Monday, June 6, 2016

Bahan Kunyahan Penting Asia, Sireh (Betel Leaf)

Longgokan daun sireh.

Sireh atau betel (Piper betle) merupakan elemen penting dalam kebuyaan masyarakat Asia terutamanya bagi penduduk di Selatan India, Sri Lanka, Bangladesh, Myanmar, Thailand, Laos, Cambodia, Vietnam, Philippines, Indonesia, Brunei pendek kata, hampir keseluruhan penduduk di Asia Tenggara.   Walaupun hari ini generasi muda tidak mengenali tumbuhan penting ini, ia tidak pula bermakna ia hilang kepentingannya.

Sireh membawa makna yang besar dalam upacara rasmi, adat, keraian, penghormatan dan persahabatan. Walaupun ada yang menjadikan sireh sebagai makanan harian, namun ia kebiasaannya hanya dimakan sesekali sahaja sebagai bahan kunyahan. Terdapat pelbagai variasi mengenai kaedah menikmati daun sireh mengikut masyarakat tertentu. Ada yang menikmatinya dengan beberapa bahan lain, seperti kapur, pinang, gambir, tembakau, rempah dan sebagainya. Namun sireh juga boleh dimakan begitu sahaja.

Hidangan daun sireh bersama rempah dan tembakau
Tepak sireh yang direka rapi untuk majlis rasmi.

Walaupun suatu masa dahulu sireh amat popular, namun rasanya tidaklah seperti mana yang anda bayangkan. Ia agak pedas dan pahit. Jadi, ia agak sukar diterima oleh golongan muda yang rata-ratanya akan memilih bahan kunyahan berbentuk gula-gula getah, makanan ringan, gula-gula dan sebagainya. Apa yang lebih menakutkan gologan muda adalah amalan memakan sireh yang mengakibatkan kesan kotoran kepada gigi. Satu lagi tabiat pemakan sireh adalah meludah yang kelihatan sedikit menjengkelkan. Ini kerana ludahan daripada pemakan sireh menghasilkan air liur bewarna merah pekat yang boleh mengotorkan sesuatu kawasan.

Amalan memakan sireh juga dilarang di beberapa kawasan seperti di Indonesia iaitu di beberapa kawasan seperti Port Moresby, Papua New Guinea. Namun begitu, oleh kerana amalan memakan sireh dan pinang yang tebal di kalangan masyarakat menyebabkan ada yang sanggup menyeludup bahan-bahan ini secara senyap. Ludahan daripada pemakan sirek dipanggil sebagai ‘buai pekpek’ dan ianya bewarna merah turut mengandungi bahan-bahan lain dari sireh dan pinang. Apa yang mendatangkan masalah sebenarnya adalah kesan kotoran bewarna yang sukar ditanggalkan daripada kesan ludahan tersebut.

Memakan daun sireh boleh mengotorkan gigi.

Larangan memakan sireh.

Kesan kotoran dari ludahan sireh.

Sireh boleh didapati hampir di mana sahaja masyarkat Asia berpindah malah ia turut merebak ke kawasan-kawasan lain seperti Vanuatu, Guam dan Kepulauan Mariana. Di temapt-tempat lain ianya adalah mengikut permintaan masyarakat Asia di sana seperti di Taiwan.

Sejak sekian lama makanan sireh dan pinang amat penting kepada masyarkat Melayu dan juga masyarakat-masyarakat lain di sekitar Asia Tenggara. Kesan ini boleh dilihat daripada ‘tepak sireh’ (betel sets) yang digunakan untuk kegunaan umum, mahupun rasmi. Malah ia masih kekal sehingga ke hari ini dalam upucara pernikahan misalnya yang digabungkan dengan gubahan sireh junjung. Namun ada juga yang menggunakan sireh tiruan!


Mungkin amalan memakan sireh tidak akan diteruskan lagi. Namun simbolik dan semangat hubungan akrab yang dibawanya perlu dikekalkan. Ia menandakan bahawa masyarakat Asia suatu masa dahulu mempunyai pertalian yang kuat antara satu sama lain. Semoga tumbuhan unik akan terus dikenali kerana keunikannya itu.


Free Download



No comments:

Post a Comment

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...