Wednesday, April 20, 2016

Pokok Yang Paling Beracun Dan Perlu Dijauhi - Gympie Gympie

Rerambut duri pada daun gympie gympie.

Anda mungkin mengetahui beberapa spesis tumbuhan beracun yang boleh membawa maut, tetapi gympie gympie adalah jauh lebih menakutkan. Gympie gympie (Dendrocnide moroides) juga dikenali sebagai stinging brush, gympie stinger, mulberry-leaved stinger, gympie gympie, gympie, stinger, the suicide plant, atau moonlighter adalah tumbuhan yang berasal dari Australia juga terdapat di Moluccas di Indonesia.

Kisah gympie gympie yang menakutkan ini semakin tersebar luas, namun sekiranya anda berhadapan dengan pokok ini secara tidak sengaja, ianya mungkin sudah terlambat. Pokok ini kelihatan biasa namun dipenuhi dengan duri-duri sangat halus dan hanya boleh dilihat dari dekat. Apabila kulit anda menyentuhnya, ia boleh mengakibatkan kesakitan yang amat dasyat sehingga ada yang membunuh diri kerana tidak tahan menanggungnya.

Pokok ini menghasilkan buah seperti buah beri dan ianya boleh dimakan – sekiranya rerambut beracun tersebut dapat dibuang kesemuanya. Walaupun ia dikatakan membunuh beberapa spesis binatang seperti kucing, anjing dan kuda, ia masih menjadi makanan beberapa spesis haiwan yang terdapat di habitatnya seperti haiwan marsupial red-legged pademelon, serangga dan burung.


Rerambut halus pada daun hanya dapat dilihat pada jarak dekat.

Bahagian-bahagian lain turut diselaputi oleh rerambut duri.

Racunnya dikenali mengandungi ‘moroidin’ iaitu bahan utama yang menjadikan racunnya memberikan kesan yang amat lama. Ia masih boleh memberikan kesan yang sama walaupun bagi spesimen yang telah lama dikeringkan. Ia akan segera memberikan kesan terbakar apabila anda tersentuh bahagian pokok ini dan terus memberikan kesakitan pada setiap jam berikutnya. Ini diikuti dengan kesakitan pada sendi-sendi  anda dan bahagian ketiak mula membengkak.

Marina Hurley iaitu seorang entomologist dan juga ecologist yang turut mengkaji tumbuhan ini menyifatkan kesan gympie gumpie sebagai “diabakar dengan asid panas dan dikenakan kejutan elektrik dalam satu masa”. Manakala antara kisah mangsa yang terselamat daripada gympie gympie adalah Margaret Paterson yang berhadapan dengan tumbuhan ini sewaktu melakukan hiking bersama anak perempuannya. Kejadian tersebut menyebabkan aktiviti mereka terpaksa dihentikan. Beliau turut menyifatkan kesakitan yang diakibatkan oleg gympie gympie adalah 15/10 berbanding dengan kesakitan melahirkan anak.

Antara langkah awal dalam rawatan sekiranya disengati oleh duri gympie gympie adalah menggunakan asid hidroklorik yang telah dicairkan pada nisbah (1:10) dan mengeluarkan duri-duri halus tersebut menggunakan pelekat seperti Elastoplast atau apa sahaja seumpamanya. Walaupun ia boleh mengurangkan kesakitan, namun ia mungkin masih boleh dirasai walaupun setelah lama dirawat.

Buahnya juga dipenuhi rerambut duri.

Secara kasar pokoknya kelihatan seperti pokok biasa.


Pengetahuan awal berkenaan pokok ini mungkin boleh membantu ada daripada mengalami pengalaman mengerikan. Namun begitu mungkin ia juga mempunyai fungsi tersendiri di dalam alam. Maka kita sebagai manusia haruslah bijak mengendalikannya dan bukan menjadi mangsa kepadanya. Menakutkan!






Free Download



No comments:

Post a Comment

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...