Friday, May 27, 2016

Makanan Menyihatkan Untuk Otak Anda

Makanan-makanan yang baik untuk otak yang sihat.

Makanan penting untuk memberikan tenaga kepada otak, selain itu terdapat juga zat-zat pemakanan tertentu yang membantu otak untuk berfungsi dengan lebih baik, berkembang dan berfungsi dengan sempurna. Berbeza dengan bahagian-bahagian badan yang lain, otak memerlukan zat pemakan tertentu selain daripada makanan biasa .

Walaupunbagaimanapun perlu diingatkan zat pemakanan hanyalah membantu otak berfungsi dengan baik, sedangkan pendidikan dan pembelajaran merupakan perkara yang perlu untuk meransang otak supaya boleh berfikir. Pemakanan ini tidak menjadikan anda lebih bijak, namun ia membantu otak anda menjalankan fungsinya dengan lebih lancar. Berikut adalah beberapa zat pemakanan penting untuk otak;

1) Makanan daripada gandum penuh (wholegrains)

Gandum membekalkan kharbohidrat yang menghasilkan tenaga untuk badan. Otak merupakan antara bahagian yang menggunakan tenaga paling banyak, dan tenaga ini perlu dibekalkan secara konsisten untuk menjamin ia dapat berfungsi dengan lancar. Gandum penuh (wholegrains) membebaskan gula ke dalam darah secara perlahan-lahan tidak seperti gandum yang dikisar halus yang membebaskan gula secara mendadak pada masa yang singkat. Ini termasuklah bahan-bahan dihasilkan daripada gandum samada roti, pasta ataupun lain-lain makanan yang dihasilkan menggunakan gandum. Perkara yang sama untuk semua pembekal utama karbohidrat anda samasa beras, jagung, kentang dan sebagainya.

Makanan daripada gandum penum membekalkan tenaga untuk tempoh yang lama.

Ikan merupakan sumber utama omega-3.

2) Minyak Ikan

Minyak ikan yang penting kepada fungsi otak dikenali sebagai Essential fatty acids (EFAs) dan ianya tidak boleh dihasilkan oleh badan melainkan perlu diperolehi daripada makanan. Antara EFA ini iaitu omega-3 terdapat secara semulajadi di dalam ikan-ikan sebagai EPA dan DHA.  Selain daripada ikan ia juga boleh didapati daripada tumbuh-tumbuhan seperti minyak flaxseed, soya, biji labu, kacang walnut, kacang hitam (black beans) dan kidney beans dalam bentuk ALA (alpha-linolenic acid) yang kemudiannya ditukar kepada EPA & DHA.

3) Blueberries

Kajian daripada Tufts University di United States, mendapati pengambilan blueberries dapat membantu memperbaiki atau melambatkan kehilangan memori jangka pendek. Manakala memori jangka pandek merupakan memori penting sebelum ianya dipindahkan kepada memori jangka panjang.

4) Tomato

Tomato mengandungi lycopene, yang juga merupakan sejenis anti-oksidan yang boleh mengakibatkan kerosakan kepada sel-sel otak sepertimana yang berlaku kepada pesakit-pesakit dementia dan juga Alzheimer.

5) Vitamin-vitamin penting

Beberapa vitamin B – iaitu vitamin B6, B12 dan juga folic acid merupakan antara bahan penting yang mengawal kadar homocysteine di dalam darah. Kadar homocysteine yang tinggi dikaitkan dengan peningkatan risiko serangan strok, penurunan kognitif dan seterusnya kepada masalah Alzheimer. Kajian terhadap pengidap-pengidap masalah kognitif ini mendapati dengan pengambilan dos tinggi  B6, B12 dan folic acid membantu pengurangan penurunan otak berbanding dengan mereka yang dirawat menggunakan placebo.

6) Blackcurrant

Balckcurrant kaya dengan vitamin C yang turut membantu otak berada dalam keadaan lebih aktif. Blackcurrant merupakan sumber vitamin C terbaik selain buah-buahan lain yang juga kaya dengan vitamin ini. Anda juga boleh memikirkan buah-buahan lain yang kaya dengan vitamin C seperti cili bengala (bell peppers), jambu batu (guava), sayuran hijau gelap (kale), buah kiwi, brokoli, strawberri, tomato, betik (papaya) dan lain-lain lagi.


Vitamin C biasa terdapat di dalam buah-buahan dan sayuran.

Brokoli (broccoli) mengandungi beberapa khsiat penting untuk otak.

7) Biji Labu

Biji labu mengandungi zinc yang penting untuk fungsi memori dan berfikir. Jumlah ini mampu dibekalkan dengan pengambilan segenggam biji labu. Antara makanan lain yang turut kaya dengan zinc termasuklah tiram (oysters), daging dan biri-biri, wheat germ, bayam, kacang gajus (cashews), koko (chocolate), ayam, kekacang (beans, chickpeas), cendawan putih dan lain-lain lagi.

8) Brokoli

Brokoli merupakan sumber penting untuk vitamin K yang dapat meransang fungsi kognitif dan memperbaiki fungsi otak. Brokoli bukan sahaja membekalkan vitamin K malah juga mengandungi banyak khasiat lain yang penting untuk kesihatan seperti vitamin C.

9) Sage

Sage mempunyai reputasi dalam membantu memperbaiki fungsi memori. Walaupun ia lebih dikenali dalam penghasilan untuk menghasilkan minyak essential, sage dapat juga dapat membantu dalam fungsi memori seperti juga kayu manis dan beberapa banyak menghasilkan minyak essential yang lain.

Walnut antara kacang yang baik untuk otak.

10) Kacang (Nuts)

Pengambilan vitamin E penting bagi mengelakkan penurunan fungsi kognitif terutamanya pada golongan berumur. Kacang merupakan sumber penting yang membekalkan vitamin penting ini selain beberapa sayuran hijau yang lain seperti termasuk asparagus, zaitun, bijian, telur, beras perang dan gandum penuh. Kenyataan ini dimuatkan di dalam “American Journal of Epidemiology”.

Senarai di atas adalah sebagai panduan sahaja, dan anda boleh mencari dengan lebih mendalam makanan apakah yang sesuai untuk memenuhi keperluan penting untuk memenuhi perkara-perkara yang diperlukan oleh badan anda. Pada masa yang sama tahap kesihatan anda juga menentukan jeni pemakanan yang perlu diambil. Makanan dari jenis kerang-kerangan (oysters) misalnya perlu diambil dengan berhati-hati kerana takut ianya diternak di kawasan perairan yang tercemar.


Kedua-dua faktor adalah penting iaitu pemakanan dan pembelajaran perlu bergerak dengan seiring. Ini kerana anda tidak akan mendapat prestasi yang baik melalui otak yang tidak mendapat zat pemakanan yang cukup atau dalam keadaan kekurangan tenaga. Manaka pembelajaran pula adalah perkara yang diperlukan oleh otak bagi merangsang perkembangannya dengan aktiviti-aktiviti pemikiran, mensintesis maklumat, merekod, mengingat, mencapai memori dalam memberikan jawapan kepada sesuatu persoalan. Pastikan keduanya berada dalam keadaan seimbang.


Free Download



No comments:

Post a Comment

Blog Archive

Paparan Iklan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...