Thursday, February 25, 2016

Proses Pembuatan CPU (Central Processing Unit)

CPU yang telah siap untuk digunakan pada komputer.

CPU (Central Processing Unit) merupakan nadi kepada peralatan elektronik berkomputer yang kita gunakan hari ini bukan sahaja komputer malah telephone bimbit, kalkulator, ketuhar gelombang mikro, mesin basuh, jam tangan digital, pemain DVD, sistem Audio dan sebagainya. Semua peralatan eletronik bergantung kepada CPU untuk berfungsi sempurna.

Proses pembuatan CPU mungkin kita mengetahui sebahagiannya sahaja tanpa melihatnya dengan terperinci walaupun anda bekerja di kilang-kilang ‘semiconductor’ – kerana setiap proses dijalankan oleh bahagian yang berlainan dan ia mungkin berada jauh antara satu sama lain. Maka proses keseluruhan pembuatan ini dapat dilihat dengan lebih jelas melalui video yang disertakan bersama-sama dengan artikel ini.


Litar yang terdapat pada permukaan wafer.

Beberapa litar CPU dihasilkan dalam sebuah wafer.
'Silicon ingot' yang dipotong-potong menghasilkan wafer.

Video yang dihasilkan oleh Globalfoundries iaitu antara pengeluar CPU yang mempunyai cawangan di beberapa negara termasuk Singapore, China, Taiwan, Japan, United States dan Germany dan pusat operasi pengilangan di Dresden, Germany, Malta dan East Fishkill New York, Vermont dan Singapore. Melalui video ini proses penghasilan CPU disampaikan secara ringkas namun padat bermula daripada proses mereka litar (circuit design) sehinggalah CPU selesai dihasilkan.

Proses penghasilan design ini melibatkan kerjasama para pereka litar dari seluruh dunia sebelum ianya dihantar ke bahagian pengilangan. Turut diterangkan adalah penghasilan silicon daripada silica (dari pasir) dan proses penghasilan ‘wafer’ yang memerlukan persekitaran yang sangat bersih (tanpa habuk yang boleh mengakibatkan kerosakan kepada wafer).


Proses 'Photolithography' memindahkan gambarajah litar ke atas wafer.

Pemotongan wafer kepada cpu-cpu berasingan.

Keadaan di dalam kawasan operasi.

Proses yang paling menarik adalah proses pemindahan litar kepada wafer melalui teknik ‘Photolithography’ yang akan menghasilkan gambaran ke atas wafer tersebut. Ia kemudiannya melalui proses ‘ion-implantation) bagi memastikan ia boleh berfungsi sebagai ‘transistor’ dan proses-proses berikutnya yang amat rumit. Termasuklah pengawalan mutu yang memerlukan penggunaan mikroskop elektron bagi mengawasi keadaan cpu yang dihasilkan.


Keseluruhan proses ini boleh ditonton melalui video pendek ini untuk menambahkan lagi kefahaman anda mengenai proses penghasilan CPU yang dimuatkan ke dalam gadget-gadget kesayangan anda seperti iPhone, iPad, tablet, komputer dan juga smartwatch.






Free Download



No comments:

Post a Comment

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...