Thursday, April 7, 2016

Vivaldi Browser Untuk Kegunaan Pengguna Mahir (Advanced)

Vivaldi browser mempunyai banyak ciri-ciri idaman 'advanced user'.

Bagi pengguna internet biasa, penggunaan browser mungkin tidak banyak memberi perbezaan. Namun bagi mereka yang menggunakan internet untuk mengumpulkan maklumat tertentu sebagai rujukan, browser memainkan peranan penting untuk membantu tugasan dapat disiapkan dengan lebih pantas, berkesan dan berkualiti dengan mudah. Jadi setiap pengguna mahir (advanced) mempunyai pilihan browser mereka sendiri atas beberapa sebab tertentu.

Bagi memenuhi keperluan pengguna-pengguna sebegini, Vivaldi melancarkan browser terbarunya yang juga dikenali sebagai Vivaldi dengan keistimewaan yang ditunggu-tunggu oleh para pengguna ‘advanced’ ini. Ciri-ciri yang dilengkapi oleh Vivaldi bukan sahaja dapat mempercepatkan proses pencarian maklumat, malah membantu kerja-kerja tersebut dapat dilakukan dengan lebih pantas dan mudah.

Bagi pengguna-pengguna seperti ini, mereka mungkin perlu membuka sehingga puluhan ‘tab’ dalam satu masa untuk melengkapkan maklumat yang diperlukan. Perkara ini diatasi oleh Vivaldi dengan membolehkan beberapa tab dibuka bersebelahan antara satu sama lain. Ini untuk memudahkan pencarian maklumat-maklumat berkaitan daripada berbilang tab yang dibuka. Ia juga memudahkan anda mengambil nota yang diperlukan dengan menyediakan panel khas untuk mengumpul nota anda.

Jón von Tetzchner sebelum ini pernah membina Opera.

Vivaldi yang digunakan pada laptop (Windows, iOS dan juga Linux)

Vivaldi juga boleh digunakan mengikut kesesuaian anda sendiri dengan membolehkan anda membuat ‘setting’ untuk pintasan (shortcut) anda sendiri – ini boleh menjimatkan lagi masa untuk menggunakan fungsi-fungsi tertentu yang diperlukan. Vivaldi juga boleh dipadankan mengikut selera pengguna sendiri (bagi mereka yang memerlukan kreativiti di dalam bidang kerja mereka).

Ia direka untuk kepantasan namun tidak memudahkan ciri-ciri penting pengguna ‘advanced’ yang memerlukan bahan yang berkulaiti. Antara ciri-ciri penting pengguna ‘advances’ adalah penggunaan ‘bookmarks’ yang besar dan ini dikenalpasti sebagai salah satu ciri-ciri penting pada Vivaldi. Bukan itu sahaja ia juga dilengkapi dengan penambahan ‘tags’ untuk memudahkan lagi untuk anda mencarinya kembali.

Web panel pula membolehkan anda terus mengikuti perkembangan semasa dari laman web kegemaran anda, samada ia adalah dari laman web berita, mahupun laman web sosial untuk anda terus mendapat berita terkini yang anda nanti-nantikan. Ia sememangnya ‘browser’ yang dinanti-nantikan oleh para pengguna ‘advanced’ yang memerlukan ciri-ciri tambahan sebegini, kerana ia juga direka oleh mereka-mereka yang memahami keperluan pengguna sebegini.

Bookmarks manager untuk menguruskan bookmarks.

Ciri-ciri shortcut yang memudahkan pengguna.

Antara salah seorang pengasas Vivaldi adalah Jón von Tetzchner yang sebelum ini pernah membina satu lagi ‘browser’ yang tidak asing lagi iaitu Opera semenjak tahun 1994, namun beliau meninggalkan Opera menjelang tahun 2011. Tidak seperti yang diimpikan beliau, Opera memilih untuk menjadi ‘browser’ yang lebih mudah (simple), terhad dan beberapa faktor lain yang menyebabkan beliau meninggalkan Opera.

Setakat ini Vivaldi mendapat komen yang amat memberangsangkan daripada media-media teknologi terkenal seperti TechCrunch, TNW dan juga Wired. Anda juga boleh mencubanya dengan memuat turun browser tersebut secara percuma terus dari Vivaldi. Anda mungkin perlu membuat rujukan terlebih dahulu untuk memahirkan diri anda dengan penggunaanya secara optimum. Ini kerana banyak ciri-ciri istimewa yang akan anda terus temui disepanjang penggunaannya nanti.


Bagi  mereka yang biasa membuat rujukan melalui berbilang laman web dan mengunakan laman sosial untuk tujuan komunikasi, Vivaldi tentunya menjadi browser kegemaran anda nanti. Semoga, ia dapat membantu anda meningkatkan produktivit, memudahkan serta menjadikan kerja-kerja mengumpul maklumat lebih efisyen.




Free Download



No comments:

Post a Comment

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...