Tuesday, February 9, 2016

Bateri Telefon Menggunakan Fuel Cell Tahan Untuk Seminggu

Telefon bimbit mungkin hanya perlu dicas sekali dalam seminggu.

Adakalanya kita pasti berasa agak cemas apabila kuasa di dalam bateri telefon semakin berkurangan. Keadaan ini lebih mencemaskan apabila anda berada di kawasan yang asing dan mencari sumber tenaga untuk mengecas bateri adalah sukar.

Pelbagai pengubahbaikan dijalankan kepada teknologi telefondalam memastikan kausa baterinya dapat bertahan lama. Walaupun bateri telefon hari ini mampu bertahan lebih lama, teknologi terbaru ini mungkin membolehkan telefon anda hanya di cas untuk tempoh seminggu sekali sahaja. Bagaimana ia boleh dilakukan?

Sebuah syarikat tenaga dari Britain iaitu Intelligent Energy merupakan pengeluar ‘hydrogen fuel cell’ untuk kegunaan kenderaan dan industri kini mengalihkan perhatian kepada peralatan elektronik pula termasuk telefon bimbit. Malah ianya telah diuji ke atas peralatan seperti iPhone dan Macbook Air. Apa yang menarik, penggunaan teknik ini tidak memerlukan perubahan fizikal (dari segi saiz) peralatan tersebut, hanya memerlukan saluran untuk membolehkan wap air keluar.


Telefon yang menggunakan batery 'fuel cell'.

Tindakbalas kimia di dalam 'fuel cell'.

Penggunaan ‘hydrogen fuel cell’ sebelum ini hanya digunakan untuk generator dan kenderaan bagi menghasilkan tenaga elektrik disamping mengurangkan pencemaran udara. Proses tindakbalas hidrogen bergabung dengan oksigen (melalui ‘proton exchange membrane’) bagi membentuk air menghasilkan arus elektrik dan juga sedikit haba.

Fuel Cell telah mula digunakan untuk kenderaan oleh beberapa syarikat terkemuka sejak beberapa tahun dulu lagi seperti Honda FCX (2007) dan juga Ford Airstream (2007). Ia kemudiannya digunakan hampir untuk kesemua jenis kenderaan sebagai termasuk bas, lori dan juga kapal terbang. Teknologi ini dikatakan akan terus dimajukan kerana ia tidak mencemarkan seperti penggunaan bahanapi fosil ataupun bateri sel kering biasa.


Toyota Mirai - kereta yang menggunakan 'hydrogen fuel cell' komersil pertama.

Jadi, sekiranya ia boleh digunakan  pada telefon bimbit dan gadget-gadget lain, ia bukan sahaja dapat memanjangkan tempoh mengecas batery, malah ia juga akan mengurangkan pencemaran alam sekitar. Ini juga diharap dapat menarik minat anda untuk mengetahui mengenai ‘hydrogen fuel cell’ dengan lebih lanjut.



Free Download



No comments:

Post a Comment

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...