Monday, July 18, 2016

Perkara Menarik Mengenai Ayam dan Baka Ayam

Serama merupakan baka ayam dari Malaysia.

Ayam merupakan antara haiwan peliharaan yang paling popular dan telah dipelihara oleh manusia sejak beribu tahun dahulu. Terdapat beratus-ratus baka ayam asli di dunia dan mungkin beribu lagi adalah hasil kacukan daripada baka-baka ayam ini. Ayam dipelihara dengan tujuan peghasilan sumber makanan iaitu telur dan daging, manakala pemeliharaan baka tertentu hanya dilakukan bagi tujuan ayam hiasan atau oleh peminat-peminat pengumpul baka ayam.

Bagi pemelihara biasa, perbezaan baka ayam mungkin tidak menajdi suatu kepentingan yang besar. Namun pemeliharaan baka ini adakalanya boleh memberikan beberapa kebaikan yang lain, terutamanya dalam penghasilan jenis-jenis ayam yang baru untuk tujuan-tujuan tertentu pula seperti menghasilkan telur yang lebih, daging yang lebih banyak , tahan serangan penyakit, mudah dipelihara, mempunyai bulu yang lebih cantik dan sebagainya. Antara contoh kacukan ayam yang paling berjaya adalah dalam penghasilan ayan onagadori iaitu ayam yang mempunyai bulu ekor terpaling panjang.

Barnevelder baka alam dari Netherlands.

Buff Orpington baka ayam UK.

Baka ayam Sumatra.

Oleh kerana terdapat ratusan baka ayam, maka tidak dapat disenaraikan keseluruhan baka ayam yang terdapat di dunia di dalam artikel yang kecil kali ini. Namun anda boleh merujuk senarai baka-baka ayam dengan mudah melalui laman web antaranya wikipedia. Namun senarai ini adalah senarai ringkas baka-baka ayam yang terdapat di seluruh dunia mengikut negara. Antara laman lain yang menyediakan maklumat mengenai jenis-jenis ayam adalah di backyardchickens.com.

Baka-baka ayam asal banyak terdapat di Eropah dan di Amerika kerana pemeliharaan ayam di sana lebih bersifat pemeliharaan baka berbanding sekadar penghasilan sumber makanan. Mejelang abad ke 21 beberapa badan khas ditubuhkan untuk mengenalpasti baka ayam standard antaranya seperti  British Poultry Standard, Standard of Perfection, Australian Poultry Standard dan American Bantam Association (yang lebih merujuk kepada standard bagi ayam-ayam kategori bantam; ayam katik).

Oleh kerana pemeliharaan baka ini lebih popular di Eropah dan Amerika, maka senarai baka yang terdapat di negara-negara tersebut adalah lebih meluas. Namun kesemua baka-baka ayam ini dapat dilihat dengan lebih jelas daripada ciri-ciri utama ayam tersebut daripada segi rupa bentuk, saiz, warna bulu dan ciri-ciri lain seperti perlakuan seperti kekerapan bertelur serta tabiat pergaulan dengan ayam-ayam lain. Pemiliharaan baka dilihat amat penting terutamanya bagi ayam-ayam yang dipelihara untuk sebagai ayam hiasan (kategori bantam/katik).

Golden Sebright merupakan antara jenis ayam bantam/katik.

Sultan, baka ayam dari Turkey.

Saiz ayam dari baka Malay.
Ayam onagadori.

Bagi Malaysia sendiri hanya dua baka ayam asal yang dikenali iaitu ayam ‘Malay’ atau lebih dikenali sebagai ayam kampung dan juga ayam ‘serama’. Adapun baka ayam ‘Malay’ yang dimaksudkan adalah ayam yang mempunyai saiz yang agak besar dan boleh mencapai ketinggian sehingga 90cm dan berat biasa 5 kg. dan bersifat agak aggresif. Baka ayam ‘Malay’ kini terdapat di sekitar Eropah yang mula dibawa ke England pada tahun 1830. Begitu juga dengan ayam serama yang disenaraikan di dalam senarai standard bantam di US. Malah terdapat pertubuhan khas di US bagi peminat-peminat ayam serama iaitu American Serama Association semenjak tahun 2012.

Walaupun pemeliharaan ayam dianggap sebagai perkara yang remeh oleh kebanyakan orang, namun apabila anda melihat kepelbagaian baka ayam ini, akan timbul perasaan kepentingan memelihara keunikan baka-baka ayam tersebut. Perkara yang sama turut berlaku kepada haiwan-haiwan ternakan yang lain seperti lembu, kambing, kerbau, kuda, kucing, anjing dan sebagainya. Melaui pemeliharaan ini kita akan lebih menghargai keunikan setiap baka dengan ciri-ciri unik mereka masing-masing.


Free Download



No comments:

Post a Comment

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...