Sunday, June 11, 2017

Makanan Terkenal Vietnam: Bánh Khọt

Bánh khọt kelihatan menarik untuk juadah petang.

Tidak kurang hebatnya antara makanan Vietnam yang sesuai untuk dirasai semua adalah bánh khọt. Bánh Khọt mungkin menyerupai makanan yang boleh didapati di beberapa negara SE Asean lain dan ianya ringkas, mudah didapati dan sedap pula.

Sekali pandang bánh khọt bagaikan lempeng (pancake), namun pandangan kedua ianya adalah gorengan tepung yang terkenal di negara-negara lain seperti Malaysia, Indonesia dan Singapore. Kuih seumpamanya dikenali sebagai ‘cucur udang’ di Malaysia. Namun bagi bánh khọt, ia mempunyai bahan campuran yang lebih banyak yang menyebabkan ianya lebih unik dan enak dimakan. Bagi yang tidak memakan daging khinzir perlulah mendapatkan penjelasan daripada penjual bánh khọt, atau dapatkan bánh khọt yang disediakan oleh peniaga Muslim/vegetarian.

Biasanya dihiasi dengan udang yang menarik.

Tepung banh khot untuk memudahkan penyediaan. 

Daripada bahan-bahannya anda dapat membayangkan keenakan makanan ini. Bahan asas yang digunakan adalah tepung beras, namun ia juga menggunakan kacang hijau yang di blender/tumbuh halus. Santan kelapa, tepung saffron dan rempah perasa memberikan rasa lemah dan rempah yang menambah aroma kepada kuih ini. Akhir sekali bahan isi terdiri daripada udang, isi udang dan juga daging (pastikan jenis daging yang digunakan) dan juga sayuran mengikut pilihan anda. Bánh Khọt juga dimakan dengan sos pilihan para penggemar (kebisaannya sos daripada daun bawang dan minyak.

Bánh Khọt boleh dikenali dengan mudah kerana ia kelihatan seperti lempeng kecil dan menampakkan haisan udang (kebiasaannya) di atasnya. Ia juga mempunyai warna kuning keemasan di samping bau yang harum daripada santan kelapa dan rempah yang digunakan. Manakala sos yang digunakan bersama untuk masakan ini menambahkan lagi perisa makanan bánh khọt.


Penyediaan  banh khot menggunakan acuan.

Gerai-gerai yang biasa didapati dengan mudah di serata Vietnam.

Sememangnya tidak semua makanan boleh kita rasai semasa melawat ke negara-negara lain. Namun mengenali makanan tradisi mereka merupakan salah satu cara bagaimana untuk kita lebih mengenali keunikan budaya masing-masing. Semasa anda melawat ke mana-mana, pastikan tidak mencuba sesuatu masakan, makanan bagi mengelakkan pelbagai masalah terutamanya berkaitan dengan kesihatan. Teruskan mengembara. 


Free Download



No comments:

Post a Comment

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...