Tuesday, November 22, 2016

Istana Negara, Jalan Duta

Bangunan Istana Negara, Jalan Duta.

Istana Negara (National Palace) yang terletak di Jalan Duta merupakan istana baru yang menggantikan bangunan istana lama yang telahpun digunakan sejak sekian lama iaitu dari  1957 sehingga tahun 2011. Bangunan istana lama ini, kini telahpun digunakan sebagai Muzium Diraja. Manakala bangunan Istana Negara yang baru pula mula beroperasi pada 11 November 2011.

Tuanku Mizan Zainal Abidin merupakan Yang di-Pertuan Agong yang pertama bersemayam di istana ini pada 15 November 2011 dan istiadat pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-14 diadakan di sini buat kali pertamanya.

Keseluruhan keluasan kompleks istana ini adalah 97.65 hektar, mengandungi 22 kubah dan dibahagikan kepada 3 bahagian utama; bahagian formal, bahagian diraja dan bahagian pentadbiran. Ia dibangunkan di atas tanah seluas 241.3 ekar yang dibahagikan kepada 4 sayap termasuk kawasan meletakkan kenderaan. Projek pembinaannya dimulakan pada akhir November 2007 dan siap sepenuhnya pada akhir September 2011. Ia turut merangkumi bangunan istana, perumahan untuk pekerja istana, pejabat polis dan sekuriti, kem tentera mini dan gerbang masuk dua tingkat dari Jalan Duta.


Keseluruhan Kompleks Istana Negara.

Majlis yang diadakan di perkarangan Istana. 

Pintu hadapan Istana Negara.

Ruang dewan utama Istana Negara.

Istana Negara lama di Jalan Istana.

Ia mempunyai 3 laluan masuk utama iaitu Pintu Gerbang Masuk Utama dari Jalan Duta. Pintu ke-2 yang terletak di Jalan Semantan-Dungun yang digunakan untuk Tetamu-Tetamu Diraja. Manakala pintu masuk ke-3 terletak di Jalan Seri Hartamas, Mont Kiara yang digunakan oleh Rakyat yang ingin berurusan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong serta Pentadbiran Istana Negara.

Dari segi kos pembinaannya pula ia menelan belanja sehingga RM812 juta dengan Maya Maju Sdn. Bhd. sebagai kontraktor utamanya dengan nilai kontrak berjumlah RM650 juta, manakala RM130 juta lagi adalah kos bagi pembinaan lebuhraya bertingkat menuju gerbang masuk istana yang disempurnakan oleh kontraktor Ahmad Zaki Sdn. Bhd.


Pembinaannya adalah bersesuaian sekali memandangkan istana lama sebelum ini adalah terlalu kecil dan menyukarkan bagi melangsungkan acara-acara penting negara. Walaupun anda tidak boleh melawat sehingga ke dalam istana tersebut tanpa urusan rasmi, anda masih boleh melawat sehingga ke hadapan pintu pagar istana. 





Free Download





No comments:

Post a Comment

Blog Archive

Paparan Iklan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...