Saturday, April 9, 2016

Satu Lagi Keistimewaan Pokok Paku – Pengawalan Jantina

Japanese climbing fern membebaskan 'pheromone' untuk mengawal jantina.

Tumbuhan dan haiwan perlu bersaing bagi memastikan ia akan terus dapat membiak dengan bagi mengelakkan spesis mereka daripada pupus. Selain daripada memastikan biji benih mereka disebarkan dengan baik, banyak lagi perkara yang perlu dipastikan seperti proses pendebungaan dan juga keseimbangan antara jantina populasi yang ada.

Sejak sekian lama, manusia lebih cenderung memahami dunia haiwan berbanding tumbuhan melainkan baru-baru ini apabila manusia dilengkapi dengan peralatan yang lebih baik. Antara ciri-ciri unik pada tumbuhan dalam membiak dapat dilihat pada tumbuhan paku pakis. Pokok paku pada asalnya adalah tergolong dalam kumpulan ‘gametophytes’, di mana ia berkemampuan untuk menjadi samada jantan, betina ataupun ‘hermaphrodites’ (memiliki kedua-dua jantina dalam satu masa.

Namun begitu pokok-pokok menjadi hermaphrodites’ merupakan pilihan terakhir sekiranya tiada jantina berlawan yang terdapat di persekitaran tersebut. Bagi spesis pokok paku yang dikaji iaitu Japanese climbing ferns (Lygodium japonicum), oleh Makoto Matsuoka yang merupakan biologist molecular dari Nagoya University dari Jepun mendapati pokok-pokok paku ini mampu berkomunikasi untuk menentukan jantina antara populasi di dalam komunitinya.

Populasi pokok paku yang tumbuh dengan baik.

Pokok paku merupakan antara tumbuhan yang bertahan sejak jutaan tahun.

Spora pokok paku.

Melalui komunikasi ini, tumbuhan paku dewasa akan membebaskan ‘pheromone’ yang dikenali sebagai ‘gibberellin’, yang menyebabkan generasi baru pokok paku menghasilkan jantina jantan. Ini bagi mengimbangi populasi jantina, apabila pokok-pokok dewasa terdiri daripada jantina betina.

Melalui kaedah ini keseimbangan jantina dapat dikekalkan dan peluang untuk membiak akan menjadi lebih tinggi. Walaupun ia mampu untuk melakukan persenyawaan sendiri, pembiakan antara perbezaan jantina ini dapat memastikan generasi yang lebih sihat dengan kepelbagaian genetik.

Walaupun ia merupakan satu ciri istimewa bagi tumbuhan ini, ‘Japanese climbing fern’ merupakan spesis yang dikira sebagai ‘invasive’ (menular) di kawasan berpaya di Tenggara United States. Ini kerana teknik pengawalan jantinanya memastikan ia mampu membiak dengan berkesan dalam tempoh masa yang singkat.

Manakala pemahaman mengenai bagaimana ia membiak pula mungkin dapat membantu mengawal populasi tumbuhan ini. Ia mungkin melalui penggunaan racun tumbuhan yang mampu menumpukan pada bahan gibberellin’ yang menjadi punca utama komunikasi bagi tumbuhan ini. Atau mungkin juga ia akan melibatkan proses pengubahan genes.


Bagaimanapun, ia merupakan satu pemahaman yang menarik dalam memahami perilaku tumbuhan yang sebelum ini tidak diketahui sepenuhnya. Ia juga menerangkan bagaimana tumbuh-tumbuhan boleh berbuah dalam satu musim. Malah banyak lagi keunikan tumbuhan yang tidak diketahui umum dan masih lagi menjadi maklumat yang dikaji oleh para pengkaji tumbuh-tumbuhan.




Free Download



1 comment:

  1. ingatkan bg tips mcmna nk dpat anak gurl or boy. Hehee. Sedap ni pucuk paku. Tp mau tau lah. Sakit urat. Hehe


    Baca article ini jika Anak sering Mengamuk Di Shopping Complex

    ReplyDelete

Blog Archive

Paparan Iklan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...