Saturday, April 30, 2016

Pam Air Yang Tidak Menggunakan Minyak Ataupun Elektrik

Barsha Pump yang dipasang di Nepal.

Pam air yang direka tidak menggunakan minyak ataupun elektrik untuk berfungsi merupakan salah satu hasil rekaan yang dihasilkan oleh syarikat dari Belanda (Netherland), aQysta yang merupakan spin-off daripada Delft University of Technology yang juga merupakan university terkenal dengan rekaan-rekaan terbaik dunia.

Hasil rekaan ini telahpun menjadi pilihan para juri di “Europe’s best clean-tech innovations of 2014”, kerana selain membantu para petani meningkatkan hasil pengeluaran ia juga tidak menghasilkan sebarang gas merbahaya. Sebaliknya ia menggunakan arus air dari sungai untuk memusingkannya untuk menghasilkan angin mampat. Angin mampat inilah yang akan menolak air yang disalurkan melalui hos ke kawasan pertanian.


Pam yang dipasang di Austria.

Barhsa Pump semasa peringkat ujian.

Pemasangan yang dilakukan di Nepal.

Ia dikatakan mampu menyalurkan air sehingga ke ketinggian 25 meter (82 ft) pada kadar satu liter (0.26 US gal) sesaat. Pengoperasiannya tidak memerlukan sebarang kos tambahan dan mempunyai hanya satu bahagian yang bergerak (mengurangkan lagi kos penyelenggaraan). Ia juga boleh dibina daripada bahan-bahan tempatan dengan jangkaan pulangan yang lebih cepat.

Pam ini dikenali dengan nama Barsha (Bahasa Nepal – “pam hujan”), namun ia direka berdasarkan rekaan lama yang berasal dari Egypt; satu lagi sebab mengapa kita perlu mengkaji hasil-hasil teknologi lama yang lebih praktikal sehingga hari ini. Mungkin dengan sedikit pembaik pulihan.


Teknologi ini amat berpotensi bukan sahaja untuk negara-negara membangun seperti Asia, Amerika Selatan dan Afrika, malah boleh digunakan di seluruh dunia (mengikut saiz keperluan penggunaan air yang diperlukan).






Free Download



No comments:

Post a Comment

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...