Tuesday, May 16, 2017

Bijirin Sumber Makanan Dunia; Jagung (Corn)

Jagung moden kelihatan cantik dan amat tersusun.

Jagung merupakan tanaman yang paling banyak ditanam di seluruh dunia berbanding dengan bijirin-bijirin yang lain. Ini kerana selain menjadi sumber makanan jagung sebenarnya turut digunakan untuk menghasilkan beberapa bahan penting seperti ethanol, makanan haiwan ternakan dan bahan hasil jagung lain seperti kanji jagung (corn starch) dan juga sirap jagung (corn syrup).

Jagung merupakan satu lagi tumbuhan yang telah ditanam dan digunakan oleh manusia sejak ribuan tahun dahulu di bahagian Selatan Mexico iaitu sejak 10,000 tahun dahulu. Ia kemudiannya berkembang ke seluruh dunia dan menjadi sumber makanan penting di bahagian-bahagian lain dunia juga terutamanya di bahagian sub-Sahara Afrika. Jagung merupakan sumber karbohidrat, protein, zat besi, vitamin B dan juga sebahagian mineral yang penting untuk manusia.

Jenis-jenis jagung.

Jagung yang sedang berbunga.
Kawasan tanaman jagung di sekuruh dunia.

Sebelum dijadikan sebagai tanaman pertanian oleh manusia, pokok jagung merupakan tumbuhan yang kecil dengan saiz tongkol yang hanya berukuran 25 milimeter. Jumlah tongkol jagung yang dihasilkan oleh sebatang pokok jagung pula hanyalah satu sahaja. Teknik penanaman dan pemilihan baka yang dilakukan oleh para petani sejak dahulu lagi di Benua Amerika Selatan telah menghasilkan jagung yang produktif sebagai sumber tanaman.

Kedatangan pendatang Eropah ke Benua Amerika membawa pulang tanaman jagung ke Eropah dan memperkenalkannya kepada negara-negara lain. Namun begitu pendatang-pendatang Spanish lebih memilih makanan berasaskan gandum berbanding jagung, ubi ataupun kentang. Mereka juga berpendapat memakan makanan seperti penduduk asli ini akan turut menjadikan mereka seperti orang-orang “Indian” tersebut.

Tanaman jagung berjaya ditanam dengan meluas adalah kerana jagung berupaya untuk hidup dalam keadaan cuaca yang pelbagai. Ia pada mulanya ditanam di Sepanyol kemudiannya berkembang ke Itali, Barat Afrika dan merebak ke bahagian-bahagian lain dunia. Ia selain dijadikan sumber makanan utama, turut digunakan sebagai makanan haiwan ternakan, malah turut digunakan untuk menghasilkan minyak dan juga minuman seperti “bourbon whiskey”.

Ladang jagung yang luas.

Penggunaan mesin amat penting.

Saiz mesin dengan keupayaan tinggi.

Hari ini baka tanaman jagung boleh mencapai sehingga 3 meter tinggi, malah ada juga baka semula jadi yang mampu mencecah sehingga 12 meter. Sebatang pokok jagung mengandungi kira-kira 20 pusat dengan jarak antaranya adalah 18 cm. Pada setiap pusat ini pula terdapat sehelai daun dengan keluasan 9 cm lebar dengan kepanjangan 120 cm.

Jagung-jagung moden ditanam untuk beberapa tujuan dan terdapat beberapa 6 jenis utama jagung iaitu  jagung lembut (dent corn), jagung keras (flint corn), pod corn, popcorn, jagung untuk tepung (flour corn), dan jagung manis (sweet corn). Antara jagung-jagung ini antara yang popular adalah jagung ‘popcorn’, yang digunakan untuk menghasilkan ‘popcorn’, dan juga jagung manis yang biasanya digunakan untuk menghasilkan jagung rebus yang boleh terus dimakan begitu sahaja. Manakala terdapat juga spesies jagung yang jurang dikenali seperti jagung biru (blue corn) misalnya.

'Blue corn' hanya ditanam di kawasan tertentu.

Jagung bakar antara hidangan menarik.

'Sweetcorn soup'.

'Cactus and corn salsa'.

Adapun jagung yang ditanam secara komersial, lebih bertujuan untuk menghasilkan keperluan industri seperti penghasilan bahan makanan kanji jagung (corn starch) dan juga sirap jagung (corn syrup). Manakala ia juga penting dalam menghasilkan sumber makanan haiwan ternakan selain digunakan untuk menghasilkan minyak jagung dan juga dalam penghasilan bahan bakar ethanol. Penghasilan ethanol menggunakan jagung ini juga merupakan antara penyumbang utama kepada permintaan tinggi untuk hasil tanaman ini.


Seperti juga tanaman gandum, tanaman jagung turut dibantu oleh penggunaan-penggunaan mesin moden. Teknik tanaman dan pembakaan yang baik juga merupakan antara faktor penting yang membolehkan jagung berjaya menjadi tanaman yang paling banyak ditanam di seluruh dunia. Malah potensi jagung mungkin masih belum diteroka sepenuhnya. Jadi sekiranya anda berminat mungkin masih belum terlambat untuk anda mengenali tumbuhan unik ini untuk diusahakan sebagai sebahagian daripada tanaman anda.



Free Download




No comments:

Post a Comment

Paparan Iklan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...