Sunday, April 10, 2016

Satu Lagi Hasil Menakjubkan Dengan Kaedah Penanaman Menegak

Kaedah 'vetical farming' adalah untuk meningkatkan hasil tanaman per keluasan.

Kaedah penanaman moden mengutamakan produktiviti, kos dan juga keselamatan bagi hasil tanaman. Hasil pengeluaran yang tinggi dengan keluasan tanah yang digunakan merupakan faktor utama sesuatu kaedah itu boleh diguna pakai. Terdapat banyak kaedah pertanian moden yang diperkenalkan hari ini dan salah satu di antaranya adalah teknik penanaman menegak.

Ia merupakan kaedah yang diusahakan oleh bekas ahli sukan Olimpik dalan acara ski dari Denver, Colorado iaitu Jeff Olsen. Bersama-sama dengan isterinya Toni Olson mereka membangunkan syarikat Well Nourished Worldwide yang menjalankan penanaman dengan kaedah menegak ini. Antara ciri-ciri paling ketara menggunakan kaedah ini adalah tanaman dilakukan secara menegak berbanding secara mendatar melalui kaedah biasa.

Kaedah penanaman yang mudah tidak mengira lokasi.

'Vertical farming' menggunakan kaedah hydroponics. 

Melalui kedah ini Olsen ingin membuktikan bahawan ia merupakan kaedah yang jauh lebih berkesan berbanding dengan kaedah tanaman di ladang yang biasa digunakan oleh para petani di luar bandar. Ini kerana menurut beliau petani biasa boleh mendapat keuntungan sebanyak $1,500 hasil daripada setiap ekar ladang jagung yang diusahakan sebagai contoh. Manakala seorang petani jagung organik pula mungkin akan mendapat keuntungan $15,000 daripada setiap ekar hasil tanaman mereka. Berbeza pula bagi penanaman sayuran menggunakan kaedah yang digunakannya boleh menjana keuntungan sehingga suku juta dolar setahun bagi setiap ekar yang diusahakan.

Antara lain teknik penanaman yang menggunakan kaedah aerophonics ini boleh dilakukan sehingga 11 atau 12 kali setahun. Ia turut menjimatkan kos-kos yang lain seperti kos racun serangga, kos pengangkutan, dan penjimatan dari segi kos-kos lain dengan hasil yang lebih baik berbanding keluasan yang digunakan.

Kaedah pertanian moden sesuai untuk pelbagai jenis tanaman.

Menggunakan rumah hijau mengelakkan serangan musuh kepada tanaman.

Ianya merupakan kaedah yang semakin popular di bnadar-bandar utama selain Denver. Malah ia merupakan kaeah yang telah lama diterima pakai oleh beberapa buah negara lain seperti China, Sepanyol, Jepun dan sebagainya. Apa yang berbeza adalah kaedah pengurusan dan teknik yang digunakan oleh pengusaha-pengusaha ladang moden ini. Seperti yang dinyatakan sebelum ini, ia berkemungkinan menggunakan kaedah hydroponics, aeroponics ataupun aquaponics.

Selain daripada itu pengusaha-pengusaha ladang juga menggunakan kaedah tambahan seperti penggunaan cahaya tiruan seperti LED ataupun cahaya tiruan daripada lampu biasa. Manakala kaedah pengurusan lain mungkin boleh mengoptimumkan lagi hasil pengeluaran mengikut perancangan penanaman yang dilakukan.


Ianya amat menarik, kerana kaedah ini menghasilkan hasil tanaman yang jauh lebih bersih dan selamat. Malah ia juga tidak mencemarkan alam dengan menggunakan air yang sama yang dikitar semula. Manakala penggunaan lokasi di kawasan-kawasan bandar pula dapat menjimatkan lagi masa dan kos pengangkutan untuk hasil tanaman sampai kepada pengguna dalam keadaan yang masih segar.



Free Download



No comments:

Post a Comment

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...