Tuesday, December 20, 2016

Bangunan Bersejarah, Stesen Keretapi Tanah Melayu

Keunikan senibina pada Stesen Keretapi Kuala Lumpur.

Bangunan Stesen Keretapi Tanah Melayu merupakan salah satu bangunan bersejarah di Kuala Lumpur yang masih lagi digunakan sehingga ke hari ini. Bangunan yang didirkan pada tahun 1910 ini mempunyai ciri-ciri senibina unik seperti juga bangunan-bangunan lain yang dibina pada masa tersebut seperti Bangunan Sultan Abdul Samad. Bagi Stesen ini Arthur Benison Hubback mengekalkan senibina Mughal yang diapplikasikan pada masa tersebut.

Ia menelan belanja RM23,000 dan mula beroperasi pada 1 Ogos 1910. Stesen ini kemudiannya menjadi stesen utama dengan perobohan Stesen Residen dan juga pengasingan Stesen Jalan Sultan. Bangunan ini turut merangkumi sebuah hotel iaitu Hotel Stesen (kini Hotel Stesen Warisan). Stesen ini masih lagi beroperasi walaupun stesen utama Kuala Lumpur telahpun berpindah ke KL Sentral.

Bangunan Utama Stesen yang berumur lebih 100 tahun.

Bangunan Pentadbiran KTM, yang juga amat unik.

Disebalik usinya yang telah menjangkau lebih seratus tahun, stesen ini terus dinaiktaraf bagi membolehkan ia terus memberikan khidmat kepada para pengguna pengangkutan keretapi. Perkhidmatan keretapi komputer mula diperkenalkan di stesen ini pada tahun 1995 dengan dua laluan utama iaitu Laluan Rawang – Seremban dan juga Laluan Sentul – Pelabuhan Klang.


Sehingga ke hari ini bangunan bersejarah ini masih lagi menjadi kunjungan orang ramai dan pelancong buka sahaja kerana fungsinya malah kerana senibina uniknya. Ia merupakan antara lokasi bergambar yang popular di sekitar Kuala Lumpur setanding dengan lokasi-lokasi tarikan lain di sekitarnya seperti Masjid Negara, Muzium Kesenian Islam dan tempat-tempat menarik lain yang terdapat di Taman Tasik Perdana.

Perkhidmatan keretapi komuter juga terdapat di stesen ini.

Platform yang diperbaiki untuk kegunaan semasa.

Stesen Kuala Lumpur dahulu dan sekarang.








Free Download



No comments:

Post a Comment

Blog Archive

Paparan Iklan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...