Tuesday, May 30, 2017

Bijirin Sumber Makanan Dunia; Buckwheat

'Buckwheat' berbeza daripada bijirin-bijirin lain yang berasal dari keluarga rumput.

Buckwheat (Fagopyrum esculentum) satu lagi bijirin penting bagi menggantikan gandum. Walaupun begitu tidak seperti bijirin-bijirin lain, ‘buckwheat’ tergolong dalam satu kumpulan family tumbuhan yang jauh berbeza seperti sorrel, knotweed dan rhubarb, manakala kebanyakan bijirin lain adalah daripada family rumput (grass). Namun begitu khasiat pemakanan daripada buckwheat adalah setanding dengan bijirin-bijirin lain menjadikan ianya sebagai bijirin gantian. Ia terus menjadi tanaman penting sehingga kemunculan baja nitrogen yang meningkatkan hasil tanaman bijirin-bijirin lain.

Buckwheat berasal daripada Asia Tenggara sekitar 6,000 BCE yang kemudiannya merebak ke Asia Tengah, Tibet, Timur Tengah dan juga ke Eropah. Semenjak itu ia terus tersebar ke serata kawasan termasuklah ke Dataran Tibet yang berada di kawasan tanah tinggi. Walaupun tidak dikenali sebagai bijirin utama buckwheat telah digunakan oleh kebanyakan masyarakat dunia dari Timur ke Barat.

Ladang buckwhaet yang kelihatan berbeza.

Sesuai sebagai makanan bagi mereka yang alah kepada gluten.

Seabad yang lalu, Empayar Russia merupakan pengeluar buckwheat utama dunia dengan keluasan tanaman mencapai sehingga 6.5 juta ekar dengan diikuti oleh Perancis dengan keluasan tanaman 0.9 juta ekar. Keluasan tanaman ini sehingga pada tahun 1970 di Soviet Union adalah seluas 4.5 juta ekar dan ia kekal sebagai bijirin utama sehingga 2014. China bagaimanapun sehingga tahun 2000 terus meningkatkan pengeluaran buckwheat bagi menyaingi Russia.

Buckwheat mempunyai khasiat pemakanan yang baik hampir menyamai tepung gandum dengan kandungan protein, serat pemakanan, vitamin, mineral selain juga kaya dengan karbohidrat. Protein yang terkandung di dalam buckwheat juga merupakan protein yang baik untuk mencegah kanser selain mengandungi lapan amino asid penting. Ia juga tidak mengandungi gluten dan sesuai digunakan sebagai gantian kepada tepung gandum serta bahan-bahan lain yang mengandungi gluten.

Mi yang diperbuat daripada buckwheat telah lama digunakan oleh orang-orang Tibet dan juga Utara China memandangkan gandum tidak boleh hidup di kawasan pergunungan ini. Penggunaan buckwheat ini mungkin dibawa ke Jepun (soba) dan Korea (naengmyeon, makguksu dan memil guksu) dalam penyediaan makanan mereka pula. Manakala pizzoccheri pula terkenal di Daerah Valtellina di Utara Itali.

Mi yang diperbuat daripada buckwheat bebas gluten.

Pancake juga boleh dihasilkan daripada tepung buckwheat.

Ini adalah bubur yang menggunakan buckwheat.

Makanan-makanan menggunakan buckwheat juga popular di bahagian-bahagian lain seperti India dengan penyediaan kuttu ki puri (buckwheat pancakes) dan kuttu pakoras (kentang yang dicelup dengan tepung buckwheat dan digoreng). Tepung buckwheat ini dikenali juga sebagai ‘kuttu ka atta’ di bahagian Utara dan Barat India.

Selain makanan, buckwheat juga digunakan untuk penyediaan minuman yang menjadikan ia sebagai satu lagi gluten-free beer menggantikan bijirin-bijirin lain seperti gandum, barley ataupun oat. Selain digunakan untuk menghasilkan beer ia juga digunakan untuk menghasilkan whiskey ataupun shōchū iaitu minuman yang dihasilkan di Jepun sejak abad ke-16 lagi. Manakala terdapat juga teh yang dihasilkan menggunakan buckwheat yang dikenali sebagai sobacha di Jepun dan ‘Black buckwheat tea’ (黑苦荞茶) di Daerah Sichuan, China.

Pudding daripada buckwheat.

Salad yang menggunakan buckwheat.

Ini pula adalah Risotto daripada buckwheat.

Serkam atau hampas daripada biji buckwheat pula digunakan sebagai isi kusyen dan bantal menggantikan bulu burung ataupun isian sintetik. Ia tidak mengalirkan haba seperti bahan isian sintetik. Walaupun ia dikatakan membantu mengelakkan kesan alahan, namun pemprosesannya perlu memastikan ia menggunakan hampas kulit buckwheat yang bersih.


Satu lagi tanaman yang membawa manfaat untuk kita kenali kali ini. Walaupun ia kurang popular, namun masih berpotensi untuk dijadikan sebagai sebahagian tanaman yang memberikan hasil. Buckwheat mungkin tidak diusahakan secara komersial di Asia Tenggara, namun ia merupakan tempat di mana ianya berasal. Maka dengan itu, ia mungkin dapat membuka peluang untuk para petani di sini pula.




Free Download



No comments:

Post a Comment

Paparan Iklan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...