Monday, May 9, 2016

Kapal Terbang VTOL Kecil Untuk Semua: Lilium Jet

Lilium aircraft bresaiz kecil untuk kegunaan persendirian.

Lilium Jet mungkin merupakan antara jawapan terawal kepada kenderaan persendirian terbang seperti yang diimpi-impikan oleh semua. Menggunakan teknik ‘vertical take-off and landing’ (VTOL), mempunyai dua tempat duduk dan juga engine jet elektrik merupakan antara ciri-ciri yang dimiliki oleh Lilium Jet. Ia sesuai digunakan untuk tujuan pengangkutan persendirian untuk destinasi-destinasi dekat dan sederhana.

Dibangunkan di German disokong oleh European Space Agency mencipta Lilium Jet dengan ciri-ciri penerbangan dengan kawalan “fly-by-wire joystick”, komponen mendarat boleh disimpan/lipat, pintu seperti sayap burung dan mempunyai kemampuan untuk terbang sehingga 400km/h (250 mph). Ia juga dijangkakan sedia untuk dipasarkan menjelang 2018.

Bagi memenuhi keperluan orang ramai, kaedah penerbangan dilakukan tanpa menggunakan landasan yang panjang seperti kapal terbang lain sebaliknya menggunakan teknologi VTOL seperti helikopter. Kemampuan ini dilakukan dengan menggunakan enjin elektrik berkuasa 320 kW (435 hp) melalui bateri yang boleh di cas semula.

Lilium tidak memerlukan landasan yang panjang untuk berlepas.

Saiznya yang kecil menjimatkan kos pengendalian.

Ia juga direka untuk kegunaan penerbangan pada waktu siang sahaja dan dikelaskan sebagai Light Sport Aircraft di Eropah, dimana pemandu untuk pesawat seperti ini hanya memerlukan tempoh penerbangan minima selama 20 jam untuk memperolehi lesen penerbangan tersebut.

Ianya sengaja direka untuk membolehkan penerbangan dilakukan tanpa memerlukan infrastruktur yang komplek seperti landasan bagi memudahkan penggunaannya seperti yang dinyatakan oleh CEO syarikat yang membinanya iaitu Daniel Wiegand.

Langkah-langkah keselamatan juga turut diambil bagi memastikan penerbangan dilakukan dengan selamat. Ini kerana penerbangan jentera terbang seperti helikopter sendiri mempunyai peralatan yang banyak untuk diawasi bagi memastikan ia dalam keadaan yang sempurna. Sebaliknya Lillium Jet menggunakan pengawalan komputer untuk tujuan berlepas dan mendarat untuk mengurangkan kesilapan disebabkan manusia (human error).

Jarak penerbangan sehingga 500km bagi sekali cas.

Ia direka bagi membolehkan penerbangan dilakukan dari kawasan seluas sekurang-kurangnya 15x15 m (49x49 ft) seperti keluasan taman ataupun bumbung bangunan. Apabila mencapai ketinggian yang diperlukan, enjinya akan diputarkan dan memberi tujahan ke hadapan untuk membolehkan ia terbang seperti kapal terbang biasa sehingga kelajuan 300 km/h (180 mph). Jarak penerbangan yang boleh dijangkau dengan sekali cas pula adalah dianggarkan sehingga 500 km (300 mi.). Manakala kelajuan maksima pula adalah sehingga 400 km/h (250 mph).

Syarikat yang mereka Lilium diasaskan pada 2015 oleh sekumpulan jurutera dan pelajar kedoktoran dari Technical University of Munich di Germany melalui dana yang disediakan melalui oleh pelabur-pelabur ‘venture capital’. Setakat ini prototype berskala kecil seberat 25 kg (55 lb) telahpun berjaya diterbangkan.


Walaupun tiada keputusan mengenai harga kenderaan ini diputuskan setakat ini, ia dijangkakan akan berharga lebih rendah dari pesawat yang mempunyai saiz yang sama, selain kos pengendaliannya juga adalah jauh lebih murah. Prototype berskala penuh dijangkakan akan dihasilkan menjelang 2017 dan pensijilan dapat dilakukan menjelang 2018. Diharap ianya akan berjalan dengan lancar dan membolehkan satu lagi bentuk pengangkutan dapat memudahkan perjalanan kehidupan harian kita yang semakin sibuk.


Free Download



No comments:

Post a Comment

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...