menghasilkan Element Baru di GSI Helmholtz Centre for Heavy Ion Research

"Copper Load" salah satu peralatan penting di GSI.

Bagi kita yang tidak terlibat secara langsung di dalam dunia sains, kewujudan pusat seperti GSI Helmholtz Centre for Heavy Ion Research (German: GSI Helmholtzzentrum für Schwerionenforschung) bukanlah suatu perkara yang penting untuk difikirkan. Namun bagi para pelajar yang pernah mendengar mengenai “Element” atau ‘unsur’, perlu memberi sedikit perhatian kerana di sini unsur-unsur baru boleh dihasilkan.

Unsur iaitu bahan yang mengandungi atom yang mempunyai bilangan jumlah proton yang sama pada nukleus atom tersebut. Terdapat 118 unsur yang telah dikenalpasti sehingga ke hari ini di mana 94 daripadanya terdapat secara semulajadi di bumi, manakala 24 lagi adalah dihasilkan. Maka di sinilah tempat di mana unsur-unsur baru dapat dihasilkan dengan mengubah unsur-unsur sedia ada kepada unsur-unsur baru tersebut.

Sudah tentu saya tidak dapat menjelaskan dengan tepat tentang proses penghasilan unsur baru dijalankan di sini. Apa yang pasti, kewujudan pusat penyelidikan seperti ini sama juga seperti LHC (Large Hadron Collider) dan juga ISS (International Space Station) menjalankan eksperiman-eksperiman yang jauh lebih penting sehingga penghasilan pusat-pusat seperti ini menelan belanja berbillion dolar dan melibatkan pelbagai badan dari seluruh dunia.

Kompleks Bangunan GSI: Helmholtz Centre for Heavy Ion Research.

Seperti juga di LHC peralatan di sini amat rumit.

GSI ditubuhkan semenjak tahun 1969 lagi sebagai Society for Heavy Ion Research (German: Gesellschaft für Schwerionenforschung) untuk menjalankan kajian berkaitan dengan “heavy-ion accelerators”. Dalam penghasilan unsur-unsur baru GSI telah menemukan unsur-unsur seperti  bohrium (1981), meitnerium (1982), hassium (1984), darmstadtium (1994), roentgenium (1994), dan copernicium (1996).

Manakala unsur-unsur berikut pula dikenalpasti kewujudannya di GSI seperti: Ununtrium ( 2012), Flerovium (2009), Ununpentium (2012), Livermorium (2010), Ununseptium (2012), dan Ununoctium.

Walaupun pusat kajian ini terlalu sukar untuk difahami fungsinya, secar ringkas ia menjalankan kajian-kajian berkaitan; ‘Nuclear and Particle Physics’, ‘Atomic Physics’, ‘Plasma Physics’, ‘Biophysics and Medical Science’, ‘Materials Research’ dan apa sahaja bidang yang berpotensi untuk menjalankan kajian di sini. Ia merupakan sebuah pusat kajian yang amat penting merangkumi semua lapangan kehidupan manusia dan alam.


Mungkin apa yang dilakukan di sini, bukanlah minat semua orang. Apa yang dipaparkan hanyalah sebagai perkongsian informasi tentang apa yang berlaku di dalam dunia sains dan bagaimana ia dilakukan. Ia bukanlah terhasil dengan mudah dan bukan pula dihasilkan oleh seorang individu sahaja. Renung-renungkan!



Free Download



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Arkib Blog