Wednesday, June 22, 2016

Kepentingan Zat Pemakanan Zink

Makanan diperkaya zink daripada sumber haiwan.

Zink merupakan antara zat pemakanan yang diperlukan hanya sedikit namun mempunyai kepentingan kepada kesihatan manusia. Seperti juga zat-zat pemakanan yang lain, jumlah pengambilan zink tidak menjadi masalah kerana ia juga terdapat dalam pemakanan yang mengandungi zat-zat penting yang lain. Selagi kita mengambil sumber pemakanan daripada pelbagai sumber termasuk daging dan sayuran yang baik, masalah kekurangan zink sepatutnya tidak berlaku. Apakah punca-punca lain kekurangan zink?

Zink, seperti juga beberapa zat pemanakan mikro yang lain termasuk potassium, magnesium, dan copper memainkan fungsi penting untuk memastikan fungsi sel-sel di dalam badan dapat berfungsi dengan baik. Jadi walaupun sedikit, kepentingan zink kepada kesihatan tidak patut diabaikan.
Secara kasarnya keperluan zink mengikut tahap umur adalah seperti berikut:

Bayi:
  • 0 – 6 bulan: 2 miligram/sehari
  • 7 – 12 bulan: 3 milligram/sehari

Kanak-kanak:
  • 1 – 3 tahun: 3 milligram/sehari
  • 4 – 8 tahun: 5 milligram/sehari
  • 9 – 13 tahun: 8 milligram/sehari

Remaja dan Dewasa:
  • Lelaki 14 tahun dan ke atas: 11 milligram/sehari
  • Perempuan 14 tahun ke 18 tahun: 9 milligram/sehari
  • Perempuan 19 tahun dan ke atas: 8 milligram/sehari

Zink daripada sumber tumbuh-tumbuhan.

Walaupun zink boleh didapai dengan mudah daripada beberapa sumber makanan, masalah kekurangan zink boleh disebabkan beberapa perkara terutama bagi mereka yang mengalami masalah sistem penghadaman seperti “leaky gut” (usus bocor). Manakala bagi sesetengah sumber makanan pula (terutamanya dari sumber tumbuhan), sukar diserap kerana ianya terikat bersama-sama dengan anti-nutrient seperti phytates yang mengelakkan zink daripada diserap. Jadi zink didapi lebih mudah diambil daripada makanan daripada sumber haiwan.

Antara mereka yang berpotensi mengalami masalah kekurangan zink adalah mereka yang mengamalkan pemakanan sayur-sayuran sahaja (vegetarian), kerana makanan diperkaya zink terdapat pada sumber haiwan. Keadaan yang sama bagi mereka yang mengalami masalah dengan sistem penghadaman atau mereka yang mengamalkan pengambilan alkohol.

Pengambilan pil pencegah kehamilan dan pengambilan ubatan untuk penukaran hormon juga boleh mengalami risiko kekurangan zink, kerana ianya mengganggu fungsi zink di dalam badan.
  • Kesan-kesan Kekurangan Zink
  • Perubahan selera makan, ketagih makanan yang masin ataupun manis
  • Perubahan tahap sensitivi deria rasa dan bau
  • Penurunan atau penambahan berat badan
  • Keguguran rambut
  • Masalah penghadaman, termasuk cirit-birit
  • Masalah keletihan yang kronik
  • Ketidak suburan
  • Masalah hormon, tertama pada wanita yang datang bulan ataupun kesan menopause
  • Penurunan imuniti
  • Penurunan daya penumpuan dan memori
  • Luka yang lambat sembuh, jangkitan kulit dan gatal-gatal
  • Gangguan sistem saraf
Telur juga merupakan sumber zink yang baik.
Makanan kaya dengan zink.


Kepentingan Zink Kepada Kesihatan

Zink dapat membantu menangani masalah-masalah kesihatan biasa seperti selesema dan masalah berkaitannya. Ia juga merupakan anti-keradangan dan anti-oksida yang baik dalam mengelakkan kerosakan pada sel-sel badan; dengan kata lain ia membantu mengelakkan berlakunya kanser. Zink juga membantu dalam pengimbangan hormon di dalam badan samada lelaki ataupun perempuan.

Oleh kerana fungsinya dalam membantu keseimbangan hormon termasuk juga insulin, ia berfungsi dalam membantu mencegah atau melawan masalah diabetes secara semulajadi. Malah ia turut membantu keseluruhan sistem penghadaman dengan menggalakkan fungsi keseluruhan enzim yang terlibat semasa proses penghadaman berlaku.

Zink juga membantu sel-sel pada sistem pengaliran darah kekal berada pada tahap yang baik. Ini membantu memastikan sistem pengaliran darah yang sempurna dengan kata lain ia membantu mengawal masalah darah tinggi, masalah mendapan kolestrol dan juga membantu kesihatan jantung anda.

Zink dapat meningkatkan tahap kesuburan pada lelaki dan perempuan. Pengambilan zink dapat membantu sistem pembiakan pada kedua-dua jantina berfungsi dengan lebih baik dengan memastikan penghasilan testosterone pada lelaki dan kematangan telur di dalam ovari perempuan.

Kepentingan zink kepada fungsi sel juga memastikan fungsi badan dapat berjalan dengan baik. Kekurangan zink akan mengakibatkan kelesuan akibat metabolisma yang kurang lancar. Ini kerana zink diperlukan dalam proses mensintesis protein untuk membolehkan ianya digunakan oleh badan.

Zink juga baik untuk hati terutamanya dalam fungsi membersihkan (cleanse)hati dan mengelakkan ianya daripada mengalami keradangan. Ini seterunya meningkatkan lagi kadar serapan zat selain membolehkan fungsi pembersihan dijalankan dengan lebih baik.

Antara lain fungsi zink yang baik untuk badan adalah dalam mengelakkan keguguran rambut serta pertumbuhan otot-otot. Ini kerana zink membantu dalam menukarkan androstenedione kepada testosterone yang membantu dalam pertumbuhan otot-otot badan. Ia juga megalakkan sistem pembaik pulihan badan (seperti menyembuhkan luka).

Antara Makanan Kaya Sumber Zink
  • Kambing Biri-biri: (8) — 3 oz: 2.9 milligram
  • Lembu, makanan-rumput (9) — 3 oz: 2.6 milligram
  • Kacang Kuda (Garbanzo beans) (10) — 1 cawan: 2.5 milligram
  • Kacang Gajus (11) — ¼ cawan: 1.9 milligram
  • Biji Labu (12) — ¼ cawan: 1.6 milligram
  • Yogurt (13) — 1 botol yogurt/6 oz: 1 milligram
  • Ayam (14) — 3 oz: 1 milligram
  • Ayam Belanda (15) — 3 oz: 1 milligram
  • Telur (16) — 1 biji: 0.6 milligram
  • Cendawan (17) — 1 cawan: 0.6 milligram
  • Salmon (18) — 3 oz: 0.5 milligram
  • Serbuk Koko (19) — 1 sudu besar: 0.3 milligram


Boleh dilihat, makanan yang kaya dengan zink juga sebenarnya kaya dengan zat-zat pemakanan yang lain. Jadi untuk mendapatkan sumber makanan yang sihat bukanlah sesukar yang kita fikirkan. Apa yang anda perlu lakukan adalah memastikan pemakanan anda adalah dari sumber yang baik, kurangkan makanan yang diproses dan amalkan gaya kehidupan yang sihat.


Free Download



No comments:

Post a Comment

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...